Jul 24, 2012

Dari KL ke JB

Tajuk entri ala-ala nama cerita Dari Jemapoh Ke Manchester tak?

Kali ni, nak story pasal perpindahan Dilla dari KL ke JB. 

So, pada 14 Julai yang lepas, kami sefamily turun ke JB untuk tolong Dilla kemas-kemas rumah yang baru dia sewa. Ada barang yang dibawa dari KL dan ada yang dibawa dari BP. Selori juga lah barang-barang dia. Kami bertolak lepas Asar dari BP dan sampai di rumahnya lewat petang. Dilla, saya dan Fluffy 1 kereta, Boi dan Nasir naik lori. *Boi drive! Abah, Mak dan Ayu lagi satu kereta. Then Abang dan family satu kereta.

Bila dapat kunci rumah dari jiran, Dilla dan saya pun masuk lah ke rumah itu. Aduhai. Previous tenant tinggalkan tanpa bersihkan rumah. Kipas berhabuk, lantai berdebu. Ada almari yang da tak boleh guna dibiarkan saje di dapur dan macam-macam lagi lah. Sure banyak benda nak disettlekan dan penat. Yelah, nak basuh rumah dulu sebelum masukkan barang-barang lain.

Nasib baik ada Ayu. Dia yang banyak buat kerja-kerja ni. Termasuk juga Mak yang settlekan area dapur. Boi settlekan kipas dan tingkap. Dilla mop lantai area depan.

bersihkan bilik sendiri
Ayu!
Penat kemas-kemas, reward ourselves dengan dinner berdekatan area rumah. Just Mak je yang tak berapa lucky sebab sate yang diorder tak muncul-muncul.

makan time
ABC yang sedap!
Kemudian balik rumah dan siap untuk loading barang. Susun ala kadar sebab ada lagi yang Dilla perlu beli kat JB ni.

ready untuk unloading
susah wo angkat meja naik tangga pusing-pusing ni
motif? gambar permintaan Dilla
penat da ke?
Bila da siap susun-susun barang secara kasar, plan dengan Abang nak pergi Pasar Karat. Sekali, pintu bilik utama terkunci. Dala most barang-barang penting dalam tu. Try satu-satu kunci yang memang ada di dalam rumah tu, tapi satu pun tak boleh guna. Then Boi ketuk bagai nak rak untuk pecahkan tombol. Tengah-tengah malam bunyi bising. Nasib lah kalau jiran-jiran marah. Entah attempt yang ke berapa baru lah berjaya rosakkan tombol tu dan pintu dapat dibuka. Tapi plan pergi Pasar Karat dibatalkan.

macam-macam cara guna
Mandi dan ready untuk tidur. Tapi Abang dan family balik Ayer Hitam malam tu juga. 

alololo comelnya.
Fluffy pun ngantuk
Overall, satu pengalaman yang best sebab ni 1st time merasa masuk ke rumah di mana kami bukanlah tenant yang pertama. Masa Abah pindah kat Bukit Jalil pun saya tak merasa semua ni. Even tak banyak yang saya bantu tapi at least meriahkan suasana tu penting kan? Hehe.

Selamat bekerja di tempat baru Dilla. 
Hope everything goes well and good luck to you.

Last but not least.

mau?

Lots of Love,


3 comments:

Hudalatip said...

Kat jb tu kat mana shira? Dila kerja mana? Bukan dia kerja govt ke?

miss shera said...

Dilla kontrak je kat kementerian tu. mencuba2 nasib di Nusajaya. Dia stay kat tmn perling kak

Fello de Caminero said...

Kedai makan tu memang TERBAEK ah.. Semua ada... Hahaha