Jun 8, 2011

heartbroken

Heartbroken.

Tak semua yang kita rancang akan terjadi.
Tak semua yang kita nak, kita akan dapat.
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Tapi hati tetap sedih.

Benda jadi depan mata. Tak boleh nak undur masa dan halang dari berlaku. Masih terbayang-bayang kejadian malam tadi.
Saya tak salahkan dia. Sebab saya yang minta dia buat macam tu. Tapi 3hari lepas, dia ok je. Malam tadi pula buat hal. Sedih lagi.

Ini lah sebab saya sedih to the max!

heartbroken 1
Yes. Bumper belakang Sugar pecah dan bercalar.

Kejadian berlaku malam tadi. Masa tu nak keluar makan dengan adik. Minta adik keluarkan Sugar dari garage. Saja je lah nak suruh adik biasakan diri drive kereta. 3hari lepas adik keluarkan ok saja. So tak pikir pun yang akan terjadi apa-apa.

Dari dalam rumah saya terdengar macam adik terlanggar sesuatu. Cepat-cepat keluar. Fuuhh. Selamat adik tak langgar tembok. So, saya cakap kat adik, pelan-pelan gostan. Kalau tak boleh biar je. Sekali adik masuk gear reverse dan reverse dengan lajunya sambil langgar tembok tepi rumah. Boleh bayangkan tak? Depan mata nampak Sugar langgar tembok dengan laju. Menangis.

heartbroken 2
Dalam hati memang nak marah je adik. Kenapa perlu reverse laju-laju? Kan da tahu yang ada tembok besar kat belakang. Hah. Tapi nak salahkan siapa? Adik or diri saya sendiri? Kena redha saja lah.

heartbroken 3

heartbroken 4
Maybe sudah sampai masanya bagi Sugar bumper dan skirting baru. Detomaso perhaps.

.ohhshera.

11 comments:

Fello de Caminero said...

alasan nak pakai skirting baru laa tu..

miss shera said...

sedih nih!nanges

sPrInT sPiRiT said...

rileks...motor abang time accident pun ade gk calar...haha...

miss shera said...

mim, ni bekan setakat calar je.siap pecah oooi

mak said...

adik x de nak komen apa2 ke? senyap je.

Fello de Caminero said...

mak - dulu akir pun takde komen apa apa pasal motor. Hahah

miss shera said...

mak : ntah2 adik xtau pun shahirah ada blog
abg : hahahaha.betul juga.

wahida said...

hahah..akir pun takde komen apa masa bambee..hehe...eh?? btol...adik (danial kan) tau ke pasal kita blog berblog nih...wakakaka!!

miss shera said...

KAK WAYDA : tu la.ntah2 kita ada blog pun dia xtau

mak said...

knpe x d war2kan. kata nak suh org bnyk visit. kena lah heboh sikit

miss shera said...

nak warwarkan cane.kawan2 je sudah lah.adik lah xikut perkembangan