Jun 26, 2012

Burger Panggang in the house

Habis sudah cerita pasal trip ke Boracay. 
Banyak cerita yang pending nak share di sini. 
So, lets get started!

Entri kali ini, saya nak share pasal Burger Panggang di Batu Pahat.

Sekarang kan da macam trend makan burger bako. Burger yang dagingnya dibuat sendiri, tebal seinci. Kemudian diserve bertingkat-tingkat. Letak pulak cheese yang cair bila kena panas. Perghh. Sangat menggiurkan. Tapi kena tunggu lama baru dapat makanan yang dipesan. Sabo jela.

Saya tak tahu lah kalau di Batu Pahat da lama ada benda ni. Tapi saya baru je discover tempat yang jual burger panggang. 2-3 kali juga la niat nak makan tapi tak berkesampaian sebab tak jumpa kedai dan kedai belum bukak. 

Akhirnya, minggu lepas dapat juga merasa Bee Pee Burger Panggang.

buntingnya
the menu
Saya rasa saya ialah customer pertama pada malam itu. Sebab tak ada orang lain dan dia pun baru je susun-susun barang atas meja. 

Pilih punya pilih nak makan burger yang macam mana. Kemudian tak tahu nak bungkus ke nak makan situ. Tapi memandang kan nak lebih feeling makan burger bako ni dan tengok meja pun kosong, kami decide makan situ saje. 

tunggu adik tu panggang bege 
Sambil tunggu sambil main game kat handphone. 
Eh tak siap lagi?
Sambung main game lagi.
Belum siap juga?
Ok, kacau Nasir main game pulak.
Eh da sampai!

double chessy burger daging panggang with extra chicken ham
And...

entra sausages with black pepper and mayonnaise!
The result~

Yummeh!
Sila lah cuba burger panggang ni.
Stall dia kecik je. *boleh berkembang in future! Ada 1 meja je untuk melepak. TV untuk tengok Euro ada tapi kat kedai seberang jalan lah.
So, stall nya berdekatan entrance WetWorld Batu Pahat. 
Dorang start beroperasi jam 7 lebih malam. 
Siang-siang boleh tengok stall tu ada jual air durian belanda.

Selamat mencuba!

Lots of Love,


2 comments:

wawa said...

dekat mana ni kak ewa? =D cam best je.

miss shera said...

kedai dia dekat2 dgn entrance wetworld BP. ni 1st time makan bege panggang/bako.. bole tahan la rasanya