Weekend yang lepas menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Hari Sabtu.
Pagi-pagi, tengok Mak and Abah pergi Mersing. Ada open day di sekolah adik dan bawa adik outing. Tinggal saya dan Dilla saja di rumah.
Mandi dan siap-siap untuk breakfast. Tapi sebelum tu, hantar kereta mak untuk diservice.
Then, jalan-jalan cari Indian Bridal di Batu Pahat tapi tak jumpa.
Lepas tu, ada appointment dengan videographer kami, bincang-bincang dan setuju dengan apa yang ditawarkan.
Sambung cari Indian Bridal yang ada buat henna but still tak jumpa.
Survey budget hotel dan juga homestay. Nasib sangat baik sebab dapat homestay area Taman Murni. *kira dekat lah dengan tempat majlis. Terus book untuk 2malam.
Sambung jalan survey doorgift budak-budak untuk majlis nanti. Ada beberapa pilihan tapi belum finalize lagi nak bagi apa.
Ambil kereta Mak dari workshop. Plan nak balik rumah dulu sebab da penat. Tapi perut lapar pula.
So, lunch di JengKuan. Saya makan Mee Hailam dan Dilla makan Chicken Chop. Sotong goreng tepung kami share berdua.
Plan nak pergi Ayer Hitam tapi tak jadi sebab Mak dan Abah da on the way balik Batu Pahat bersama
Kak Wahida, Wafiy dan Hadrami.
Jadi, pergi The Summit dan jalan-jalan sambil shopping tingkap.
Nama je shopping tingkap. Tapi beli juga 1kasut ni kat Champion dan juga bantal untuk diletak di atas dulang hantaran nanti. Bantal beli kat Mr.DIY yang super murah itu.
|
kasut RM18 |
Balik rumah dengan hati riang sebab rasa ada progress untuk big day nanti.
Tunggu Mak dan Abah balik, lepas tu bincang guest list untuk majlis nanti. Discuss sampai maghrib.
Plan nak pergi dataran tapi Abah da mengantuk. So, tengok Mari Menari Musim ke-2 dengan Mak.
Hari Ahad.
Macam biasa. Hari Ahad mesti breakfast dengan family. Pergi makan di restoren Segar dengan Mak, Abah, Dilla, Kak Wahida, Wafiy dan Hadrami.
Jalan-jalan di bandar dan pergi Pasar Karat. *Dilla first time pergi situ. Hari hujan jadi tak lama di Pasar Karat.
Minum cendol sedap di area pasar. Share dengan Dilla since masing-masing masih kenyang.
Balik rumah dan berehat. Tengok The Flintstones.
Tengah hari, Dilla ajak pergi Mr.DIY lagi sebab dia nak beli railing.
Drop Dilla di luar The Summit while saya waiting dalam kereta.
Next, pergi Batu Pahat Mall untuk menghabiskan masa yang ada.
Jalan-jalan shopping tingkap. *kali ni betul-betul shopping tingkap. Nampak custom album kat Chinese Bridal dengan konsep yang unik dan menarik. Suka!
Perut lapar dan terus menuju ke car park sebab nak makan bakso berdekatan dengan Batu Pahat Mall.
|
sos cili keluaran Maggi, kecap manis from Indonesia dan homemade sambal |
|
ready to eat bakso. ini bukan meehoon ye |
Lepas makan bakso super sedap yang disarankan oleh Shahnaz, tengok owner kedai ambil pelam kat tepi kedai. Amboi sedapnya.
Balik rumah dan berehat lagi. Rupanya Kak wayda masak kat rumah.
Petang tu kak Wahida ada Skin Care Class. So, tak ada plan bersama family. Saya keluar bersama kawan.
Malamnya before Abah dan Dilla balik Kuala Lumpur, kami semua menonton bola sepak yang sungguh mendebarkan antara Chinese Taipei dan Malaysia. Malaysia kalah 3-2 tapi masih layak ke pusingan seterusnya.
Abah dan Dilla bertolak balik ke Kuala Lumpur.
Abang, Kak Wahida dan Hadrami pulang ke Ayer Hitam.
Tengok Mari Menari Musim ke-2 bersama Mak dan Wafiy.
Sebelum tidur, layan CSI dulu.
Da pukul 11 malam. Masa untuk tidur.
p/s : en.Nasir accident petang ahad semasa on the way balik ke rumah dari UTHM. Kesian bumper kereta dia pecah. Nasib dia tak cedera dan selamat.
.ohhshera.