Apr 21, 2011

guna jari pun boleh

Sabtu lepas, en.Nasir plan nak pergi potong rambut since rambut dia da panjang. Hari sebelumnya saya suruh potong rambut, tapi dia kata nak simpan panjang. Lama-lama sendiri yang rimas.

Balik-balik style fashion rambut yang sama je. Spiky. Jadi saya kata dengan en.Nasir, "Apa kata awak try buat rebonding?"

Nasir? Rebonding? Hahaha. 

Ok. Mula-mula pergi The Summit Batu Pahat. Bayar parking RM2.00 dan cari parking. Disebabkan pergi pagi, jadi dapatlah park kat ground floor. Masuk Summit, naik escalator sampai ke tingkat 2. Cari saloon Glamour Style dan masuk. 

Tanya berapa harga nak rebonding rambut siap treatment. Puas hati dan bermulalah operasi mengrebondingkan rambut en.Nasir.

1st customer ni
Agak bosan juga nak tunggu en.Nasir siap. Ingat nak pergi buat manicure kejap tapi tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang-sorang. Nasib baik ada game kat handphone dia. Main game bowling, game baling kertas dalam tong sampah dan game jual lemonade. Haha. game macam budak-budak betul lah en.Nasir ni.

rambut da beruban ke? ;p
Pastu en.Nasir pun terjebak sama main game jual lemonade tu. Bila saya bosan, saya pergi jalan-jalan tengok baju. Balik saloon ni balik, nampak alien berkepala besar! Cuak kebebeh ni.

alien berkepala besar
Gambar da siap direbonding lupa hendak snap sebab da tak sabar nak pergi makan ice cream sundae mcD. Lain entri saya upload gambar dia ok.

.ohhshera.

Apr 20, 2011

hari ini 20 april 2011

Hari ni hari Rabu.

Hari ni 20 April 2011.
 
Hari ni birthday en.Nasir.

ala.tak payah la tutup muka.malu lak dia.
Sebenarnya, saya belum beli hadiah untuk dia. 
*tapi da tahu nak bagi apa.

Sebenarnya nak organise surprise birthday party untuk dia.
*tapi tak ada masa nak plan.

Sebenarnya tak tahu nak ajak dia makan-makan kat mana malam ni.
*tapi memamng nak ajak dia makan-makan.

birthday boy!
So, en.Nasir, awak ikut jelah mana saya nak bawa awak malam ni. Now tengah busy nak exam. Wrong timing lah birthday awak hari ni ;p

Apa-apa pun,


Mohd Nasir,

Hope your birthday blossoms into lots of dreams come true.
Semoga panjang umur, murah rezeki, termasuk di dalam golongan orang-orang yang dikasihiNya, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh.
 Shengri Kuaile~


.ohhshera.

Apr 14, 2011

tumbuh meliar selepas hujan

Apakah benda yang tumbuh meliar selepas hari hujan?

Cendawan. Tepat sekali.

Macam peribahasa melayu "Bak cendawan tumbuh selepas hujan"  yang bermaksud  terlalu banyak pada sesuatu masa.

Tapi, pernahkah anda mendengar cendawan busut? Saya tak pernah. In fact last Sunday baru pertama kali dengar. Bagi yang tak pernah lihat macam mana bentuk cendawan busut ni, mehla tengok gambar di bawah.

pelik tak?

Nampak cendawan busut ni dijual di tepi-tepi jalan masa on the way ke Kuantan, dekat area Muazam Shah kalau tak silap saya. Mula-mula ingat orang jual telur penyu. Tapi nampak macam pelik pulak telur penyu macam tu. Jadi bila abah berhenti isi minyak dan kebetulan ada orang jual cendawan busut ni di seberang jalan, kami pun singgah lah. Then, barulah tahu yang benda pelik ni namanya cendawan busut.

sesi sorting cendawan sedang dijalankan
muka ceria abah beli cendawan busut
Seikat cendawan ni harga nya RM2.00 sahaja. Cara masak sama macam masak cendawan biasa. *jangan takut pula cendawan ni beracun ke apa. Ada yang da siap potong, dia jual dalam plastik beg warna merah, harganya pun RM2.00.

pak hamid sedang pilih cendawan yang nak dibeli
kembang kembang cendawannya
Akhirnya, Pak Hamid beli seikat cendawan busut siap dengan tangkainya tu. Abah dan Ende Jah beli cendawan busut yang da siap dipotong, sebungkus seorang. Minta discount, dapat ler RM5.00 untuk semua. Ohh, yang jual cendawan busut ni ialah orang asli area situ.

