Weekend yang lepas menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Hari Sabtu.
Pagi-pagi, tengok Mak and Abah pergi Mersing. Ada open day di sekolah adik dan bawa adik outing. Tinggal saya dan Dilla saja di rumah.
Mandi dan siap-siap untuk breakfast. Tapi sebelum tu, hantar kereta mak untuk diservice.
Breakfast di Warung Ahmad. Makan nasi lemak dan sup tauhu.
Then, jalan-jalan cari Indian Bridal di Batu Pahat tapi tak jumpa.
Lepas tu, ada appointment dengan videographer kami, bincang-bincang dan setuju dengan apa yang ditawarkan.
Sambung cari Indian Bridal yang ada buat henna but still tak jumpa.
Survey budget hotel dan juga homestay. Nasib sangat baik sebab dapat homestay area Taman Murni. *kira dekat lah dengan tempat majlis. Terus book untuk 2malam.
Sambung jalan survey doorgift budak-budak untuk majlis nanti. Ada beberapa pilihan tapi belum finalize lagi nak bagi apa.
Ambil kereta Mak dari workshop. Plan nak balik rumah dulu sebab da penat. Tapi perut lapar pula.
So, lunch di JengKuan. Saya makan Mee Hailam dan Dilla makan Chicken Chop. Sotong goreng tepung kami share berdua.
Plan nak pergi Ayer Hitam tapi tak jadi sebab Mak dan Abah da on the way balik Batu Pahat bersama Kak Wahida, Wafiy dan Hadrami.
Jadi, pergi The Summit dan jalan-jalan sambil shopping tingkap.
Nama je shopping tingkap. Tapi beli juga 1kasut ni kat Champion dan juga bantal untuk diletak di atas dulang hantaran nanti. Bantal beli kat Mr.DIY yang super murah itu.
kasut RM18 |
Balik rumah dengan hati riang sebab rasa ada progress untuk big day nanti.
Tunggu Mak dan Abah balik, lepas tu bincang guest list untuk majlis nanti. Discuss sampai maghrib.
Plan nak pergi dataran tapi Abah da mengantuk. So, tengok Mari Menari Musim ke-2 dengan Mak.
Hari Ahad.
Macam biasa. Hari Ahad mesti breakfast dengan family. Pergi makan di restoren Segar dengan Mak, Abah, Dilla, Kak Wahida, Wafiy dan Hadrami.
Jalan-jalan di bandar dan pergi Pasar Karat. *Dilla first time pergi situ. Hari hujan jadi tak lama di Pasar Karat.
Minum cendol sedap di area pasar. Share dengan Dilla since masing-masing masih kenyang.
Balik rumah dan berehat. Tengok The Flintstones.
Tengah hari, Dilla ajak pergi Mr.DIY lagi sebab dia nak beli railing.
Drop Dilla di luar The Summit while saya waiting dalam kereta.
Next, pergi Batu Pahat Mall untuk menghabiskan masa yang ada.
Jalan-jalan shopping tingkap. *kali ni betul-betul shopping tingkap. Nampak custom album kat Chinese Bridal dengan konsep yang unik dan menarik. Suka!
Perut lapar dan terus menuju ke car park sebab nak makan bakso berdekatan dengan Batu Pahat Mall.
sos cili keluaran Maggi, kecap manis from Indonesia dan homemade sambal |
ready to eat bakso. ini bukan meehoon ye |
Lepas makan bakso super sedap yang disarankan oleh Shahnaz, tengok owner kedai ambil pelam kat tepi kedai. Amboi sedapnya.
Balik rumah dan berehat lagi. Rupanya Kak wayda masak kat rumah.
Petang tu kak Wahida ada Skin Care Class. So, tak ada plan bersama family. Saya keluar bersama kawan.
Malamnya before Abah dan Dilla balik Kuala Lumpur, kami semua menonton bola sepak yang sungguh mendebarkan antara Chinese Taipei dan Malaysia. Malaysia kalah 3-2 tapi masih layak ke pusingan seterusnya.
Abah dan Dilla bertolak balik ke Kuala Lumpur. Abang, Kak Wahida dan Hadrami pulang ke Ayer Hitam.
Tengok Mari Menari Musim ke-2 bersama Mak dan Wafiy.
Sebelum tidur, layan CSI dulu.
Da pukul 11 malam. Masa untuk tidur.
p/s : en.Nasir accident petang ahad semasa on the way balik ke rumah dari UTHM. Kesian bumper kereta dia pecah. Nasib dia tak cedera dan selamat.
.ohhshera.
18 comments:
tragedi berita buruk xmasuk dalam cite???
tu diary awak lah..ekekek
yela..tpkan petang sebaik tamat photoshoot mendapat berita...haaa..lebih kurang mcm tu la..hahahaha
yelah.masuk dlm ruang ps boleh?edit sat
berita buruk?? Aidil kawin dengan ayu? Hahahah..
abg : hahaha.apa da informer salah bagi info.da macam commentator 801
mak masak ikan suit sower. akk masak sup kentang telur jek. tengkiu bagi support SCC n Dill. alhamdulillah ada sale.wafiy n hadrami sgt ligat dan sakit tekak sbb ibu dah mcm tarzan...
ohh mak pun ada masak ye..hehe.sorry xmembantu jaga anak2 nya..
firus: terbalik ea???wakakakaka
tu lah dia.cane ler awak boleh salah
kasut u tu comel and super murah..nak jugak. baru je ada niat nak cari loafers yang best. comfy tak?
comfy sgt. sila datang bp n beli.ada macam2 design
eh,mcm ada yg ttinggal jek di ptang ahad tuh..hahahha
suka sangat baca blok awak. but this is my first time commenting. keep up the good work, sis :)
sorry, salah eja blog...hahahhahha.. what a slip up!
anon : apa yek yang tertinggal?
princess in training : thank you so much dear. ;) inshaALLAH.thank you again
oi bakso tu katne..tatau pong
nasir eksiden ngan ape???
dikni : kat jln kluang.dekat dgn bpmall.kalau dr bandar, 4 sampai bpm ada kedai kuning belah kanan.nasir xciden kat iptho.elak motor yg tbe2 pancung nak masuk iptho.
Post a Comment