Jul 18, 2012

Keluarga dan Kuantan

Sambungan daripada entri semalam.

Di Kuantan, kami stay di FnK Homestay di Beserah. Rumah memang superb. Bersih, luas dan selesa. Ada 4 bilik ngam-ngam untuk kami bertujuh. Then siap ada tempat BBQ di halaman depan rumah. Tapi sayang kami tak sempat guna pun. 

ruang tamu. tv siap ada astro!
Malam tu, kami makan di Tanjung Lumpur. Seperti yang diwar-warkan oleh ramai orang especially my BFF Naz dan suami, dorang kata seafood situ best terutama ketam nya. So, kami ke Tanjung Lumpur untuk dinner. Banyak kedai yang ada di situ. Tapi tak dapat cari kedai yang Akmal suggest. Main masuk je kedai yang ada parking kosong sebab kedai-kedai lain pun nampaknya full house. Orang park kereta sampai tepi-tepi jalan. 

Da lupa apa nama kedainya. Tapi macam tak berapa nak recommend la sebab pelayan yang ambil order kami tu a bit sombong dan tak friendly. Dan yang paling sedih, tak dapat pun makan ketam kari sebab stok ketam habis. :( 

ini sahaja yang tinggal

Esoknya, selepas breakfast dan bersiap, kami pun check out. 1st thing mestilah nak tengok laut! Da pergi Pantai Timur sure terbayang-bayang lautnya. Tapi Abah kata tak boleh mandi sebab ombak kuat. Hampa. Jadi just drop by a few beaches along the way before sampai ke Cherating. 

angin sangat la kuat. best. tenang.
ice cream yang sedap dan murah. rm1 jek.
Plan nak ke Cherating je, tapi terus menuju ke Kemaman. Ada apa di Kemaman? Sure lah nak beli keropok lekor! *Syamim sila jealous. Tapi before that, kami singgah di Muzium Kemaman. Boleh pula, hari yang kami pergi tu ialah hari pembukaan muzium ini. Terbaik lah, siap dapat goodies.

harus singgah jika anda di Kemaman
Bila da berjalan-jalan ni, perut cepat lapar kan. Jadi kami singgah di kedai Aziz Satar untuk lunch. Ingatkan pelakon Aziz Satar yang punya sekali bukan daaa.. Kedai ni popular dengan satar dan ownernya bernama Aziz. 

di depan warung Aziz Satar
Then before heading back to Pahang, singgah beli keropok.

borong
Mengikut plan, hanya Mak dan Abah je yang akan stay lagi satu malam di Kuantan. Yang lain-lain akan balik ke KL petang tu juga. Tapi tiba-tiba kami berempat tak jadi balik. Nak tahu sebab apa last minute tukar plan?

Sebabnya ialah ini;

tak tahan dengan godaan ini
Jadi, terus minta Dilla book lagi satu bilik untuk kami berempat. Yelah, tak kan nak tidur 6 orang satu bilik kan. Petang tu juga saya dan Dilla cari baju mandi. Yang lelaki da siap terjun tanpa berlengah lagi. Mak dan Abah hantar Adik balik rumah dia. Dari Pantai Balok sampai ke Teluk Cempeka kami cari, last-last tak jumpa pun yang berkenan di hati. Petang tu kami makan hati sebab tak dapat mandi swimming pool. Sedih!

Malamnya, dinner di Sara Thai Kitchen, dekat-dekat dengan hotel. Tapi saya dan Nasir stay bilik sebab saya tak berapa larat nak keluar. 

Esoknya breakfast di hotel dengan kekalahan Italy.


Selepas breakfast, kena burn balik calories yang di consume tadi.

Abah kata nak beli meja pingpong satu letak kat rumah.
Aktiviti lain, 

akhirnya Dilla beli baju mandi kat hotel je.
dan saya?

hanya mampu duduk tepi sambil baca paper sebab saya period!
Then, siap-siap untuk check out dan pulang ke KL. Tapi sebelum tu kena isi perut dulu. Disebabkan malam tu saya tak dapat makan kat Sara Thai Kitchen, so, untuk lunch, Abah bawak ke sini lagi. Interior menarik, makanan sedap, suasana nyaman. Highly recommended.

stailo
makanan sedap!
Last sekali before saya tidur sepanjang perjalanan dari Kuantan ke KL, kami singgah di sini,

tengok je. tak beli apa-apa pun
I'm looking forward nak ke Kuantan lagi. 

Next yang nak dibuat di Kuantan ialah;
- makan ketam kari di Tanjung Lumpur
- having fun di Gambang Resort
- lepak di TC yang da stailo tu
- shopping di East Coast Mall

Jadi, sesiapa di Kuantan, sila contact saya dan bawa saya jalan-jalan ok.

Lots of Love,


5 comments:

Pida said...

Mana si Fello? Kalau tak muka dia aje hihihi ;)

miss shera said...

abg dan family tak join kak pida.. abg ada meeting

Fello de Caminero said...

cilakak ko pida... Hahaha...

Fello de Caminero said...

abah pakai baju REDS tu.. Gila dah lama baju tu....

miss shera said...

the reds ni