May 11, 2011

ini ialah entri sedih

*warning : may contain gruesome photos

Isnin, 9 Mei 2011. 
7.00 pm : Mak call, suruh balik cepat. Bila ditanya kenapa, mak jawab, 
"Mak terlanggar kucing awak".
7.55 pm : Sampai rumah, park kereta dan terus ke garage belakang rumah. Nampak anak kucing terbaring. Ohh poor Tazz.
8.00 pm : Call Dr.Mohan dan beritahu ada urgent case. *credit to abang sebab bagi phone number dr.mohan. Call Nasir minta dia teman bawak pergi jumpa vet.
8.25 pm : Sampai di Hari Pet Clinic & Surgery. 2minutes tunggu Dr.Mohan prepare, then masuk dalam bilik treatment.

Dr.Mohan cakap Tazz in really bad condition. Dr.Mohan tak boleh buat apa-apa sebab takut fracture di area cervical spine and blood clots dalam brain Tazz. So, Dr.Mohan bagi injection; 1 untuk reduce pain dan lagi 1 untuk reduce bengkak. Esok kena datang untuk buat x-ray, nak tengok ada patah kat area neck dan skull Tazz ke tidak. Then baru Dr.Mohan boleh bagi further treatment. Malam ni, just bagi Tazz minum glucose pakai syringe untuk bagi dia tenaga.

8.40 pm : Keluar dari  treatment room dan tunggu Dr.Mohan prepare ubat spray dan glucose. 

3minutes kemudian, Dr.Mohan suruh saya masuk. Dr.Mohan terangkan keadaan Tazz yang sebenar. Dia suruh saya tunggu sampai esok pagi. Tengok weather Tazz can make it or not. *sedih bila dia cakap macam tu. If Tazz getting better, then baru buat x-ray. After bayar bil, balik rumah dalam keadaan sedih.

9.00 pm : Sampai rumah. Sediakan tempat tidur untuk Tazz. Semetara itu, just letak Tazz dalam kotak. Tapi Tazz tak nak baring. Maybe sebab dia sakit.

masih nak bangun ye
9.30 pm : Bagi Tazz minum glucose dan sediakan tempat tidur Tazz dalam storage box. Tapi Tazz still tak nak baring. Dia lebih selesa rehat style dia sendiri. Macam dalam gambar di bawah ni.

takut dia lemas je
Selasa, 10 Mei 2011
6.30 am : Tak sampai hati nak kejutkan Tazz untuk minum glucose sebab dia tidur dan tak meragam macam malam tadi. Tapi gagahkan juga hati untuk bagi Tazz glucose. Tazz kena kuat dan ada tenaga, baru boleh cepat baik. 

10.30 am : Mak dan Akir bawa Tazz pergi jumpa Dr.Mohan untuk buat x-ray. Tapi saya cakap kat mak, bawa Tazz pergi Klinik Haiwan Kerajaan je.

10.45 am : Call Nasir minta dia teman Mak dan Akir pergi Klinik Haiwan Kerajaan.

11.30 pm : Mak, Akir dan Nasir sampai ke Klinik Haiwan Kerajaan.Dapat ubat tahan sakit dan antibiotik.

12.00 pm : Mak call tanya pasal hotpack sebab Gov.Vet minta letak hotpack di kepala Tazz untuk cepat kurangkan bengkak. Hotpack tak ada, jadi guna hot pillow je. Then, Nasir cakap, Gov.Vet bagi Tazz 2jam je untuk hidup sebab keadaan dia sangat kritikal. Tazz nazak. *sedih sangat sampai minta Nasir bawa Tazz ke tempat kerja saya.

12.20 pm : Mak, Akir dan Nasir sampai rumah. Bagi Tazz makan ubat dan letak kan Tazz di atas hot pillow. Berdoa agar Tazz akan cepat sembuh.

5.50 pm : Sampai rumah dan terus tengok Tazz. Dia tengah tidur dan nafas dia tak lah selemah pagi tadi. *alhamdulillah.

6.10 pm : Siapkan glucose untuk Tazz. Tercari-cari mana ubat Tazz. Rupa-rupanya kat meja di ruang tamu rumah.

6.30 pm : Panaskan hot pillow dan bagi Tazz minum glucose. Sikit-sikit bagi Tazz minum dan Tazz minum 2ml je. Tu pun da nampak Tazz susah nak telan.

6.40 pm : Berhenti sekejap dan baringkan Tazz. Bersihkan badan Tazz dengan baby wipes. Bila lap kaki kiri Tazz yang belah depan, Tazz cepat-cepat tarik kaki dia. Maknanya sakit lah tu.

ubat Tazz - tahan sakit, antibiotik dan spray untuk elak infection kat luka Tazz
6.50 pm : Bagi 1ml antibiotik untuk Tazz. Tazz telan sikit-sikit. Semoga Tazz cepat sembuh.

6.55 pm : Bagi 0.5ml ubat tahan sakit untuk Tazz. Baru minum 0.2ml, Tazz da nampak lain macam. Baringkan Tazz. Tazz mengeliat sekali, then senyap. Bila panggil Tazz, dia mengeliat lagi sekali. lepas tu, terus diam tak gerak-gerak. 

