Dec 28, 2010

harimau malaya

Rasanya masih belum terlambat nak ucap TAHNIAH buat skuad bola sepak negara sebab telah membaham garuda ahad lalu di Stadium Bukit Jalil. *caya la harimau malaya.

Disebabkan rumah dekat, so kami berenam jalan kaki je. Da lah keluar rumah pukul 730pm, ada hati lagi tu nak beli bendera Malaysia dan vuvuzela sebelum masuk stadium. Jauhnya pintu masuk hijau. Penat jalan laju-laju sambil mencilok.

Masuk je gate hijau, terus lari-lari cari tempat duduk. *yang pastinya memang da full. 3kali naik dan turun tangga cari seat. Last-last, duduk belakang fans Indonesia. Yups, kami duduk di tempat fans Indonesia. *cuak ohh.bendera simpan.

Rasa tak best duduk dekat fans Indonesia. Yelah nak sorak kuat-kuat pun takut. *tapi vuvuzela tetap ditiup! Bendera simpan. Tapi ada satu scene yang sangat tak menarik dapat dilihat di sini. Sorry to say, saya rasa fans Malaysia melampau. Kita duduk di tempat Indonesia, jadi kenalah hormat dia orang even game di Malaysia. Ada tu, bila fans Indonesia kibarkan bendera dia, ada seorang peminat Malaysia dengan sengaja kibarkan Jalur Gemilang depan-depan mata dia. Kalau kita ni fans Indonesia tu, apa yang kita rasa ek? Bengang dan marah kan? Jadi kalau lah peminat Indonesia tu mengamuk, nak salahkan siapa?

Ok, penat da menaip. Jom tengok gambar-gambar yang sempat disnap.

game baru start
see.saya duduk di belakang fans Indonesia
time ni gol ke3 Malaysia
peminat cilik.comeyL je dia menari kegembiraan
ni gambar fans Indonesia
jom balik
Fuuuhhhh...sangat sangat sangat penat. Tapi berbaloi-baloi. Tahniah untuk yang ntah ke berapa kali untuk skuad bola sepak Malaysia! I am very proud to be Malaysian. Semoga berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Go Go Harimau Malaya. Kita baham Garuda!

|ohhshera|

6 comments:

red_torres said...

berbaloi2

shahirah.alshahab said...

betul tu~
terima kasih kepada si pembeli tiket

Fello de Caminero said...

rugi laa pada yang tak pegi tuh...

CikanoT said...

abg la yg rugi ahahahahahah~

sally..saya duduk opposite u all la...goal yg belah sane...belah fans malaysia huhu

shahirah.alshahab said...

abg : tahu pun rugi..org da siap belikan tiket tahu
cika : kiteorg ddk kat indon.cuaknya...

Fello de Caminero said...

apa kelas tgk kat bukit jalil. Tak thrill. Dah tau malaysia menang. Nie abang gi tgk kat Gelora Bung Karno..