Jun 23, 2011

terbaik tahun ini

Baca belog bride-to- be ini
Then jumpa link ini.
Lepas tu tertarik dengan video di bawah ini.
Enjoy!


Amacam? Best tak? Best tak?
.ohhshera.

Jun 22, 2011

first thing first

Apabila sampai waktu untuk kita nak berkahwin, apakah perkara pertama yang perlu dilakukan? *kiranya sesudah family belah lelaki merisik dan meminang dan seterusnya kita sudah pun selamat bertunang.

Set date nikah dan majlis?
Bincang berapa hantaran?
Bagitahu sanak saudara seantero dunia yang anda bakal berkahwin?
Cari mak andam dan pilih pelamin?
Atau siap-siap pergi beli barang hantaran?

Cooopppp!

Yang hang dok kalut nak pi beli PS3, barang kemaih semua tu awatnya? 
Kursus kawin hang da pi ka?

Opps!
Selalu rasa macam ni dulu-dulu.
"Buat apa pergi Kursus Pra-Perkahwinan awal-awal. Kan nak kahwin lambat lagi".

Now, da terkial-kial nak cari Kursus Pra-Perkahwinan. Tinggal berapa bulan je lagi. Da lah satu apa pun tak buat lagi. Ok, masa untuk cuak sudah bermula.
...
...
...
Ini cerita pasal last minute baru nak pergi Kursus Pra-Perkahwinan.

Last month, on 21st May *eh Abah punya birthday! saya, en.Nasir dan en.Boi pergi Kursus Pra-Perkahwinan di Pejabat Agama Daerah Batu Pahat. Kursus 2hari yang bermula dari 8pagi hingga 5petang. RM120 seorang. *da naik harga. 

Nama pun last minute kan. Peserta yang datang jangan cakap lah ramainya. Sampai tak cukup tempat duduk. Ada yang tak dapat meja dan ada yang kena duduk di sisi-sisi meja. Nasib tak ada yang kena bersila. Saya duduk di sebelah mereka ni.


Pagi-pagi lepas register, semua kena buat ujian pemahaman. Erk. Soalan ada yang susah dan ada yang senang. Mana lah nak ingat Talak Ba'in tu apa. Main hentam saja. Siap text en.Nasir tapi dia lambat reply. *saya tak tiru.saya tanya je ;p

Setiap slot, ada penceramah yang berlainan. Ada yang super best buat kami ketawa dan segar biji mata. Ada juga yang buat orang menguap dan hampir terlelap.

keadaan kelas yang padat
Since makanan tak cukup dan keadaan kelas yang tidak selesa, jadi tak boleh lah bagi rate A untuk kursus ni. Kira ok lah dan biasa-biasa saja. Bila sampai petang Ahad, rasa tak sabar nak tamatkan kursus 2hari ni. Lagi-lagi lepas penceramah yang terakhir habis bagi ceramah. Masing-masing da resah gelisah nak balik. Yelah, nama je weekend tapi tak berehat pun.

en.Nasir dan en.Boi duduk depan sekali tu. semangat betul
Lepas dapat sijil kursus, kami pergi makan pisang goreng dengan Dilla dan Wafiy di bus stand Jalan Omar.


Sekarang da ada Sijil Kursus Pra-Perkahwinan. Borang Nikah pun da beli. Buat test HIV lepas raya. Interview pun lepas raya. Now boleh start proceed dengan benda yang lain.

Emm, apa kata cari baju nikah dulu? Sebab baju nikah yang sedia ada tu, warna peach. Rasa nak tukar warna lain pula.

.ohhshera.

Jun 21, 2011

143 hari

Semalam tengok my wedding counter kat bawah belog saya.

OMD!

Lagi 144 hari to go. 
Means hari ni tinggal lagi 143 hari
And saya satu apa pun belum settle lagi.

Jadi malam tadi buat list apa yang perlu dibuat.

Start with listkan barang hantaran nak bagi kat en.Nasir.


List kan je, mana yang boleh satu kan, kita akan combine. Mana yang tak nak, kita slash. Mana yang nak tambah, kita list lagi.

Next, listkan barang yang saya nak minta en.Nasir pula dan nikah thingy. 


Semoga saya akan sangat excited untuk update progress kat list yang dibuat malam tadi. So, kena work it from now!

So, sekarang nak blogwalking blog bride-to-be.

Tata~

.ohhshera.

Jun 19, 2011

ada apa dengan polkadot?

Polkadot. Da macam zaman retro kan.

Entri kali ini nak cerita pasal Polkadot. Eh, eh bukan cerita pasal apam polkadot cikCika. Bukan juga cerita pasal kucing nama Polkadot cikCika. Tapi kedai nama Polkadot.

ini kedainya
simple je kedainya
Kedai ini berada Square One, Batu Pahat. Bersebelahan dengan Foot Spa, DOK yang saya pernah pergi dulu.

Apa yang special dengan kedai ini?
klik untuk tumbesaran gambar
Menu special ialah burger bermacam-macam daging. Selain daging ayam dan lembu, ada daging kambing, burung unta, rusa, arnab, ikan dan udang. Nak daging burger ni letak kat roti john pun boleh. Ada juga steamboat, western dan tomyam. Kalau nak try grill or rebus sendiri steamboat pun boleh. Tapi minimun order RM20.00 untuk tuan kedai sediakan personal grill.

Ini merupakan kali kedua saya dan en.Nasir makan di sini. First time pergi, saya order Burger Daging Burung Unta dan en.Nasir order Burger Daging Arnab. Lepas makan burger ostrich ni, badan rasa panas dalam. Bila nak tidur rasa tak selesa pula.

Malam tu, saya order Burger Daging Arnab Cheese Regular dan en.Nasir order Burger Daging Rusa Cheese Regular. Minuman kat sini pun ada yang special. Saya ingat 3 layer tea tu paling latest di pasaran. Rupanya da ada orang buat 3 layer nes.

burger daging rusa cheese special
burger daging arnab cheese special
kanan - 3 layer tea. kiri - 3 layer nes
Sedap! Kalau tak percaya, kena try sendiri.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

.ohhshera.

Jun 17, 2011

ohh red velvet

Daripada mingu lepas, hati ni meronta-ronta nak makan cupcake red velvet. Penat cari siapa yang sanggup buat sebab kak Alice sedang bercuti daripada buat cupcake sempena da nak puasa dan raya ni. Cari punya cari, dapat lah satu website yang nak terima order in short notice.

Hari ni order, lusa dapat. So, saya dan kak D order hari Selasa, means hari Khamis *semalam dapat. Sepatutnya saya pergi ambil di depan KFC Parit Raja tapi disebabkan x-ray untuk medical check up tak henti-henti, terpaksalah minta pembuat cupcake datang UTHM. Tu pun minta kak D call kan.

16 medium size red velvet cuppies
close up
makan
Rasa macam kecewa sikit sebab cupcake nya tak semerah seperti yang digambarkan. Tapi tuan buat cupcake da bagitahu yang dia buat kurang merah sebab merah tu guna pewarna. Tapi, tapi, tapi, cream kat atas tu memang terbaik ahh. Tak manis sangat. overall puas hati.

Still teringat red velvet cupcake yang sedap yang pernah rasa dulu.

Now nak macaroon pula. Siapa boleh buat? Nak order. Pleaseeeee.

.ohhshera.

Jun 16, 2011

katakan tak nak!

Tak nak! Tak nak! Tak nak!

Eh gila meroyan ke apa asyik sebut tak nak je.

Sebenarnya, pagi tadi ada ceramah tentang 'Kesan Merokok dan Penyalahgunaan Dadah Ke Atas Kesihatan Mental' sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Ceramah disampaikan oleh Dr. Sivakumar Thurairajasingam, Pakar Perunding Psikiatrik di Universiti Monash Malaysia.

penyambut tetamu
pelajar sekolah yang dijemput khas
penyambut tetamu lagi
Selain ceramah, ada juga pameran dan booth dari Pfizer.

pameran
Nak berkongsi sedikit info yang saya dapat dari brochure Pfizer tentang kebaikan berhenti merokok terhadap tubuh kita.

First 8 hour 
- Nicotine and Carbon Monoxide levels in the blood reduce by half.
- Oxygen level in blood return to normal.
- Blood circulation improves.

First 24 hour
- Nicotine and Carbon Monoxide is eliminated from the body.

2 days
- The ability to taste and smell improves.

1 month
- The skin loses its grayish pallor and becomes less wrinkled.

3-9 months
- Coughing and wheezing declines.

1 year
- The risk of heart attack decreases by half compared to active smoker.

10 years
- The risk of lung cancer decreases by half compared to active smoker.

15 years
- The risk of hear attack decreases to the same as someone who has never smoked.

Pfizer juga ada menyediakan chart tentang berapa banyak wang yang hangus terbakar sekiranya kita merokok. Sebagai contoh, kita ambil seorang yang merokok pada kadar 10 batang sehari.

1 hari = RM 4.65
1 minggu = RM 32.55
2 minggu = RM 65.10
3 minggu = RM 97.65
1 bulan = RM 139.50
6 bulan = RM 837.00
1 tahun = RM 1 697.25
10 tahun = RM 16 972.50
20 tahun = RM 33 945.00

Ni perkiraan kalau seseorang tu hisap 10 batang sehari. Kalau lebih, darab lah sendiri. 

Jadi untuk adik-adik yang baru-baru nak berjinak-jinak hisap rokok tu, fikir lah 7-8 kali. Selain dari merbahayakan kesihatan diri dan masyarakat sekeliling, merokok juga merupakan pembaziran. Cuba duit nak beli rokok tu, kita simpan. Dalam masa 10 tahun, da boleh buat macam-macam dengan RM 16k tu. 
Haaa, untuk yang da dewasa budget macho sebab merokok tu, bawa-bawa lah berhenti. Slow-slow pun tak apa. Yang penting keinganan untuk berhenti merokok tu ada dalam diri. Selepas itu, boleh lah berjumpa dengan pakar perunding untuk dapatkan kaunseling dan cara yang betul untuk terus berhenti merokok. Bukan main ikut suka je nak berhenti, nanti end up sambung balik hisap rokok.

staf yang hadir. terima kasih sebab menyokong walau datang lambat
staf PKU yang menjayakan program ini
Kami berhak mendapat udara bersih. Jadi bertimbang rasa lah ye.

"Di mana ada kemahuan di situ ada jalan"

.ohhshera.

Jun 13, 2011

save the date - arina & nasrol

Another one of my BFF yang da selamat bernikah. Alhamdulillah.

taken from arina's fb
Congratulations for both of you. 

Majlis dibuat di rumah Mak *nenek Arina di Kampung Baru, Peserai. Berlangsung sekali ialah Majlis Perkahwinan sepupu Arina. Kira jalan sekaligus like mine nanti lah.

bunting yang ditempah dari saya. ;)
Before majlis, rasanya macam-macam dugaan untuk Arina. In less than 3months, Arina kena prepare all the bride-to-be thingy. Konon-konon saya nak menghulurkan tangan bagi meringankan beban Arina. But it turns out yang ada benda makin menyusahkan Arina. So sorry babe =(

Actually banyak event sempena Majlis Perkahwinan Arina. Start from Majlis Potong Jambul dan Akikah, Khatam Al-Quran, Majlis Pernikahan, Malam Berinai dan Majlis Resepsi. Meriah sekali! Tapi unfortunately, saya tiada camera. Tunggu punya tunggu kawan-kawan upload gambar. So, ini saja yang ada. Tu pun taken from Maisarah's and Bee's. *thanks sayangs.

fadhli + nisa & nasrol + arina
Pelamin sangat-sangat nice. Kerusi custom made untuk mereka. Combination colour pun sangat superb. 

tangkap curi
tengok camera
Dari sekolah rendah lagi Arina memang suka warna kuning. And yellow does fit you well. Baru lah betul Raja Sehari kan.

kek pun kuning
Ada live ghazal dan zapin performance. Memang asyik lah tetamu-tetamu yang datang menjamu selera. Tapi kami tak stay lama di rumah Arina. Sampai masa nak balik tu, Arina cam kecik hati. T__T Tapi kami da tak tahu nak buat apa lagi. Pengantin sibuk ambil gambar dan kami pula da kenyang makan. Jadi, sebab penat, kami pulang awal. Sorry bff!

Before balik, mari sign guest book di khemah guest book. Nasib baik sempat tulis. Yang lepas kami, tak dapat nak tulis sebab da penuh guest book nya.

cik bee + cik mai + cik shieda
Untuk Arina & Nasrol

Selamat Pengantin Baru dan selamat menjalani kehidupan yang baru. 
Semoga berbahagia hingga ke syurga.

Ameen~

p/s : kalau ikut plan, next yang akan berkahwin antara bff sekalian, ialah saya. *kalau tak ada sesiapa yang langkah bendul lah. huu. tak sabar.

.ohhshera.

Jun 8, 2011

heartbroken

Heartbroken.

