Apr 14, 2011

tumbuh meliar selepas hujan

Apakah benda yang tumbuh meliar selepas hari hujan?

Cendawan. Tepat sekali.

Macam peribahasa melayu "Bak cendawan tumbuh selepas hujan"  yang bermaksud  terlalu banyak pada sesuatu masa.

Tapi, pernahkah anda mendengar cendawan busut? Saya tak pernah. In fact last Sunday baru pertama kali dengar. Bagi yang tak pernah lihat macam mana bentuk cendawan busut ni, mehla tengok gambar di bawah.

pelik tak?

Nampak cendawan busut ni dijual di tepi-tepi jalan masa on the way ke Kuantan, dekat area Muazam Shah kalau tak silap saya. Mula-mula ingat orang jual telur penyu. Tapi nampak macam pelik pulak telur penyu macam tu. Jadi bila abah berhenti isi minyak dan kebetulan ada orang jual cendawan busut ni di seberang jalan, kami pun singgah lah. Then, barulah tahu yang benda pelik ni namanya cendawan busut.

sesi sorting cendawan sedang dijalankan
muka ceria abah beli cendawan busut
Seikat cendawan ni harga nya RM2.00 sahaja. Cara masak sama macam masak cendawan biasa. *jangan takut pula cendawan ni beracun ke apa. Ada yang da siap potong, dia jual dalam plastik beg warna merah, harganya pun RM2.00.

pak hamid sedang pilih cendawan yang nak dibeli
kembang kembang cendawannya
Akhirnya, Pak Hamid beli seikat cendawan busut siap dengan tangkainya tu. Abah dan Ende Jah beli cendawan busut yang da siap dipotong, sebungkus seorang. Minta discount, dapat ler RM5.00 untuk semua. Ohh, yang jual cendawan busut ni ialah orang asli area situ.

Sekarang cendawan busut da siap dimasak dan dimakan. Eh, ada lagi balance kat dalam peti sejuk rumah. Banyak giler sebungkus tu. Tak habis lagi. Kalau korang lalu area Muazam Shah, try lah beli cendawan busut besar murah sedap ni.

.ohhshera.

No comments: