Jun 8, 2012

Breathtaking Boracay - The Food

Mendapatkan makanan halal di negara yang bukan negara Islam adalah satu cabaran bila melancong ke luar negara. So entry kali ni, saya akan cerita apa yang kami makan dan di mana kami makan sepanjang berada di Boracay. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang beragama Islam bila melancong ke sana.

Our first meal untuk trip ke Boracay dimulakan dengan in flight meal. Disebabkan flight awal pagi, so saya choose untuk makan Pak Nasser Nasi Lemak. Pre book siap-siap so that dapat free mineral water dan harga nya lebih murah. And takdelah kempunan tiba-tiba makanan yang kita nak tu da habis sebab orang lain da beli lagi awal dari kita.

Breakfast
Sementara nak menunggu next flight dari Clark ke Kalibo, beli makanan ringan, ice cream dan air di mini mart di Clark Airport. Kami cari jenama yang da biasa dengar dan tengok kandungan di luar bungkusan. Kalau was-was, kami tak beli.

Minum milo anda jadi sihat dan kuat. Gambar cilok dari Kak Wahida
Ice-cream anyone?
Sebelum pergi, Abah da siap-siap beli maggie cup, maggie paket dan maggie goreng. Hari tu ada yang bertanya macam mana kami makan di sana dan saya ada cakap yang kami bawa sardin. Sorry salah pulakinfo yang saya bagi. Kami beli sardin di sana, termasuk roti, telur dan mentega. Kalau ada check baggage, boleh letak sardin dalam tu, tapi kalau bawak hand luggage memang tak lepas la nak bawak sardin tu. 

Disebabkan our 1st lodging ialah apartment yang ada periuk, pinggan, mangguk dan gelas semua tu, jadi kami banyak makan maggie, sardin, roti dan telur untuk 2 hari pertama. Senang nak masak sendiri.

Time ni, maggie pun nampak sedap
Ini ialah kedai makanan Islam yang halal di Boracay. Mak dapat tahu pasal Khalil Restaurant dari owner 1st souvenier shop yang kiteorang pergi. Nak pergi kedai ni agak mencabar. 1st, kena sampai di D'talipapa dulu. Kemudian cari kedai souvenier bernombor 74 seperti gambar di bawah.

Jangan lupa letak sign X kat pintu kedai macam dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok
Kemudian kena masuk dalam kedai souvenier tu. Cari pintu *nampak macam pintu fitting room kat dalam kedai tu. Kemudian, taadaa da sampai. Macam ikut pintu suka hati Doraemon pula. Masuk kedai souvenier, tiba-tiba sampai kedai makan.

Sedap bila dapat makan nasi dan lauk pauk. Nikmat!
Pilihan lauk yang dipamerkan
Kalau nak makan buah-buahan, boleh la beli di kedai-kedai kat D'talipapa. Banyak juga kedai buah-buahan. Salah satu daripadanya ialah,

Bukan Boi, hubby Dilla ye
Bukan setakat apple dan orange je, durian dengan manggis pun ada
 Selebihnya kami makan di Indian Restaurant dan kedai yang hanya menjual seafood. Kami elak daripada mengambil makanan berdaging seperti lembu dan ayam. Fikir juga, minyak yang dorang pakai minyak apa, ada campuran apa-apa yang haram tak etc. Tapi, tetapkan hati dan jangan was-was je. Once was-was, jangan makan situ. Boleh refer link ini untuk rujukan.

Masa dinner di Indian Restaurant, saya tak bawak camera sebab baru lepas berhelmet dive. So, ambil gambar-gambar ni dari Google je. Restaurant ni bukak waktu lewat petang hingga malam. Restaurant nya berdekatan dengan D'Mall.

Nama kedainya, True Food Indian Cuisine
Interior kedai di waktu malam
Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya makan lobster. Sedap! Kedai ni memang jual seafood je. Makan tepi laut, siap ada candle. Wiwit! Ownernya ada kedai jual juice dan minumam lain berdepan dengan kedai makan ni. Dia juga ada jual 3in1 tongkat ali, import dari Kota Kinabalu katanya.

Lobster goreng butter. PHP 160 per 100gram. Paling murah sepanjang survey di sana.
So fresh! yang baju hijau tu owner nya
Truly Fruity ni berdepan dengan kedai makan seafood yang sedap dan murah. Truly tu nama owner nya yang baik hati
Next, misi jalan-jalan cari makan bila lapar diteruskan keesokkan hari. Bila lepas mandi manda kat laut, sure lapar kan. Lunch di Fish Bar pada hari terakhir sebelum kami bertolak balik ke Clark. Kedai ni di dalam D'Mall dekat area Ferris Wheels. Jaga-jaga jangan order beer buttered fish and chips ye. Kang mabuk pulak.

