Feb 1, 2011

lagi cerita syamim di mansuora

Semalam mak call Syamim. Dia kata, dorang tengah packing barang dan sedia untuk keluar. Abah pesan bawa barang yang penting saja macam passport, student card, dokumen yang mengatakan dia student di Mansuora University, hand phone dan laptop. Saya pula pesan jangan lupa bawak sweater *sebab sekarang musim sejuk di sana, bekalan makanan, baju 2helai dan charger hand phone.

Mengadap blog ini dari semalam sampai lah sekarang. Semua news diupdate di sini. Di rumah, sambung tengok dengan mak. Diharap semuanya selamat. Syamim kata mungkin mereka semua akan terus ke Cairo Airport. Masalahnya sekarang, dia tak ada cash sebab atm dan bank tidak berfungsi. *pulak tu harga tiket naik 7kali ganda. So, mak suruh stay dengan second cousin kami yang juga student di Mansuora University sebab dia ada credit card. *abah kena bagi syamim credit card lah lepas ni. ;)

By the way, nak share this video dengan semua. Saya dapat di youtube.


 Sekarang pukul 4.00 pagi di Mesir. 4 jam lagi untuk habis waktu curfew dan proses pemindahan boleh dijalankan. Semoga semua rakyat Malaysia di Mesir selamat dipindahkan. Kalau tak dapat bawa balik Malaysia pun, at least bawa keluar ke tempat yang lebih selamat.

Masa baca update status di Mesir, saya nampak banyak pertanyaan tentang status pelajar bukan tajaan dan juga pelajar aliran agama. Apa yang saya dimaklumkan, kepada sesiapa yang mempunyai saudara atau kawan yang belajar di Mesir, tak kira aliran agama atau medic, tajaan atau persendirian, seboleh-bolehnya, pergilah ke tempat berkumpul yang ditetapkan. Pegawai yang bertugas di sana akan membantu.

Cairo - Malaysian Hall dan rumah negeri masing-masing
Alexandria - Bangunan MARA
Mansuora - Bangunan GMN

Didoakan semoga dipermudahkan urusan mereka di Mesir. Ameen.

|ohhshera|

6 comments:

Fello de Caminero said...

caiyok caiyok...

shahirah.alshahab said...

;)

missbby said...

semoga adik shira selamat yea..

shahirah.alshahab said...

thanx kak.doanya begitulah

red_torres said...

semoga semua berjalan dengar lancar

shahirah.alshahab said...

ameen.thanx torred