Hari kedua terakhir di Jakarta.
Masih belum beli barang-barang yang dipesan oleh kawan-kawan.
Selepas breakfast, Abah ajak sight-seeing before pergi ke Pasar Tebet semula untuk settlekan payment. Kalau pergi Jakarta, tak sah kalau tak jenguk Monumen Nasional atau lebih dikenali sebagai Monas.
i touched the golden monas |
Budget da sentuh bahagian atas Monas yang disalut emas tu. Tapi terlebih budget pula. Cameragirl tak terror cari angle. Penat gelak sebab semua nak bergambar macam ni tapi satu pun tak jadi. This is the best shot.
teka tangan siapa |
Ini pula gambar Istana Presiden Indonesia.
ambil dari jauh saja |
Appointment di Pasar Tebet pukul 11.00 pagi. Masih awal lagi. Jadi Abah ajak ke Jati Negara. Sepanjang buat homework before datang sini, tak pernah baca pula blogger lain cerita pasal nak shopping di Jati Negara. Sesuatu yang baru ni. It turns out yang Jati Negara merupakan tempat orang-orang tempatan berbelanja. Harga murah daripada Tanah Abang!
kebaya sulam manik yang da siap dijahit |
kain ela yang murah |
Satu je yang anda semua kena tahan bila pergi ke Jati Negara. Keadaan di dalamnya agak panas berbanding di Tanah Abang dan Mangga Dua. Ruang memang sempit dan sesak. Lagi-lagi time kami pergi tu hari cuti sempena Hari Wesak.
Baru lah rasa bershopping walaupun masa terhad sebab nak bergegas pergi ke Pasar tebet pula. On the way nak pergi ke Pasar Tebet, semua da flat dan lapar. Kat Pasar Tebet, lama pula kena tunggu turn untuk check design dan spelling kat kad. Then, makan time. Kami makan kat Tebet juga. Kali ni try makanan western. Sedap!
muka penat tapi masih nak posing dengan sandwich di Burger&Grill |
Alamak! Barang yang kawan-kawan kirim semua da beli. Tapi ole-ole untuk en.Nasir belum beli pula. On the way balik hotel, minta Pak Yus drop kan saya, Mak dan Dilla di Mangga Dua Square. Abah dan Akir akan menyusul kemudian.
Tak tahu nak belikan en.Nasir apa. Plan nak bagi boot bola atau kasut futsal since dia suka main bola. Cantik dan murah. Cuak juga takut tak original. Tapi sales person kat situ cakap yang ini original Indonesia.
sebahagian kasut futsal dan boot di Raja Factory Outlet |
Disebabkan tak tahu size en.Nasir, last-last belikan dia jacket ZaraMen saja. Sangat penat hari ini. Esok da nak balik Malaysia, tapi ada lagi ole-ole yang belum dibeli untuk officemates. Minta-minta sempat nak pergi Mangga Dua ITC atau pun Pasar Pagi before bertolak ke airport esok.
p/s : Kesian Abah tak dapat pergi ke Masjid Istiqlal. Masjid ini merupakan masjid yang terbesar di Asia Tenggara. Ada 5tingkat dan boleh memuatkan lebih 200ribu jemaah pada satu-satu masa. Masjir ini dibina pada Ogos 1951 dan dibuka kepada umum pada Februari 1953.
.ohhshera.
5 comments:
tak mention ke naik kereta apa kat sana?? Tak nampak pun gambonye..
seronok2...lagi2...nnt org pon nak g gak! yahoooo leh shopping n jadi jutawan segera
abg : kereta di rahsiakan sampai episode aher.hehe
cika : ada org tu nk g padang ea?bestnyaaaaaaaaaaaaaaa
bkn sala cameraman ek....
huhu...
oit next time g jati negara jek kan?
sape ler cameraman tuh.hahah.
ha a.g jati negara je bagus.tp jem gilos kat situ
Post a Comment