Disebabkan entri kali ini merupakan entri terakhir trip saya dan family ke Jakarta, jadi kenalah panjang sikit ceritanya dan banyak gambar yang nak dikongsi bersama.
Sepanjang 4hari berada di Jakarta, macam-macam benda yang pelik saya lihat. Yang pertama nak cerita pasal nama makanan.
nasi goreng gila |
Amacam? Ada berani nak try? Ni bukan nasi goreng yang digoreng oleh orang gila. Bukan juga bila kita makan nasi goreng ni, kita akan jadi gila. Tapi menurut Pak Yus, Nasi Goreng Gila ni pedas sangat-sangat. *memang pedas gila lah. Gerai ni berada di sebelah Restoren Nasi Padang Garuda. Boleh cuba kalau anda seorang yang tahan pedas.
Yang kedua, pasal barang-barang yang dijual di supermarket. Agak-agak anda, berapa harga sebuah full face helmet? Tak sampai RM70.00 tahu. Design dia menarik pula tu. Patut lah mostly mat-mat motor kat sini pakai full face helmet.
macam-macam design ada |
Ladi satu. Kalau kat Malaysia, kita nak beli telur, kira guna biji atau papan. Tapi kat Jakarta, nak beli telur ikut berat. Da macam nak beli buah durian pula.
per 100 gram |
Ok. Enough cerita pasal makanan dan barang. Now nak cerita pasal pengangkutan pula. Masa mula-mula sampai Jakarta ternampak kenderaan berpintu begini.
pelik tak? |
van berpintu pelik |
Rupa-rupanya, van ni macam van bawa penumpang or barang. Kira macam teksi lah.
Yang ni pula gambar bas di Jakarta.
namanya busway transjakarta. sumber dari sini |
Tinggi tak pintu bas ni? Sebab tempat tunggu bas pun berplatform tinggi. Busway ada laluan sendiri. Kenderaan biasa tak boleh lalu di laluan busway. Saya rasa, Malaysia patut buat macam ni juga. *fungsi busway ni macam LRT kat KL tu.
Bajaj. Kenderaan beroda 3. Comel sungguh. Tapi tak kesampaian untuk menaikinya.
sumebr dari sini |
Rasanya ni je yang sempat disnap. Ohh ye, nak share hasil tangkapan kami.
parents' |
girls' |
akir's |
Baca juga :
p/s : saya ada extra baju kebaya sulam manik cantik de boom untuk dijual. sila singgah di blogshop ini. thanxie~
.ohhshera.
5 comments:
kat sini ade restoran makanan melayu/indonesia...kwn mim ade gk order nasi goreng gila...mmg pedas katanya..mim jgn harap la nk mkn...haha...
perghhh...kwn mim mmg gila lah bole mkn ns grg gila ni
nak satuuuuuuuuuuuuu hasil tangkapan
banyak nyaaaa shopping ....
cika : heee.ada org tu nak g indon gak ye..ikottt!
tra : tu yg dikirim oleh kawan2
Post a Comment