Sekarang cendawan busut da siap dimasak dan dimakan. Eh, ada lagi balance kat dalam peti sejuk rumah. Banyak giler sebungkus tu. Tak habis lagi. Kalau korang lalu area Muazam Shah, try lah beli cendawan busut besar murah sedap ni.

.ohhshera.

Apr 13, 2011

demam durian

2-3 hari ni tekak rasa sakit. Demam lak semalam. Sebab apa? Ni pasti sebab layan durian Segamat banyak sangat. Ohh hari Ahad lepas saya pergi Kuantan melawat sedara meninggal. So, on the way ke Kuantan tu, singgah Yong Peng untuk breakfast, singgah Segamat makan durian dan berhenti sekajap di Muazam Shah beli cendawan busut.

Begitu cuti-cuti Malaysia kan. Jadi entri kali ni nak cerita pasal durian Segamat yang famous tu.

mari terjah durian segamat
Makan durian tepi-tepi jalan la seronok. Baru feel. Abah dan Pak Hamid pilih durian. Ende Jah tolong pilih juga. Wafiy dan saya, duduk tepi sambil snap gambar. Akir? Stay dalam kereta sebab dia tak suka durian.

durian ohh durian
geramnya tengok durian ni,fresh lak tu
pilih molek-molek
Beli 6 biji durian untuk dimakan 5 orang. Fuuhhh. Sedapnya tak tergambar. Jadi, mari layan gambar.

wafiy macam takut-takut nak makan durian
ni baru 1/3 dari hasil terjahan.
 Last-last Wafiy just makan seulas je. Maybe dia tak reti makan kot. Saya? Tak terkira banyaknya. Naik kereta, rasa haus pula. Cari kedai jual air. Sambil tu, kereta penuh dengan bau sendawa durian. Hehe.Jangan marah ea Akir.


.ohhshera.

Apr 8, 2011

mari belajar tentang planet

Pernah pergi Planetarium Negara kat Kuala Lumpur? 
Kalau pernah, cuba try pergi Planetarium Melaka pula. Terletak di MITC, Planetarium Melaka yang bernilai RM20juta ini merupakan planetarium tercanggih di Asia.

wafiy di pintu masuk.
Bermacam-macam info tentang aero angkasa boleh dipelajari di sini melalui pameran dan mesin simulator.

Wafiy dan planet
tekun Syamim membaca yek
susun-susun buruj
Jam Matahari Kuadran Khatulistiwa
gerbang galaksi
info tentang Neil Armstrong


picture taken from here
 Selain itu, di tingkat atas bangunan ini terdapat satu dewan yang dipanggil Space Theatre. Pengunjung boleh menonton tayangan 3D mengikut masa yang ditetapkan. Masa mula-mula masuk dewan tu, macam biasalah, teruja dan jakun sebab seat kat situ bukan tegak-tegak macam dalam panggung wayang. Tapi seat dia terbaring. *da rasa macam duduk kat kerusi osim pula. Skrin dia kat kubah bangunan. Besar. Luas mata memandang.

picture taken from here merah atas tu ialah skrin
Ohh, by the way, saya baru tahu yang planet kat dunia ni bukan lah hanya ada Mercury, Venus, Earth, Mars Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune dan Pluto sahaja. Tapi ada Ceres dan Eris. Kenapa dulu tak pernah dengar pun pasal Ceres, padahal Ceres sudah ditemui pada awal tahun 1800an. 

