Aug 17, 2011

86 days to go

Hari ni 17 Ogos 2011.

Hari ni Hari Nuzul Al-Quran. 
Tapi disebabkan saya rakyat Johor, jadi hari ni tetap bekerja seperti biasa. Untunglah sesiapa yang bekerja di Selangor, Perak, Pualau Pinang, Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu sebab dapat cuti di tengah-tengah minggu. 

Mengikut counter yang berada di bawah blog ni, tinggal 86 hari je lagi untuk saya memegang title single. Lepas ni kena tukar lah katil single saya kat bilik tu ke katil double. Jangan ditanya tentang preparation. Rasanya banyak benda nak dibuat tapi tak tahu nak mula dari mana. 

Ohh, sebenarnya saje nak tunggu sampai angka 86 dalam perkiraan perjalanan sebelum ke hari pernikahan sebab saya dan Nasir lahir pada tahun yang sama iaitu tahun 1986. Ada kesinambungan tak 2 benda ni agak-agak? Emm, tak kisah lah.

Lagu ini dituju khas buat Nasir sempena lagi 86 hari menuju ke alam baru. Enjoy~


Lagu ni selalu dengar kat bilik Abah pagi-pagi hari Sabtu atau Ahad. Nyanyian dari Mille Small.

.ohhshera.

No comments: