Dec 30, 2010

harimau membaham garuda

Semua sibuk bercakap pasal Piala Suzuki AFF 2010 yang Malaysia menang tu.
TAHNIAH tahniah tahniah buat skuad bola sepak negara kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. *wangi da nama malaysia nih.

Saya tak tengok live kat Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta tu. Just tengok kat McDonalds driv thru di Batu Pahat saja. Plan nak tengok kat Seroja tapi ramai orang. *full house.tu la sape suh kua lambat.

mcd xde layar besar =(
fans perempuan pun ramai juga
muka cuak~
Saya tak sempat nak snap masa tengah riuh-riuh Malaysia jaringkan gol. *sibuk bersorak juga.hehe. Berdebar-debar betul tengok bola kali ni. 10minit masa nak habis rasa macam lama sangat.

But, it really worth it. Malaysia won the AFF Suzuki Cup 2010. Setelah 14 tahun menunggu, Malaysia merupakan negara ke-empat yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF selepas Thailand, Singapura dan Vietnam. *bangga ohh jadi anak malaysia.

masa tamat.

Masa petang before final 2nd leg ni, saya cakap kat encik bf yang Malaysia kalah 2-1 dengan Indonesia. *tak sangka pulak saya seterror paul the octopus tuh.

see. 2-1 tu.betul prediction saya
Lautan merah dan putih di Stadium Gelora Bung Karno tetapi biru tetap menjadi juara. ^__^

Tahniah dan terus maju buat skuad bola sepak negara. Semoga berjaya di masa akan datang. Semangat dan sokongan dari kami rakyat Malaysia tidak akan putus. Buat rakyat Malaysia, jangan bila menang saja disanjung, tapi bila kalah dicaci maki. Ok?

|ohhshera|

Dec 29, 2010

misi kemanusiaan padang

source : website uthm
Majlis Flag Off - Pelancaran Team Misi Kemanusiaan Padang

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
Tarikh : 29 Disember 2010
Masa : 11.00 pagi

Pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bersama Universiti Malaysia Kelantan akan mengadakan Misi Bantuan Kemanusiaan di kawasan bencana gempa bumi di Kampung Pariaman, Daerah Malalak, Padang, Indonesia  bermula 30.12.2010 hingga 04.01.2011.

penyerahan bendera

penyerahan bantuan
Diharap semua yang terlibat dapat bertugas dengan cemerlang dan didoakan perjalanan pergi dan balik selamat dan lancar tanpa halangan.

p/s : Malaysia selalu hantar bantuan ke Indonesia. Jadi kenapa masih ada rakyat Indonesia yang kata rakyat Malaysia macam-macam? Tak puas hati sampai nak tunjuk perasaan dan mencederakan rakyat Malaysia di Indonesia? Rakyat Malaysia pula, jangan lah dera pembantu rumah terutamanya dari Indonesia. Kita kan serumpun. Tak guna gaduh-gaduh. *malam ni kalau Malaysia menang Piala Suzuki AFF, Indonesia jangan tunjuk perasaan ok? =) Begitu juga kalau Indonesia menang, kita jangan lah tak puas hati pulak.
|ohhshera|

Dec 28, 2010

harimau malaya

Rasanya masih belum terlambat nak ucap TAHNIAH buat skuad bola sepak negara sebab telah membaham garuda ahad lalu di Stadium Bukit Jalil. *caya la harimau malaya.

Disebabkan rumah dekat, so kami berenam jalan kaki je. Da lah keluar rumah pukul 730pm, ada hati lagi tu nak beli bendera Malaysia dan vuvuzela sebelum masuk stadium. Jauhnya pintu masuk hijau. Penat jalan laju-laju sambil mencilok.

Masuk je gate hijau, terus lari-lari cari tempat duduk. *yang pastinya memang da full. 3kali naik dan turun tangga cari seat. Last-last, duduk belakang fans Indonesia. Yups, kami duduk di tempat fans Indonesia. *cuak ohh.bendera simpan.

Rasa tak best duduk dekat fans Indonesia. Yelah nak sorak kuat-kuat pun takut. *tapi vuvuzela tetap ditiup! Bendera simpan. Tapi ada satu scene yang sangat tak menarik dapat dilihat di sini. Sorry to say, saya rasa fans Malaysia melampau. Kita duduk di tempat Indonesia, jadi kenalah hormat dia orang even game di Malaysia. Ada tu, bila fans Indonesia kibarkan bendera dia, ada seorang peminat Malaysia dengan sengaja kibarkan Jalur Gemilang depan-depan mata dia. Kalau kita ni fans Indonesia tu, apa yang kita rasa ek? Bengang dan marah kan? Jadi kalau lah peminat Indonesia tu mengamuk, nak salahkan siapa?

Ok, penat da menaip. Jom tengok gambar-gambar yang sempat disnap.

game baru start
see.saya duduk di belakang fans Indonesia
time ni gol ke3 Malaysia
peminat cilik.comeyL je dia menari kegembiraan
ni gambar fans Indonesia
jom balik
Fuuuhhhh...sangat sangat sangat penat. Tapi berbaloi-baloi. Tahniah untuk yang ntah ke berapa kali untuk skuad bola sepak Malaysia! I am very proud to be Malaysian. Semoga berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Go Go Harimau Malaya. Kita baham Garuda!

|ohhshera|

Dec 24, 2010

ohh kereta

Hari tu..pada hari minggu..tengah hari time tu.. *amacam saspen tak?
...
...
...
Saya pergi makan dengan family kat kedai asam pedas. *hek eleh. tak saspen langsung~
Masa nak parking kereta, tiba-tiba *kembali saspen
...
...
...
Tiba-tiba! Saya ternampak ini. *mari tengak gambar ngeri di bawah ini
...
...
...

ohhkereta

Amacam ngeri tak? Tak ngeri ke? Ngeri lah sebab..Kesian kereta ni kena tebuk-tebuk lubang untuk pasang sistem anti perampok yang canggih ni. Siap ada solex lagi. *hehe.jangan mara aa~

Kepada semua pemecah kereta yang tegar, jangan lah nak pecah-pecahkan lagi kereta yang tidak bersalah ini. Kesian kat kereta dan lagi kesian kat empunya kereta. Dalah barang hilang, kereta da tak comeyL sebab kene pecah masuk, pulak tu kena keluarkan duit untuk baiki part yang rosak. *iskiskisk..kesian

Kepada tuan kereta dalam gambar ini, anda seorang yang kreatif lah! Bukan satu tapi dua-dua belah dia pasang benda alah ini tahu.
|ohhshera|

Dec 23, 2010

budak sekolah

Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.

Semalam saya register subject untuk semester yang akan datang. Last semester punya result? Hwaaaa...cukup-cukup makan je. *sobsob. Untuk semester ini, saya da plan nak study awal and baca note before seminar. *aja-aja fighter~

ada 5subject, 11credit unit

Jadual untuk semester akan datang pun da keluar. Kelas sebulan sekali je. *eh bukan kelas pun.datang,sign kedatangan dan bincang. Last semester saya ingat kelas ePJJ ni macam kelas masa diploma dulu. Lecturer datang, masuk kelas dan mengajar. Rupa-rupanya, kita kena belajar sendiri. Seminar sebulan sekali tu untuk discuss mana yang tak paham. *patut la saya punya markah cukup-cukup makan je.ceh salahkan mode pembelajaran pulak.
Saya punya group ialah eHSI6.
sabtu ada 2subject
ahad pula ada 3subject

I feel a bit difficult to cope with this kind of study. *a lot actually. Sebab mostly apa yang diajar tidak ada di tempat kerja saya. Contohnya topic yang berkaitan dengan CT Scan dan MRI. Tak dapat nak faham konsep mesin tu sebab tak pernah guna. Tapi. ini satu kelebihan untuk pelajar yang kerja di hospital-hospital besar. *envy nya.nak kerja balik kat hosp pantai. Habis tu kenapa saya sambung belajar? Ohh,saya sambung belajar sebab parents suruh sambung. ;)

Ok lah. Enough lah asyik bagi alasan saja. Baik saya berusaha dan start belajar dari sekarang. Doakan saya dapat 4flat untuk semester ini ye. *ameen.

Selamat belajar dan semoga berjaya untuk diri saya.
*dan rakan-rakan sekelas saya juga.

|ohhshera|

Dec 21, 2010

question mark

souce : goggle search

Kenapa saya berblogging?
  • Sebab tahap kebosanan di tempat kerja yang semakin membuak-buak. *lain kali tolong la orang lain, nanti da tak bosan.
  • Sebab terasa facebook semakin tidak meriah. *sobsob.mana semua orang pegi ha?
  • Sebab orang kata blogging ni best. Dapat ramai kawan lah, dapat belajar sesuatu lah, dapat itu, dapat ini. Nak tau best ke tidak, kena la berblogging..kan?

Kenapa guna nama ohhbelog?
  • Disebabkan saya baru di dalam dunia blog, terdengar lah satu suara di dalam hati ; OooOOooo blog macam ini rupanya ye. ouh ok; sekarang da tahu apa itu blog.
  • Then, nak guna ohblog tapi bunyi macam gobloq pula. So, tukar lah jadi ohhbelog. *tapi saya tak tiru cik Hanis Zalikha yang cantik cun best tu punya belog ye.

