Feb 25, 2011

mari bantu mangsa banjir-episode dua

Bertemu lagi kita di entri mari bantu mangsa banjir episode dua. Tanpa membuang masa, jom tengok keadaan di mana kami ditempatkan di Kampung Seri Menanti, Sri Medan.

ramai orang kan
kaunter pendaftaran dan pemeriksaan
Haaa, kan da cakap kami ditempatkan di warung. Actually, meja yang kami gunakan tu, meja makan untuk pelanggan di warung ini. *pinjam sat na tuan kedai. Tempat ialah sangat limited dan kurang selesa. Jangan tertipu ye, yang ramai-ramai kat dalam tu ialah orang-orang kampung sedang ngeteh, bukan tengah tunggu giliran nak check.

gambar dari depan
 Dari orang-orang kampung yang sedang ngeteh di warung itulah kami dapat pelanggan. Ada yang memang teringin sangat nak jumpa kami dan dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma. Ada yang nak jumpa doktor tapi takut-takut dan malu-malu. Ada yang tidak tahu pun kami menyediakan perkhidmatan ini pada hari tersebut. Tapi nasib baik ada yang menyampaikan kepada mereka yang di rumah.

saya di kaunter pendaftaran
lepas daftar boleh jumpa doktor atau medical assistant
selepas itu ambil ubat di farmasi
Kami juga ada bukak kaunter makmal perubatan bagi mereka yang ingin periksa darah dan juga ada perkhidmatan pemeriksaan pergigian. Siapa check gigi, nanti dapat berus gigi dan ubat gigi percuma. Best kan. Bukan calang-calang brand tau. Dapat berus gigi Oral B dan ubat gigi Colgate. Siapa tak check, sangat rugi.

dental team tengah tunggu pelanggan
Ohh sungguh mencabar kerja di bawah atap zink dengan cuaca yang maha panas. Tengah hari, kami dipelawa makan di rumah Pak Naib. Eh, bukan rumah Encik Naib tapi Pak Naib tu ialah gelaran ketua kampung di sini. Sedap ohh lauk yang disajikan. Nak tahu, kena tunggu episode seturusnya. Tunggguuuuuu~

berhenti menulis sambil minum mineral dan makan pikin

.ohhshera.

Feb 24, 2011

mari bantu mangsa banjir-episode satu

Seperti yang dijanjikan, saya mempersembahkan cerita tentang rumah dan air.

Ada sesiapa dapat teka tak yang saya nak cerita pasal banjir? Yelah, hint yang diberi tu kan betul. Rumah yang dibanjiri dengan air = banjir. Teehee~

Berminggu-minggu yang lalu, UTHM ada hantar bantuan membantu mangsa banjir di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Tapi tak ada lah sampai kena redah banjir, naik sampan dan tengok air sampai bumbung rumah. Kira kami bantu untuk pasca banjir je.

muka orang paling awal sampai di PKU
barang-barang yang dibawa

breakfast meehoon goreng
dengar taklimat di bilik gerakan di Sri Medan
keadaan di dalam bas
Mencabar betul nak membantu mangsa banjir ni. Bukan sebab kena redah banjir tapi sebab team kami asyik kena campak entah kat mana-mana je. Mula-mula kata kami ditempatkan di Sekolah Agama Sri Medan. Lepas tu entah kat mana lah. Last-last pergi ke Kampung Seri Menanti, nun jauh di dalam. *maxis ada 1 bar je.

Pula tu, kami tak diberikan tempat yang sesuai untuk memberi khidmat pemeriksaan kesihatan percuma. Just di letakkan di warung tempat orang-orang kampung ngeteh. Ohh mencabar. Dengan cuaca yang panas, tempat limited dan tak selesa, kami teruskan jua aktiviti ini.

Nak tahu keadaan warung tempat kami menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma? Tunggu episod kedua ye. ;p

.ohhshera.

Feb 23, 2011

cak baa~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca belog saya.