7.00 pm : Mak, Akir dan Wafiy baru balik rumah. Tazz da tak ada
T________________________________T

Tazz in memory
7.05 pm : Nasir call. Beritahu dia Tazz da tak ada. Minta Akir tolong galikan lubang untuk Tazz. Masih dalam keadaan tak percaya yang saya da kehilangan Tazz.

7.35 pm : Upacara menanam Tazz dilakukan. Itu pun setelah 2 tempat yang digali dirasakan tidak bersesuaian kerana ada paip di bawah nya. Tempat yang ketiga baru lah ok. Tapi tanahnya sangat keras dan banyak batu. Tazz da kejung dan keras. *sedih lagi.

r.i.p dear Tazz
7.40 pm : Tazz selamat ditanam. Masuk dalam rumah dan kemas tempat Tazz. Makin sedih sebab hot pillow untuk Tazz masih panas. Ubat tahan sakit masih ada 0.3ml dalam syringe. Spray untuk luka Tazz pun baru guna 2 kali.

mission fail
Mood dari malam tadi hingga ke saat ini ialah, extremely sad. Rasa belum puas jaga Tazz. Tapi Tazz da pergi. 

Mak cakap, "Tadi, doctor jangka dia hidup 2jam je. Maybe dia nak tunggu Shahirah balik baru dia mati".

Dilla text, "Jangan lah sedih-sedih. Cat has 9 lifes".

Nasir kata, "Lebih baik dia pergi. Kita tak tahu dia sakit macam mana. Kalau dia hidup tapi makin terseksa kan kesian. Doa supaya nanti jumpa dia lagi di akhirat".

en.AnuarMenhat nasihat, "Mungkin dia akan jadi pembela saya di akhirat kelak".

.BERKABUNG.
p/s : nama Tazz diberi oleh Wafiy.

.ohhshera.

23 comments:

ekinjaja said...

air mata dh ngalir tanpe sedar...sgt sedey....

CikanoT said...

sedihnyer...isk...takpe kucing tu masuk syurga

Fello de Caminero said...

weh weh... apasal tak masukkan nama org yang bero no phone DR MOHAN tu. Heheh.. Watak penting tau...

Fello de Caminero said...

*beri.. bukan bero

miss shera said...

maaf kak.xde niat nak buat macam akak nanges.buat entri ni utk shira igt pasal tazz.tak sangka akak mcm ni pula.maaf ye kak

miss shera said...

cika : betul2.tp sedih lak dia camtu.
abg : ala lupa pula nak masuk watak sampingan tu.tp terimakasih ye sbb abg masih simpan no phone dr.mohan.

Hudalatip said...

ala sedihnya...akak faham perasaan shira..sebab dulu akak pun penah alami benda sama, kucing masuk dalam enjin keta abah..mati..sedih sangat..

miss shera said...

kak huda : macam mana kucing masuk dlm enjin kereta tu?dia tidur kat enjin kereta eh?

miss shera said...

abg : da buat credit sbb bg no phone. ;)

Hudalatip said...

yup, sebab hujan lebat,jadik dia masuk dalam enjin keta, bila abah nak g sembahyang subuh, terdengar something..sampai sekarang akak tak boleh lupa..akak asik nangis je..bawak pegi vet pun tak boleh buat apa2..mati kat klinik.

miss shera said...

tu lagi sadis tu kak.yela.mana lah kita tahu dia duk dlm enjin kete kan.

Fello de Caminero said...

lain kali kena kasi panas enjin kereta dulu. Jangan terus jalan..

red_torres said...

sedey bile teringatkan dy...tp rase puas sebab sy sendiri yg gali lubang n letak sendiri dalam lubang n timbus...sy sempat belai dy...sempat bg makan ngan akir...mungki ini yg tbaek utk dy...farewell tazz

miss shera said...

abg : kalau panas enjin, kucing xde pape ke?buatnya dia dok kat dgn belt, mau tergilis.
nasir : s.e.d.i.h

Fello de Caminero said...

at least bila dengar enjin start, kucing sempat blah dari situ...

Tahniah kepada tuan punya blog, entri kali ini mencatat paling banyak comment.

miss shera said...

kalau jadi cam gambar ular yg ddk dlm enjin kete tu cane?abes hancur..

ahh.terimakasih.byk pula komennya.

babybeba said...

weh aku pon x sedar ter nangis nih...
even aku x tau yg mana 1 tazz ni tp dia msti special sbb tu dia pergi dulu....
jaga kucing lain baik2....
to mak, jgn bwk kete laju sgt...hehe

miss shera said...

ada 1 da ilang dr pagi semalam.aku tibe2 rasa bkn mak yang langgar.ntah2 dia kena pukul ke.haaa

mak said...

mak reverse tau. bukan nye laju. ini rasa sangat brsalah n sedih pula baca blog shahira kali ni.

Prior said...

kakak ~ sorry to hear this .. sangat terkejut .. setuju dgn kata2 abg nasir kt blog neyh.. be strong okie ♥

miss shera said...

mak : ala mak.benda da nak jadi.mana perasan pun mak langgar dia.jgn lah rasa bersalah. ;)
tra : inshaALLAH =) thanx dear

wW said...

nak tambah bilangan pengomen ni. baru sempat baca entry awk yg yg sedey ni dan baru tahu yg nama Tazz adala sumbangan Wafiy. takpe..beranak lagi...Tazz ke-2.

miss shera said...

yang terbaru wafiy bagi nama clever.hehe