Kenapa itu, Kenapa ini?
  • Ada lagi persoalan? Kalau ada lagi persoalan yang bermain di kotak pemikiran anda, boleh la tanya saya, ok? *eh pemikiran dok dalam kotak ea?haha.
|ohhshera|

Dec 20, 2010

title sudah bertukar

Last saturday one of my officemate kahwin. *eh actually, both of them are my officemates. Sama-sama orang muar. Jadi majlisnya tak payah nak tunggu minggu depan untuk buat kat belah lelaki. Hari Sabtu di rumah perempuan dan esok nya di rumah lelaki pula. Tapi saya hanya pergi di rumah perempuan di Bukit Mor, Muar, Johor. *Tangkak jauh sangat la. ;p

Masa sampai tu, rombongan pengantin lelaki baru tiba. Kelam kabut nak keluarkan handphone untuk ambil gambar. *hehe. So ni lah gambar yang paling ok yang sempat disnap. *memang ada 2 gamba je pun.

pengantin perempuan menyambut pengantin lelaki

merah.aauuuwwww~

Lepas tu, pengantin masuk dalam, bersanding. Saya? Heee~ Disebabkan perut da start nyanyi-nyanyi lagu rock balada, terpaksalah menikmati hidangan yang disediakan. *ceh.alasan.pastu nyesal sebab makan dulu and tak amek gambar dorang bersanding. Tapi, takpe. Gambar pelamin tetap disnap. Pelamin simple but nice. *suka =)
ini bukan pengantin ye
para hantaran
Sebelum balik sempat la ambil gambar pengantin tengah makan. *paksa pengantin benti makan untuk amek gambar.hehe.

wiwit~ udang kat nenas tu nampak sedap

Untuk Puan Faridah dan suami, Encik Asrol, semoga kalian berbahagia dan berkekalan sehingga ke syurga. Selamat menempuh alam baru. *tempuh jangan tak tempuh. Selamat berhoneymoon, selamat berseronok, selamat bercinta dan selamat semuanya. Ameen~ Tak lupa juga ucapan biasa bila orang baru berkahwin; cepat-cepat dapat baby.

|ohhshera|

Dec 18, 2010

bola vs birthday

Semalam Malaysia lawan Vietnam untuk Piala Suzuki 2010.
Semalam juga birthday my friend.
Double event at the same place.

Date : 15th Dec 2010
Venue : Penthouse
si birthday girl
squid balls + calamari rings
you da 24 tahun ok. *cake laluna yang sedap
en bf yang sedang asyik tengok bola
*time ni masih seri 0-0
Last-last tak tengok pun bola sebab ajak birthday girl jalan-jalan kat luar. Only the boys left at the penthouse watching the game.
*I love you. That is why i let you watch football.

Malaysia menang 2-0. Malaysia Boleh! Congrates Malaysia~
*Sabtu ni kalahkan Vietnam lagi ok.

And for my dear friend, Syai..Happy Birthday to you. Enjoy 24~
p/s : sorry la surprise tak jadi. waiter kat sini tak sporting langsung untuk menyanyikan lagu birthday untuk you. hope you like it =)

|ohhshera|

Dec 17, 2010

shopping is my cardio

Hari Jumaat ialah hari yang paling best sekali. *lagi-lagi keje government macam saya.
Pertama, waktu kerja pendek.
Kedua, waktu rehat panjang.
Ketiga, hari last kerja dalam seminggu.
Keempat, esok dan lusa cuti rehat-rehat.

Jadi, disebabkan waktu rehat yang panjang itu, masa yang ada patut diisi dengan aktiviti berfaedah. *kankankan? Jengjengjeng. Mari kita lihat apa yang saya dan kawan-kawan sekerja saya buat pada waktu rehat hari ini.

Tempat sasaran pertama : Butik Najah.
Barang sasaran : Tudung Rozita Che Wan
Apa yang best : 1tudung RM29.90, 2tudung RM50.00
butik najah,square one,batu pahat
Tempat sasaran kedua : Yokoso! Shiyuki
Barang sasaran : Hair Treatment + Rose Body Scrub
Apa yang best : Beli RM50 ke atas dapat free member card. Next visit, dapat discount 10%
pintu masuk yokoso! shiyuki
kak diana + sha

Tempat sasaran ketiga : Kedai Malz *ni kedai macik sha
Barang sasaran : Tudung Syria
Apa yang best : Macam-macam ada
*maaf.lupa amek gamba.hehe

Tempat sasaran keempat : Kedai tudung di tengah-tengah jalan menuju ke Carrefour
Barang sasaran : Tudung Syria *inner yang ada awning pulak
Apa yang best : Tudung cantik-cantik dan murah-murah
ok.ini uniform saya.haha
Tempat sasaran kelima : McDonald Drive Thru
Barang sasaran : Prosperity Burger + Filet-O-Fish + Double Cheese Burger
Apa yang best : Hidangan McValue lunch
our lunch~
Total Damage : RM 162.55 *iskisk.

The best part is, kami dapat kalender mcD percuma. *tapi saya dapat 2.satu lagi kat yokoso! sebab beli above rm50. ;p


But the worst part pula, jalan jammed masa on the way balik.
ohh.jalan ditar rupanya.

Ohh.shopping is my cardio. *tak perlu jogging~

|ohhshera|

Dec 16, 2010

testing..testing..1,2,3

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hello and hie to all.

Ini adalah percubaan pertama saya menulis di dalam blog ini. *lebih kepada menaip actually. I am a noob here. Minta tunjuk ajar ok since memang banyak yang nak kene belajar.

Happy Blogwalking Everyone~

Take care and have a great life ahead.

source:goggle search
 
|ohhshera|