Amboi. Tajuk entri kali ni menggiurkan. *lapar.
Jumaat lepas, berpeluang makan di rumah Shanaz. Dia masak nasi ayam.
alolo. comel betul susun ayam, timun dan tomato camni |
kami lapar *sorry for the low quality picture |
Sedap sungguh. Saya dengan muka tak malu, tambah 2 kali. kak Diana dan kak Suhaila pun tambah 2 kali juga. Pandai betul Shanaz masak. Lepas ni boleh belajar dengan dia. *boleh ke sha?
Lepas makan, lepak-lepak tengok cerita Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Macam biasa, kak Diana tengok tapi tutup-tutup muka. *haha. Dekat pukul 2.15 petang, kami pun bersiap-siap nak balik.
kak diana dan nurin |
Lupa nak bagi tahu, Shanaz ada bela 2 ekor arnab yang super duper cute. Next entri saya akan cerita. Tunguuuu~
Keesokkan harinya, saya makan di Nasi Ayam Penyet Ria di Sunway. Sedap. Sedap. Sedap.
this is the portion for one |
Teruja ohh nak makan nasi ayam penyet ni. Tapi Dilla cakap sambal dia sangat pedas. So, terpaksalah minta asing. Jom close up tengok ayam penyet nya.
yang ni sambal tak asing |
Amacam? Teruja tak nak makan? Dia punya kerak-kerak atas ayam tu yang jahat. *ikut gaya abah cakap. Apa lagi, start makan lah, tapi Dilla tak makan ayam penyet. Dia makan empal. Haa tau tak apa tu empal? Empal tu sweet fried beef. Tapi gambarnya tak ada sebab saya tengah sibuk makan.
Aha. Minuman yang saya order sangat lah special namanya, soda gembira. happy je bila minum soda ni.
ni lah rupa soda gembira tu |
Haha. Soda gembira ialah sirap bandung soda rupanya. Tapi tetap gembira makan nasi ayam penyet dan minum soda gembira. Lagi gembira bila Dilla yang belanja. Ohh best. Lain kali belanja lagi ok.
Perut kenyang, senang hati
Lain kali, ajak lah saya makan lagi
|ohhshera|
2 comments:
hahaha aku br nk tny ko blh terima ke kepedasan sambal die tu...hehehe...kt wangsa walk lg pedas,,,lg sedaaaappp...
gila ah.aku mmg xmkn ah sambal dia tu.
Post a Comment