Hari ini sangat malas nak siapkan presentation pathology yang tinggal sikit je lagi tu. So, masa yang ada, saya godey-godey lah belog ini. Tukar font, tukar kaler, sambil berphotoshop belajar buat header baru. *wiwit. Walaupun tak secute mana, tapi boleh lah, kan?

Tiba-tiba terbayang makanan yang sedap di Secret Receipe. Lapar~ *mesti syndrome pre-menstrual ni.

sedap kan. yummies~
Esok saya janji saya akan update belog ini. Janji. Nak tahu tak saya nak cerita pasal apa? Meh saya bagi hint meh~

taadaa~
Aha. Nampak botol mineral 1kotak tu? Agak-agak nak cerita pasal pergi berkelah bersama student UTHM ke cerita pasal rombongan Cik Kiah ke Sukan Komenwell? 

Saya bagi lagi hint. Rumah, air. Tak dapat lagi? Kalau nak tahu, kena lah baca belog saya esok ok. ;)

Jaga diri yek.

.ohhshera.

Feb 21, 2011

update entri cepat-cepat

Assalamualaikum wbt. 

Lamaaaaaaa gilaaaaaaaa tak update belog ekoran daripada kebusyan buat assignment, kerja dan ehem-ehem ;) *wah siap ada ehem-ehem.

Now pun sambil siapkan presentation pathology, sambil layan patient, sambil update belog, sambil ym dan sambil berfacebooking. 5in1 ;)

Saja lah nak tayang selipar baru. Beli kat Kluang Mall Jumaat lepas.

tada~
HK on the move
Haha. Sebenarnya saya bukanlah peminat Hello Kitty pun. Time jalan-jalan, Sha ternampak selipar ni. Saya pula terus jatuh hati bila Sha tunjuk selipar ini. Beli sama dengan Sha. *jangan mara aa sha sebab kite tiru awak.

Murah je, RM15.00 sepasang. Kalau datang Kluang Mall pergi lah kedai Happii Feet. Macam-macam corak selipar yang menarik ada di situ. Ada gambar strawberry, katak, bintang, pisang dan banyak lagi. Dari saiz budak kecil sampai lah ke mak budak.

Nanti bila da free, saya update belog lagi ok. Jaga diri.

|ohhshera|

Feb 16, 2011

terasa duduk di england pula

Pagi tadi masa drive pergi kerja, nampak treler terbalik kat area Taman Koperasi Bahagia. Apa lagi, traffic jam la jadinya. Slide pukul 8.02am, lambat 2 minit je. *sila isi borang pengesahan kehadiran.

Masa drive dari Sri Gading ke UTHM, tiba-tiba rasa macam di awang-awangan. Rasa macam kerja kat england pun ada juga. *haha. Sebab apa? Sebab ada kabus-kabus di pagi hari di kiri, kanan, depan dan belakang. Ala yang macam kalau dalam cerita kat TV, time mimpi ke berangan ke, kat tepi-tepi gambar tu kan ada putih-putih macam asap-asap kabus kan. Haaa, camtu lah.

ni kat area taman universiti, parit raja
dekat dgn kktm
memandu sambil ambil gambar
 Masuk je gate UTHM, pun sama juga. Kabus tebal. 

stadium uthm
nampak tak bangunan apa ini?
tebal kan kabusnya
 Apa itu kabus? Mengikut wikipedia bahasa melayu, kabus ialah wap air yang ada di permukaan tanah yang terkondensasi menjadi awan. *ohh, macam tu.

|ohhshera|

Feb 11, 2011

ini bas ke kereta?

Dulu masa kecik-kecik, bila naik kereta, mak akan tunjuk macam-macam benda di sekeliling. 

"Ha, tu apa? Kereta..car," kata mak sambil tunjuk kereta dari arah bertentangan.

Bila lalu sebelah bas pula, mak cakap, "Yang ni, Bas..bus."

Kalau kat highway pula nanti mak tunjuk pokok sambil cakap pokok dan tree. Both dalam malay dan english. 

