Sep 14, 2011

raya di uthm

Pagi tadi ada sambutan raya di UTHM. Meriah juga lah sambutan nya. Bertempat di Padang Kawad, UTHM. Lebih luas, lebih selesa dan lebih meriah dari tahun lepas.

sampai di Padang Kawad
Bermacam-macam juadah yang dihidangkan. Ada ketupat, lemang, rendang, nasi briyani, serunding, sate, laksa johor, buah-buahan, ais-krim dan bermacam-macam lagi. Tak lupa juga pelbagai jenis minumam untuk penghilang dahaga.

meriah kan. ni baru sikit khemahnya
Kami pun apa lagi, seranglah setiap khemah yang ada. Ketupat, lemang, rendang dan sate jadi pilihan. Barulah raya. Tak lupa laksa, ais-krim, dadih dan buah jambu. Tempat yang UTHM sediakan untuk staff makan adalah terhad, so terpaksa tapau dan makan di office.

di gerai PPA
Now, sangat kenyang dan rasa malas nak kerja. Tapi banyak student nak x-ray untuk medical check up. Terpaksa gagahkan diri untuk bekerja dengan perut yang penuh ni.

Terima Kasih UTHM 
dan 
Selamat Hari Raya

p/s : photos taken from Shahnaz.

.ohhshera.

1 comment:

cahya indah said...

UiTM raya esok. Last one for me..weee