Feb 9, 2011

mari lunch di fadang fasir

Tema lunch pada hari ini ialah al fadang fasirun. Tak perlu lah nak pergi sampai ke Yaman atau ke Jeddah untuk menikmati makanan arab ni. Just pergi Taman Universiti kat Parit Raja je. Nama kedai ini ialah Layali Hadramawt. *lupa nak snap picture kedai sebab perut da sangat lapar.
muka orang lapar nak order
muka happy selepas order makanan
Disebabkan sangat-sangat lapar, saya order nasi. *begitu poyo tak mahu makan roti. Lauknya mestilah kambing. Barulah terasa di fadang fasir. kan?kan?kan? Tapi kak Diana dan Kak Ila diet, dorang makan makanan berunsurkan roti je. Sha dan saya je yang makan nasi. Tapi Sha order ayam.

kabsa lamb ke habsa lamb ek
shawarma ke apa ntah nama nya
amboi.makan sampai tak tengok camera
Gila banyak kan portion kabsa/habsa lamb saya. Hey, saya habis makan ok. *now da gemuk.nangis.

tengok lah kami melantak
Semasa entri ini ditype, saya sedang merasakan kekembangan di permukaan perut. Adoi. kenyang gila lah makanan fadang fasir ni. 

Jadi, kalau mahu cuba makan makan arab macam mandi lamb or shish tawook, datanglah ke Layali Hadramawt. Kedai ni juga menawarkan pakej untuk perkahwinan, pertunangan. aqiqah dan macam-macam majlis lagi.

Harga makanan kat sini? Berbaloi lah dengan saiz hidangan nya. Range dari RM5-RM30 per portion. Kenyang~ Ok, nak sambung buat kerja. Tata
|ohhshera|

2 comments:

CikanoT said...

bagi latitud ngan longitud kedai. tq

miss shera said...

hahaha.latitud dan longitud ye..
jap ea.cr kat google earth