Tapi bila da besar ni, tiba-tiba saya tak tahu pula mana satu kereta dengan mana satu bas. *sengal gila tak tahu bezekan kereta yang kecik dengan bas yang besar gedabak tu. Jangan salah faham. Jom tengok gambar di bawah ni. Korang pun mesti confius. Percayalah.

ini ialah bas/bus
Tak perasan lagi? Meh saya bagi gambar yang jelas sikit.

aha, nampak tu?
Confius kan? kan? kan? Hahaha. Mak ajar, car is kereta. Tapi ni bas. Macam mana tu? Teehee~

p/s : date hari ni sangat cantik kan. 11.02.2011. macam mirror yang di letakkan di tengah-tengah nombor dua tu.

|ohhshera|

Feb 9, 2011

mari lunch di fadang fasir

Tema lunch pada hari ini ialah al fadang fasirun. Tak perlu lah nak pergi sampai ke Yaman atau ke Jeddah untuk menikmati makanan arab ni. Just pergi Taman Universiti kat Parit Raja je. Nama kedai ini ialah Layali Hadramawt. *lupa nak snap picture kedai sebab perut da sangat lapar.
muka orang lapar nak order
muka happy selepas order makanan
Disebabkan sangat-sangat lapar, saya order nasi. *begitu poyo tak mahu makan roti. Lauknya mestilah kambing. Barulah terasa di fadang fasir. kan?kan?kan? Tapi kak Diana dan Kak Ila diet, dorang makan makanan berunsurkan roti je. Sha dan saya je yang makan nasi. Tapi Sha order ayam.

kabsa lamb ke habsa lamb ek
shawarma ke apa ntah nama nya
amboi.makan sampai tak tengok camera
Gila banyak kan portion kabsa/habsa lamb saya. Hey, saya habis makan ok. *now da gemuk.nangis.

tengok lah kami melantak
Semasa entri ini ditype, saya sedang merasakan kekembangan di permukaan perut. Adoi. kenyang gila lah makanan fadang fasir ni. 

Jadi, kalau mahu cuba makan makan arab macam mandi lamb or shish tawook, datanglah ke Layali Hadramawt. Kedai ni juga menawarkan pakej untuk perkahwinan, pertunangan. aqiqah dan macam-macam majlis lagi.

Harga makanan kat sini? Berbaloi lah dengan saiz hidangan nya. Range dari RM5-RM30 per portion. Kenyang~ Ok, nak sambung buat kerja. Tata
|ohhshera|

Feb 7, 2011

selamat tahun arnab

Gong Xi Fa Cai untuk semua pembaca belog saya. Belum terlambat lagi kan kalau nak minta angpau? Saya kan belum kawin, so boleh terima angpao lagi ma ;)

Sempena menyambut tahun arnab mengikut kalender cina, mari berkenalan dengan arnab comel dan manja peliharaan Shanaz.

kiki dan tam
tam seekor arnab yang pemalu
alolo.comel nya
kak diana sekadar berani tunjuk je ;p
nurin dan kiki
geram tul tgk dorang tengah makan
makan makan lagi
Geramnya tengok arnab-arnab ni. Da lah comel, manja pula tu. Rasa macam nak minta Shanaz, si kiki tu je, sebab kiki lah yang paling manja. Suka kena belai sentiasa dan gebu. Eh baru perasan nama arnab Sha sama cam nama external hard disc saya. *hehe.

Selamat Tahun Arnab semua. Jangan lupa angpao ea~

|ohhshera|

Feb 2, 2011

nasi ayam shanaz versus nasi ayam penyet ria

Amboi. Tajuk entri kali ni menggiurkan. *lapar. 

Jumaat lepas, berpeluang makan di rumah Shanaz. Dia masak nasi ayam. 

alolo. comel betul susun ayam, timun dan tomato camni
kami lapar *sorry for the low quality picture
Sedap sungguh. Saya dengan muka tak malu, tambah 2 kali. kak Diana dan kak Suhaila pun tambah 2 kali juga. Pandai betul Shanaz masak. Lepas ni boleh belajar dengan dia. *boleh ke sha?