Sebenarnya, apabila objek Ceres, Pallas, Juno dan Vesta ditemui mengorbit di antara Marikh dan Musytari semasa awal 1800an, mereka diisytiharkan dan diterima sebagai planet, dan ini kekal buat beberapa lama. Namun apabila semakin banyak objek ditemui di kawasan yang sama, mereka dikelaskan sebagai asteroid, berserta dengan saudara mereka di orbit yang sama. Saiz Ceres yang lebih besar dan kebulatannya menyebabkan ia dikemukakan untuk layak menjadi planet kembali tetapi pada tahun 2006, ia diletakkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) di dalam kategori planet kerdil. Akhirnya, Pluto dan Eris juga termasuk dalam kumpulan planet kerdil.

Panjang lebar pula nak cerita apa yang saya dapat kat sana yek. Jadi, apa kata bila pergi ke Melaka tu, singgah-singgah lah ke Melaka Planetarium yang canggih ni. Asyik pergi kota A'famosa je, kadang-kadag bosan juga kan.

.ohhshera.

Apr 7, 2011

ikan bakar parameswara

Kalau pergi Melaka tak sah kalau tak makan ikan bakar kan. Hari tu pergi Melaka. Bawa Wafiy ke Planetarium Melaka. So, on the way balik, plan nak makan ikan bakar kat Crystal Bay tapi kedai kat situ semuanya belum buka lagi. Jadi, cakap dengan en Nasir, kita pergi je makan kat Umbai.

Kalau da sampai Umbai, haruslah pergi ke Ikan Bakar Parameswara yang terletak betul-betul kat tepi laut. *siap ada tempat makan dalam bot lagi. Orang ramai jangan cakap lah. Lagi-lagi hari Ahad. Nasib ada tempat duduk. Suruh Syamim dan Wafiy duduk dulu, saya dan en Nasir pergi pilih ikan.

fresh kan
rambang mata nak pilih ikan
Hasil tangkapan kami ialah seekor ikan siakap, sotong dan udang. Kalau ikut nafsu, mau order ketam, lala, kerang dan siput buluh. Ikan siakap belah dua. Separuh masak 3rasa lagi separuh bakar sambal. Sotong cam biasa goreng tepung dan udang haruslah goreng butter!

Tunggu makanan punyalah lama. Nasib ada buah-buahan dan otak-otak. So, melantak tu dulu. Lauk sampai je, macam tak keruan nak makan sebab lapar sangat. *sampai lupa nak snap gambar masa makanan sampai. 

ikan siakap masak 3 rasa
ikan siakap bakar sambal
butter prawn dimakan oleh syamim dan wafiy
muka puas dan kenyang
Time makan sotong, barulah tahu yang sotong ada paruh. Tak caya? Ini lah gambar nya. *kalau salah, maknanya en Nasir tipu saya.

nampak tak? yang warna hitam tu
Total : RM 80++ *da lupa berapa duit kena bayar. Tak kisah lah tu. Yang penting kenyang.

Sila lah pergi ke sini untuk menikmati hidangan laut yang fresh.

Ikan Bakar Parameswara
Pengkalan Pualau Besar, Pernu, Umbai,
75460, Melaka.

.ohhshera.

Apr 6, 2011

jom layan lagu arab

Sangat sangat suka dengan video clip dan lagu ni. So, hari ni nak share video ni dengan korang semua. Enjoy~


So comeyL kan Nancy Ajram ni..

Ni pula translation lagu ni in english ;)

Walking next to me, and with your eyes, you melt everyone around you.
A stare this way and a look that way, you don't miss any pretty girls.
And you forget that I'm so jealous especially a girl smile to you.
And you become happy, they melt your heart.
And the cutest guy wish to go out with me.
Not like you, you prefer playing around and make me confuse.
And if a pretty girl waves at you, you follow her and left me behind.
And if by coincidence i meet a friend on the street,
right away you make a report and question me.
"Who? Where? How? Why? He is your friend since when?"
Melt and suffer, that is OK. 
You have been torturing me from years

Pastu banyak lirik dia ulang-ulang. 

.ohhshera.

Apr 5, 2011

tbs ohh tbs

TBS tu bukan short form untuk table spoon macam dalam resipi masak-masak tu yek. 

TBS yang dimaksudkan ialah Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan.

