Feb 24, 2012

panggilan padang - episode akhir

Akhirnya. Sampai juga ke part yang terakhir perjalanan ke Sumatera Barat saya bersama family. Gigih betul update entri ringkas 4 episode ni.
Tanpa buang masa, jom habiskan pembacaan anda semua.
Selamat membaca ;)

Day 7 (10th February 2012)
# It is Abah and Mak's 34th Anniversary! Heart you
# Breakfast di balcony chalet
# 1st time mandi di Lautan Hindi
# Bersiap untuk bergerak ke Bandar Padang
# Berhenti snap gambar di Teluk Bayur
# Check in di Hotel Alana *dulu dikenali sebagai Hotel Ambacang
# Pergi ke pasar raya Ramayana sementara menunggu para lelaki selesai Solat Jumaat
# Lunch di KFC sebab da jemu makan Nasi Padang
# Beli biskut dan ice cream untuk dimakan
# Kepala terhantuk sebab asyik memilih ice-cream. Ouch!
# Malam - shopping tudung di Bandar Padang. Abah hadiahkan Mak tudung as anniversary gift. So comel ;)
# Light dinner at Chinatown. Makan murtabak dan roti canai tapi makan with sambal kicap instead of kuah dal
# Tidur dengan perasaan tak sabar nak balik Malaysia

jom mandi
bye Bungus Beach
at Teluk Bayur
KFC sana masih pakai pinggan kaca tau
Malim Kundang di Pantai Air Manis
patung tu patut censor

Day 8 (11th February 2012)
# Hey! It is my 3rd months of marriage. Love you hubby!
# Breakfast at Hotel Alana
# Shopping di Bandar Padang. *lupa apa nama pasar ni
# Check out dan bergerak ke Airport Minangkabau
# Bayar tax, check in luggage dan lunch di cafe airport
# Bersedia untuk pulang ke Tanah Air *tapi flight delay 20mins
# Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku. I Love Malaysia!

last breakfast di bumi Sumatera Barat
pemandangan dari atas Jambatan Siti Nurbaya
Jambatan Siti Nurbaya 
bye-bye Padang. hello Kuala Lumpur
cepat claim ole-ole. siapa lambat tak dapat!
Overall, the trip to Sumatera Barat is so-so lah. Not too fun sebab stress, asyik kena tipu je bab harga makan dan minum. Nak tawar barang pun susah. Baca tips dari blogger, kalau nak tawar barang masa shopping di Pasar Atas, tawarlah half dari harga yang peniaga letak. Tapi memang tak dapat la half. Dan kalau kita buat-buat nak blah dari kedai, memang dorang tak panggil balik. So different from Jakarta. Ke saya yang tak pandai tawar? Entah lah.

By the way, kalau saya diberi pilihan mana better between Sumatera dan Tanah Jawa, saya definitely akan pilih Tanah Jawa. Jawapan muktamad! Makanan sedap dan murah, barang senang nak tawar, orang nya lebih friendly dan lebih humble.

Tapi scenery di Sumatera Barat ialah berbeza dari Tanah Jawa. Something new to see. Culture pun lain dari Tanah Jawa. Tapi tak berapa nak berbeza dari adat di Negeri Sembilan. After all, mereka ialah orang Minang juga kan.

Untuk rasakan sendiri pengalaman di sana, bolehlah book tiket AirAsia awal-awal. Maybe pengalaman anda berbeza dari saya atau mungkin sama. Senang-senang mari lah share ;)

Bye!

p/s : Nak tanya apa-apa yang berkaitan dengan Sumatera Barat, silah komen atau email saya ye. InshaAllah saya akan membantu sebanyak yang boleh.

.ohhshera.

3 comments:

Pida said...

At least dah ada pengalaman di sana, boleh jadi tourist guide lepas ni ye!

miss shera said...

Abah lagi tere bab2 berjalan ni. dia suka study tmpt yg nak dilawati sblm pergi. tuyg dia suka kumpul map

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.