Jul 8, 2011

jangan marah anak bila mereka tak tahu mengeja

Anak tak reti eja atau salah eja, nak salahkan siapa? 

Salahkan ibu-bapa yang tak ajar anak?
Salahkan susu tepung yang diberi masa kecil tidak membantu pertumbuhan sel-sel otak anak?
Salahkan maid sebab tak tolong ajar anak?
Atau...
Salahkan cikgu sebab ajar tak betul?

Now, Wafiy tinggal dengan saya dan mak. Jadi semua homework, Mak akan pantau dan tengok Wafiy buat sampai betul. Memang teruk lah Wafiy kena marah kalau dia salah. 

Teringat masa sekolah rendah dulu, kalau tak dapat siapkan homework, memang kena marah kaw-kaw dengan Mak. Da lah Mak mempunyai pitch suara yang tinggi. Bukan setakat dalam rumah je dengar, sampai ke rumah Atok boleh dengar. Saya pernah menangis sambil siapkan lukisan sebab Mak tak nak tolong. Pulak tu, saya da mengantuk dan da lewat malam. Da lah Mak tak nak tolong saya, kena marah pula tu. Memang sadis. Tapi, takpe. Semua tu mengajar saya untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.

Ok, enough flashback. Nak cerita pasal homework Wafiy yang diberi oleh cikgu tadikanya. Emm, tengok lah sendiri gambar di bawah ini.

homework subject tulisan
Tulisan berwarna merah ditulis oleh cikgunya. Yang guna pencil tu, baru tulisan Wafiy.

Macam mana lah budak-budak nak pandai ejaan kalau cikgunya sendiri salah eja. 
Haih.

Melentur buluh biar dari rebungnya.

.ohhshera.

7 comments:

Hudalatip said...

betul ke cikgu dia yang tulis? takkanlah cikgu tak tau kot? huhu..ni tadika mana ni?

miss shera said...

ha a kak.cikgunya yang tulis.geram betul.da ler hari tu mak dgr cikgunya ajar fiveteen.kan patut fifteen.tadika dekat2 rumah.

Hudalatip said...

hmm, payah jugak..yelah kan, budak2 macam wafiy dan baya2 anak akak ni la senang mengikut kata cikgu..so kalau cikgu2 ajar tak betul, mmg payahla.nak2 lagi budak2 zaman sekarang bijak2 belaka..

wahida said...

OMG!!! ya Allah anakku. ni bila punya keje sekola? minggu ni eh. yg minggu lepas akk cek mcm takde jek. tak taola kalu terlepas pandang. kan tuisyen sabtu dan ahad ptg tu di library. kekekekeke....setakat ni tak penah marah wafiy sala eja. marah kalu sala kira ada la...hehehe

miss shera said...

missbby : budak2 sekarang mmg bijak.ada je yg dorang nak jawab bila kite ckp.tp kadang2 tu yg best.sbb jawapan dorang kelakar

kak wayda : ye betul.ni kerja sekolah minggu ni.2hari lepas kalau xsilap.mak tgk pun mak da bising cikgu nya tulis camni.salah tulisan jawi pun mak marah.tp lepas byk kali ajar lah.shira pun pena mara wafiy xreti kira.sekali ajar boleh dpt..nnt da buat soalan2 lain n bg blk soalan mula2 da xdapat blk.

princess in training said...

Ni baru tadika... kalau tengok buku english budak std 4... grammar tonggang terbalik pun dia buat x reti jek... camne nak betulkan anak murid kalau dia pun x tau... haru..haru..

miss shera said...

aik.da stnd4 pun cikgu buat xtau jek?parah nih