May 5, 2011

dapat hadiah dari dilla dan menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri

Sejak dua menjak ni, berat badan sudah naik. 
Dulu 46kg atau 48kg. 
Tapi sekarang sudah 50kg dan kadang-kadang 51.6kg.

Kenapa?

Mari salahkan orang lain sebab dia suka ajak saya makan best-best. Tapi badan dia tetap maintain kurus dan saya pula yang ..... *tak perlu lah nak cakap.
Cis. Geram sungguh dengan orang itu.
Dia yang makan banyak, saya pula yang kurus. *nangis.

Sehubungan dengan itu, Dilla menghadiahkan sesuatu yang comel dan juga menggembirakan hati tapi sedikit terasa hati.

slimming aroma shower gel+lotion
Comel sebab packing dia siap reben dan berwarna pink.
Gembira sebab dapat hadiah even bukan my birthday.
Terasa hati sebab sendiri terasa diri da membesar. *wuuwuuwuu.

Tapi tetap buat muka happy sebab hati suka!

tudung baru beli nih.
Alang-alang da bersiap macam gambar di atas, terus ajak mak pergi Mydin USJ.
Plan nak beli makanan kucing je, tapi biasalah orang perempuan. Jalan-jalan cuci mata tapi tiba-tiba ada dialog macam ni;

"Eh nak beli yang ni lah".
"Yang ni pun perlu juga kat rumah. Warna apa cantik?"
"Mak nak masak nasi goreng, jom cari perencah nasi goreng".
"Nak beli deodorant lah mak. Kat rumah da nak habis".

Bila keluar Mydin, tengok-tengok barang kat booth-booth dan kedai-kedai luar hypermarket Mydin. Terbeli ni pula. *hehe.

domo!
Hah. Ni lah dia spring massage stick berbentuk domo. RM10 je. 
Yang ni saya hadiahkan untuk diri sendiri. Yela, kan penat shopping tak berapa nak sakan kat Mydin tadi, so balik rumah boleh maen pukul-pukul badan guna benda ni. Syiok woo.

.ohhshera.

6 comments:

cahya indah said...

badan naik sikit xpe dear..u still comel ;)

miss shera said...

diya : thanxie darl.tp da rasa gemuks da.hwaaaaaaaa

red_torres said...

jangan disalahkan org yg kuat makan tetapi kurus itu, kerana baka dia mmg kurus2... =P

miss shera said...

eleh!nak ckp sy gemuk ke apa?

babybeba said...

soklan maut: dh kurus lom? hehehe

miss shera said...

hr tu nasir kata kurus sket.. ;)