Ini sambungan untuk hari kedua trip ke Jakarta.
Edisi rambang mata.
Waktu Jakarta lewat sejam dari waktu Malaysia. Tapi masih tak dapat nak adjust diri.
breakfast pada pukul 7pagi. |
Aktiviti utama di hari kedua ialah pergi ke Pasar Tebet dan Tanah Abang.
Sampai di Pasar Tebet pukul 10 lebih. Banyak kedai yang belum buka dan banyak juga kedai yang tak buka since hari tu ialah hari Ahad. Rambang mata tengok kad-kad di Pasar Tebet. Macam-macam bentuk dan macam-macam design yang cantik-cantik ada kat sini.
kerja-kerjayang dilakukan secara manual untuk membuat kad kahwin di Pasar Tebet |
Lama juga kat Pasar Tebet sebab pilih kad. Tengah pilih-pilih kad, tiba-tiba ada orang dari TransTV nak interview saya dan Dilla. Wuuu~ Malu ohh. Gwa ngak bisa ngomong bahasa Indonesia.
Lepas settle hal di Pasar Tebet, kami bergerak ke Tanah Abang. Excited!! sebab selalu dengar orang cerita yang Tanah Abang ni. Tanah Abang ialah 1 bangunan yang besar dan best untuk shopping barang kahwin, especially kain ela dan kain lace.
Sampai di Tanah Abang je, terus cari surau. Jenuh juga nak sampai ke level Atap. Bila sampai di level Atap, rasa terpegun habis. Siapa sangka kat roof top bangunan ini ada masjid yang besar. Yup. Masjid! Bukan nya surau ataupun bilik solat. Subhanallah.
Lepas solat, kami ke tingkat 8 untuk menjamu selera di food court. Saya makan nasi dan lele nyeresep. Mak pilih untuk makan nasi uduk sebab nak try rasa dia macam mana. *Mak tengok heroin jual nasi uduk dalam cerita Kejora dan Bintang
nasi uduk yang mak teringin sangat nak makan |
Perut pun da kenyang dan da recharge tenaga, jadi sekarang masa untuk shopping! Rambang mata lagi sekali nak pilih macam-macam. Ada handbag, kasut, telekung, kain sulam, jubah, kaftan dan macam-macam lagi. Tapi sayang sangat sebab masa sangat mencemburui kami. Tak sempat nak survey kain. Hanya sempat terjah 1 kedai ni je. *sebab terlalu lama di tingkat 5 teman Dilla cari kaftan.
kedai jual kain sulam |
Kecewa betul bila da sampai tapi tak dapat shopping habis-habisan. Pula tu, mostly kedai kat sini before pukul 6 petang da start kemas-kemas dan nak tutup kedai. Jadi, mana yang ada jelah kami terjah. T__T
Keluar dari Tanah Abang; Abah ajak pergi Taman Mini Indonesia or Dunia Fantasi Ancol. We vote for DunFan Ancol.*last time pergi masa kecil lagi. Tapi on the way nak pergi Ancol, Pak Yus kata DunFan da tak ramai orang pergi sebab harga tiket mahal. So, kami fikir-fikir tak payah lah pergi sana. Lagipun nanti dapat main kejap je sebab dia tutup pukul 9 malam.
Untuk menggembirakan hati, Pak Yus bawa kami ke Nasi Padang Garuda. Memang teringin nak makan nasi padang kat sini. Disebabkan nak buang masa, kami jalan-jalan dulu di sekitar Restoren Garuda before makan. *sempat pergi supermarket beli coco crunch.
Dinner time~
sebelah tangan je tu bawa |
separuh dari lauk yang dihidang |
lagi separuh lauk yang dihidang |
Amacam? Lauk je ada 25 mangkuk. Tu pun ada yang dia tak hidang kat meja kami. Tapi jangan bimbang. Tak perlu nak habiskan semua lauk yang dihidang. Pilih mana yang nak je. As long as tak cuit, mereka tak kan charge. Jadi, sekali lagi rambang mata nak pilih lauk.
Minuman yang saya teringin sekali nak minum ialah Avocado Chocolate.
khas buat kakDiana bagi dia jealous |
Kekenyangan. Ohh, makan malam dibayar oleh Mak. TerimaKasih Mak.
.ohhshera.
10 comments:
pasar tebet tu murah x kad kahwin dia? cantik dan murah x? mcmane ngan tempahan? berapa ari boleh siap yer? n dia ada bt delivery ke malaysia ke? hehehee..bz dok survey ni...nak buta kad kt sana gak
hie cik anon,
kalau compared dengan msia puya kad kahwin (yang hard cover), kat pasar tebet jauh lebih murah.mostly kat sana banyak yang hard cover.kalau kat msia 1hard cover yang cantik dlm rm2.80, sana br rm1+.xsampai rm2 pun.
macam saya punya, dia kata 1bulan setengah siap.tapi saya pernah baca kat 1blog ni (da lupa which blog), blogger ni cakap kad dia siap 3hari je.tak tahu lah berapa banyak dia buat.
yups,ada delivery to msia atau boleh datang ambil sendiri. charge ke msia kira by kilo.lebih kurang 70kg, dalam rm200+. disebabkan card belum siap, xtau exact charge utk delivery.
kalau nak buat card kat pasar tebet, sediakan map, kata-kata yang nak diletakkan dalam map. design rasanya kat sana banyak sangat dan boleh pilih sampai pengsan. lagi satu, sy prefer pergi ke kedai yang tak ada aircond sebab harga dia murah dari kedai yang ada aircond. kedai banyak tutup pada hari ahad tapi ada juga yang buka. tapi kalau pergi hari kerja, parking susah.
selamat bershopping kad kahwin di pasar tebet ^__^ and congratz in advance for your wedding.
penerangan yang bagus..
selamat kawin anon..
abg ; heeee ;)
makan kat nasi padang ni bukan abah yang bayar ke? mak bayar yang kat fast food tu.
bkn pakai card credit mak ke?hehe
besh wooooo shopping kad kawen..ancol? teringat dulu...baru2 masuk terus main mainan lalat n terus pening...adoi
cika : disaran buat kad di sana bila mau kawen nnt.ha a.uma senget ingat lagi x
rumah senget yg mane ek..alorr lupa..tp mcm ingat2
ala rumah senget kat ancol tu..
Post a Comment