Feb 24, 2011

mari bantu mangsa banjir-episode satu

Seperti yang dijanjikan, saya mempersembahkan cerita tentang rumah dan air.

Ada sesiapa dapat teka tak yang saya nak cerita pasal banjir? Yelah, hint yang diberi tu kan betul. Rumah yang dibanjiri dengan air = banjir. Teehee~

Berminggu-minggu yang lalu, UTHM ada hantar bantuan membantu mangsa banjir di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Tapi tak ada lah sampai kena redah banjir, naik sampan dan tengok air sampai bumbung rumah. Kira kami bantu untuk pasca banjir je.

muka orang paling awal sampai di PKU
barang-barang yang dibawa

breakfast meehoon goreng
dengar taklimat di bilik gerakan di Sri Medan
keadaan di dalam bas
Mencabar betul nak membantu mangsa banjir ni. Bukan sebab kena redah banjir tapi sebab team kami asyik kena campak entah kat mana-mana je. Mula-mula kata kami ditempatkan di Sekolah Agama Sri Medan. Lepas tu entah kat mana lah. Last-last pergi ke Kampung Seri Menanti, nun jauh di dalam. *maxis ada 1 bar je.

Pula tu, kami tak diberikan tempat yang sesuai untuk memberi khidmat pemeriksaan kesihatan percuma. Just di letakkan di warung tempat orang-orang kampung ngeteh. Ohh mencabar. Dengan cuaca yang panas, tempat limited dan tak selesa, kami teruskan jua aktiviti ini.

Nak tahu keadaan warung tempat kami menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma? Tunggu episod kedua ye. ;p

.ohhshera.

2 comments:

missbby said...

semua staff pergi ker? dari pagi sampai petang eh?

miss shera said...

half je yg pergi kak.
lagi half pergi kat persada march nnt
dr pg sampai ptg.tp 1 hari jek