Hari tu 1st time naik bas turun kat TBS ni. Tersangat lah kagum *dan jakun dengan kecanggihan kat sini. Da terasa macam kat airport pun ye juga. So, jom layan gambar untuk lihat sendiri keadaan di sana.

tempat bas turunkan penumpang
naik escalator untuk ke terminal ketibaan
muka gembira.jalan menuju ke balai ketibaan
kat dalam tu ruang menunggu.
ni kat dalam tbs.tengok macik-macik tu bawak trolley macam kat airport
tbs dari luar
Ok. Yang ni pula tambahan gambar yang ada dari macam-macam belog orang lain.

kaunter tiket dan information board |source1|
ruang menunggu di balai berlepas |source2|
pandangan luar |source3|
pandangan malam |source 3|
kemudahan di sekitar tbs |source4|
Pendek kata mudah, senang, selesa dan nyaman lah bila berada di TBS ni. Harap-harapnya tak lah awal-awal je cantik kan. Silalah pergi ke TBS. Macam-macam kedai ada kat sana untuk makan, minum dan shopping. Tapi jangan sampai tertinggal bas pula. Make sure 30mins sebelum bas bergerak, anda da tunggu di balai berlepas. *kan da cakap macam kat airport. Dan kita sebagai pengguna, kena lah jaga kebersihan kat sana ye. ;) Bangga sikit bila tourist tengok Malaysia macam ni

.ohhshera.

Apr 4, 2011

33tahun

Da lama nak update belog ni dengan cerita ni. Tapi asyik-asyik lah tak sempat. 

Cerita kali ini tentang anniversary my parents yang ke..

33 !!
 
My parents nikah di Luton, England on 10th February 1978. 33 tahun berkahwin, dikurniakan 6orang anak dan 2cucu *cucu yang lain on the way ye ;) 

So, nak celebrate besar-besaran adalah terlalu last minute nak plan. Jadi, malam tu just makan-makan dengan family di...

haha.tak nampak pun orang yang posing depan kedai ni
Layali Hadramaut menjadi tempat pilihan sebab nak try test makanan arab. Tengok boleh lawan  Tarbush atau Al-Rawsha tak.

semua ada kecuali adik dan saya yang tengah snap ini gambar
Time pilih makan ialah sangat kecoh. *trademark family ;) 

Makanan yang diorder - Mandy Lamb, Shish Tawook, Falafel, Chicken Kabsa dan ada lagi yang da tak ingat nama.

Tunggu makanan pun sangat lah lambat. Perut lapar gile.
Tiba-tiba ada surprise buat abah dan mak.
Taadaa~

red velvet cuppies
Comel tak cupcake ni? Last minute tempah kat kak Alice. Nasib order tak direject. Rasa memang superb. Design boleh pilih. Best!

abah, hadrami, wafiy, mak
Nampak tak pinggan yang licin tu? Maknanya makanan sedap tapi still tak boleh kalahkan Tarbush dan Al-Rawsha la. Just kecewa dengan makanan yang lambat sampai. Overall, da ok da.

Cupcake simpan bawa balik rumah dan makan kat rumah.

Jadi, jom terjah makan kat Layali Hadramaut di;

40@41, Jalan Universiti 1,
Taman Universiti, 86400, 
Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim

.ohhshera.

Apr 1, 2011

ini bukan cerita april fool

Ye, hari ni 1st April. Tapi entri ini ditaip bukan nak carita pasal April Fool. Apa tah lagi untuk menyambutnya.

Ini kisah benar.

Kisah pasal saya pada bulan April 2011.

*kasi saspen sket.

Sila lihat gambar di bawah untuk mengetahui cerita selanjutnya.


*ok da tak saspen balik.

Cermin mata. Ya. Cermin mata ini kepunyaan saya. Saya sudah memakai cermin mata kembali. Nampak nerd eh salah nampak educated bak kata SyafiQue. *tengok.ayat pun skema je.

Mula-mula pakai rasa pening-pening sebab tak biasa. Sampai sekarang pening lagi. Memang camtu ke ek? Pening ah~

Cerita masa nak memilih spek ni akan disiarkan nanti sebab gambar pada en.Nasir.

Ok, orang nerd mahu berhenti menaip. Tata~

it so not me
.ohhshera.