Lepas makan, lepak-lepak tengok cerita Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Macam biasa, kak Diana tengok tapi tutup-tutup muka. *haha. Dekat pukul 2.15 petang, kami pun bersiap-siap nak balik.

kak diana dan nurin
Lupa nak bagi tahu, Shanaz ada bela 2 ekor arnab yang super duper cute. Next entri saya akan cerita. Tunguuuu~

Keesokkan harinya, saya makan di Nasi Ayam Penyet Ria di Sunway. Sedap. Sedap. Sedap.

this is the portion for one
Teruja ohh nak makan nasi ayam penyet ni. Tapi Dilla cakap sambal dia sangat pedas. So, terpaksalah minta asing. Jom close up tengok ayam penyet nya.

yang ni sambal tak asing
Amacam? Teruja tak nak makan? Dia punya kerak-kerak atas ayam tu yang jahat. *ikut gaya abah cakap. Apa lagi, start makan lah, tapi Dilla tak makan ayam penyet. Dia makan empal. Haa tau tak apa tu empal? Empal tu sweet fried beef. Tapi gambarnya tak ada sebab saya tengah sibuk makan.

Aha. Minuman yang saya order sangat lah special namanya, soda gembira. happy je bila minum soda ni.

ni lah rupa soda gembira tu
Haha. Soda gembira ialah sirap bandung soda rupanya. Tapi tetap gembira makan nasi ayam penyet dan minum soda gembira. Lagi gembira bila Dilla yang belanja. Ohh best. Lain kali belanja lagi ok.

Perut kenyang, senang hati
Lain kali, ajak lah saya makan lagi

|ohhshera|

Feb 1, 2011

lagi cerita syamim di mansuora

Semalam mak call Syamim. Dia kata, dorang tengah packing barang dan sedia untuk keluar. Abah pesan bawa barang yang penting saja macam passport, student card, dokumen yang mengatakan dia student di Mansuora University, hand phone dan laptop. Saya pula pesan jangan lupa bawak sweater *sebab sekarang musim sejuk di sana, bekalan makanan, baju 2helai dan charger hand phone.

Mengadap blog ini dari semalam sampai lah sekarang. Semua news diupdate di sini. Di rumah, sambung tengok dengan mak. Diharap semuanya selamat. Syamim kata mungkin mereka semua akan terus ke Cairo Airport. Masalahnya sekarang, dia tak ada cash sebab atm dan bank tidak berfungsi. *pulak tu harga tiket naik 7kali ganda. So, mak suruh stay dengan second cousin kami yang juga student di Mansuora University sebab dia ada credit card. *abah kena bagi syamim credit card lah lepas ni. ;)

By the way, nak share this video dengan semua. Saya dapat di youtube.


 Sekarang pukul 4.00 pagi di Mesir. 4 jam lagi untuk habis waktu curfew dan proses pemindahan boleh dijalankan. Semoga semua rakyat Malaysia di Mesir selamat dipindahkan. Kalau tak dapat bawa balik Malaysia pun, at least bawa keluar ke tempat yang lebih selamat.

Masa baca update status di Mesir, saya nampak banyak pertanyaan tentang status pelajar bukan tajaan dan juga pelajar aliran agama. Apa yang saya dimaklumkan, kepada sesiapa yang mempunyai saudara atau kawan yang belajar di Mesir, tak kira aliran agama atau medic, tajaan atau persendirian, seboleh-bolehnya, pergilah ke tempat berkumpul yang ditetapkan. Pegawai yang bertugas di sana akan membantu.

Cairo - Malaysian Hall dan rumah negeri masing-masing
Alexandria - Bangunan MARA
Mansuora - Bangunan GMN

Didoakan semoga dipermudahkan urusan mereka di Mesir. Ameen.

|ohhshera|