Sep 22, 2011

homemade roti terbaik dari jay bee

Memang sengaja type Jay Bee instead of JB sebab nak dapat feel betapa best dan terbaik nya roti yang bakal diwar-warkan sebentar lagi. Bagi feel ngada-ngada gedik kat roti berkenanan sebab sangat sedap, gebu dan superb.

inilah kedai nya
Salahuddin Bakery atau nama asal pemilik kedai ini ialah Shamsul Hak. Mula beroperasi sejak tahun 1937. Yang best kat kedai ni ialah, roti-roti yang dibuat di sini dibakar menggunakan arang. Yups. jangan tak percaya pula. Bole datang dan lihat sendiri. Tapi sebab kami datang hari Ahad, tiada pembakaran roti baru dibuat. Mereka hanya jual roti yang dibakar semalam dengan harga yang murah. Still sedap tau.

tempat bakar roti dan di sebelah nya ialah acuan roti
terbaik ini roti
Sambil-sambil memilih roti yang menjadi pilihan hati, boleh lah baca sejarah kedai ni sementara nak tunggu abah pilih roti.

masuk dalam jejak warisan iskandar puteri
para lelaki memilih roti. yang kiri tu empunya kedai.
Pilih punya pilih, tak sedar kat luar da start hujan. Tapi yang penting hati sangat happy sebab dapat merasa roti yang sedap. Memang teringin sangat nak pergi kedai ni sejak baca entri pasal kedai ni di blog HentakBelipat. Mak kata kedai ni da lama since mereka duduk JB dulu. Saya je yang tak tahu.

para wanita yang happy
Lepas snap picture terakhir ni, terus lari-lari masuk kereta sebab hujan makin lebat. 

Sila cuba rasa roti yang sedap ini di 
26, Jalan Dhoby, JB

.ohhshera.

3 comments:

cahya indah said...

i pun teringin beli roti kat kedai ni lepas baca entri kat HentakBelipat tu..ohh seronoknya kalau dapat makan

Hudalatip said...

ok..nanti akak pegi sini..macam sedap jer..

miss shera said...

sedap ohh.very olskol kedai nya.harus pergi ;)