Tak semua yang kita rancang akan terjadi.
Tak semua yang kita nak, kita akan dapat.
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Tapi hati tetap sedih.

Benda jadi depan mata. Tak boleh nak undur masa dan halang dari berlaku. Masih terbayang-bayang kejadian malam tadi.
Saya tak salahkan dia. Sebab saya yang minta dia buat macam tu. Tapi 3hari lepas, dia ok je. Malam tadi pula buat hal. Sedih lagi.

Ini lah sebab saya sedih to the max!

heartbroken 1
Yes. Bumper belakang Sugar pecah dan bercalar.

Kejadian berlaku malam tadi. Masa tu nak keluar makan dengan adik. Minta adik keluarkan Sugar dari garage. Saja je lah nak suruh adik biasakan diri drive kereta. 3hari lepas adik keluarkan ok saja. So tak pikir pun yang akan terjadi apa-apa.

Dari dalam rumah saya terdengar macam adik terlanggar sesuatu. Cepat-cepat keluar. Fuuhh. Selamat adik tak langgar tembok. So, saya cakap kat adik, pelan-pelan gostan. Kalau tak boleh biar je. Sekali adik masuk gear reverse dan reverse dengan lajunya sambil langgar tembok tepi rumah. Boleh bayangkan tak? Depan mata nampak Sugar langgar tembok dengan laju. Menangis.

heartbroken 2
Dalam hati memang nak marah je adik. Kenapa perlu reverse laju-laju? Kan da tahu yang ada tembok besar kat belakang. Hah. Tapi nak salahkan siapa? Adik or diri saya sendiri? Kena redha saja lah.

heartbroken 3

heartbroken 4
Maybe sudah sampai masanya bagi Sugar bumper dan skirting baru. Detomaso perhaps.

.ohhshera.

Jun 7, 2011

aku jutawan - episode terakhir

Disebabkan entri kali ini merupakan entri terakhir trip saya dan family ke Jakarta, jadi kenalah panjang sikit ceritanya dan banyak gambar yang nak dikongsi bersama.

Sepanjang 4hari berada di Jakarta, macam-macam benda yang pelik saya lihat. Yang pertama nak cerita pasal nama makanan.

nasi goreng gila
Amacam? Ada berani nak try? Ni bukan nasi goreng yang digoreng oleh orang gila. Bukan juga bila kita makan nasi goreng ni, kita akan jadi gila. Tapi menurut Pak Yus, Nasi Goreng Gila ni pedas sangat-sangat. *memang pedas gila lah. Gerai ni berada di sebelah Restoren Nasi Padang Garuda. Boleh cuba kalau anda seorang yang tahan pedas.

Yang kedua, pasal barang-barang yang dijual di supermarket. Agak-agak anda, berapa harga sebuah full face helmet? Tak sampai RM70.00 tahu. Design dia menarik pula tu. Patut lah mostly mat-mat motor kat sini pakai full face helmet.

macam-macam design ada
Ladi satu. Kalau kat Malaysia, kita nak beli telur, kira guna biji atau papan. Tapi kat Jakarta, nak beli telur ikut berat. Da macam nak beli buah durian pula.

per 100 gram
Ok. Enough cerita pasal makanan dan barang. Now nak cerita pasal pengangkutan pula. Masa mula-mula sampai Jakarta ternampak kenderaan berpintu begini.

pelik tak?
van berpintu pelik
Rupa-rupanya, van ni macam van bawa penumpang or barang. Kira macam teksi lah. 

Yang ni pula gambar bas di Jakarta.

namanya busway transjakarta. sumber dari sini
Tinggi tak pintu bas ni? Sebab tempat tunggu bas pun berplatform tinggi. Busway ada laluan sendiri. Kenderaan biasa tak boleh lalu di laluan busway. Saya rasa, Malaysia patut buat macam ni juga. *fungsi busway ni macam LRT kat KL tu.


Bajaj. Kenderaan beroda 3. Comel sungguh. Tapi tak kesampaian untuk menaikinya.

sumebr dari sini
Rasanya ni je yang sempat disnap. Ohh ye, nak share hasil tangkapan kami.

parents'
girls'
akir's
Baca juga :

p/s : saya ada extra baju kebaya sulam manik cantik de boom untuk dijual. sila singgah di blogshop ini. thanxie~

.ohhshera.

Jun 2, 2011

penakut

Jun muncul bila Mei pergi.
Semoga apa yang dirancang dapat direalisasi.

Ameen~

.ohhshera.