The menu. Big enough?
Seafood platter for Abah, Mak and Me. Ngam untuk 3 orang makan.
Apa ertinya kalau makan di Fish Bar tapi tak makan original Fish & Chips kan
Fish Burger super besar dimakan oleh Dilla
Malam before check out, just makan di hotel. Even da pukul 10 malam, cafe masih buka dan terima order kami sebab kami in-house guest. patutnya dia da nak tutup da. But, masih kenyang. So, saya share dengan Dilla je. Makan nasi dan sotong grill.

Sedap!
Sepanjang kami stay di Surside Boracay Resort & Spa, breakfast memang di sini saje. Makan toast dengan jem dan butter plus telur yang boleh pilih nak jenis apa, scramble ke, half boiled ke. Plus dengan juice dan hot drinks. Jangan memandai nak order ham dan bacon pulak. Sosej pun tak boleh.

Last breakfast before check out
Time nak tunggu boat sampai kat Jetty Boracay tu, sempat la beli snack dari sana. Tu pun tengok-tengok dulu ingredients dia apa. Mostly yang kami beli ialah dari kelapa (buko) dan sugar.

Kuih kapit pun ada. 
Sampai di Kalibo Airport, masing-masing da lapar balik. Cari kedai makan dekat dengan airport. Memang susah nak cari makanan halal kat sini. So, order makanan yang berunsurkan sayur dan seafood sahaja.

Akir da macam Pinoy
Mix seafood grilled
Banana spilt
Dalam flight dari Kalibo ke Clark, masih lapar lagi. So, saya dan adik beli muffin.

6 pieces per box
Masa di Clark, kami dinner di SM Mall. Makan di kedai Waffle. Ada yang makan fish & chips, ada yang makan waffle dan ada yang makan pancake. Gambar tak ambil sebab saya dan Dilla sibuk last minute shopping. T-shirt untuk lelaki murah! PHP 200 je sehelai. Kain sedap, design cantik. Nyesal lak beli sehelai je untuk Nasir.

Sebelum terbang balik ke Malaysia keesokkan harinya,  kami just makan roti untuk alas perut. Bertahan sebelum dapat makan Nasi Beryani dalam flight pulang ke Malaysia. 

Sampai Malaysia, sangat lah bersyukur dapat makan macam-macam. 

Malaysia the best lah!

p/s : Apa itu D'Mall? Apa itu D'talipapa? Nak tahu kena tunggu next entri~

Lots of love, 


10 comments:

Pida said...

Hehe... malaysia jugak yang best kan?

ady said...

mana tshirt sayaaa

miss shera said...

kak pida : yupyup. Malaysia nak makan senang, nak solat senang. Malaysia juga lah di hati.
zaidi : eh awak nak tshirt i love boracay eh?

Anonymous said...

awaiting new update...hehehe bagus info ni...cuaca macam mana ok ker...sbb trip i end of this month

Wawa said...

geramnya tengok makanan-makanan ut
-_- uh

myfairx said...

Cayalah..

Terima kasih atas informasi yang terbaek ini.

harap2 kami di Boracay bulan Julai nanti dapat memanafaatkan informasi dari pengalaman saudari.

InsyaAllah kami akan pos jugak informasi2 lain berkaitan makan halal sekiranya ada.

nana said...

hi. apa nama kedai mkn yg hidang seafood je tu? yg u all mkn lobster goreng butter tu?

miss shera said...

Hie nana :)
Kedai seafood tu xde nama. Tapi kedainya betul2 depan kedai jual air, Truly Fruity.

Anonymous said...

Kalau makan seafood sure ke halal?Macam mana dengan kuali yg digunakan?Minyak dia lagi..sesetengah masakan dia orang letak wain etc.kalau dahjumpa satu kedai halal lebih selamat sepanjang trip makan kat situ je.

miss shera said...

Seperti yang saya bagitau, Kami ada fikir pasal minyak dan ingredient yang diletak dalam makanan, tapi tetap kan hati je. Dan bile kami rasa waswas nak makan kat sesuatu tempat, kami tak kan makan di situ. Seperti yang saya lampirkan link tu jawapan bagi persoalan tentang makan semasa darurat. Harap ianya membantu. Atau boleh bertanya kepada yang lebih arif tentang ini. Yang Khalil Restaurant tu malam tak buka, jadi kena jadi alternatif lain. Bila keadaan macam ni, Allah pasti tolong gerakkan hati kita untuk bagitau kedai tu ok atau tidak. :)