Mar 31, 2011

Photos by Ahmad Fairus : Enjoy Free Outdoor with AHMAD FAIRUS .. everyone can get the chances!! “

ini sticky post.sila scroll ke bawah untuk recent entri.thanxie =)



OMG! Bermimpi ke apa ni? Cubit-cubit lengan sendiri. *ouch.sakit. Nak tampar-tampar manja kat pipi sendiri tak sampai hati. Means, betul lah ni. Realiti! Waaaahhhhh. 

Baca lagi sekali. 
FREE outdoor photoshoot untuk pre wedding ataupun post wedding. *again. it is FREE!

Well, kenapa saya sangat excited dengan contest ini?
Sebab Ahmad Fairus yang buat contest ni. *cool gila kot dia ni. 
Kenapa saya cakap dia sangat cool?
  •  mr Fairus seorang wedding photographer yang super talented.
  • 7tahun berada di dalam arena tangkap gambar ini.
  • sangat penuh dengan idea yang unik, kreatif dan di luar jangkauan minda kita.
  • ada fans page sendiri di facebook. *sila click dan like.
  • ni company dia. *boleh singgah dan tengok.
  • even dia da berjaya dan dikenali ramai, mr Fairus tetap humble dan tak sombong
 Nah, ni bukti ke-cool-an mr fairus ni.

tak perlu props yang cantik-cantik. plus foto ini tidak menggunakan flash, hanya lampu dan cahaya yang sedia ada
i just love this photo. lain dari yang lain. super nice
melt da tengok picture ni sebab saya sangat suka sunset di pantai
lagi satu angle yang menarik
lalala joy. tak perlu pegang pegang tangan
Mengikut syarat contest, saya kena pilih 5 gambar terbaik. 5 je? Awat sikit sangat mr fairus? Susahnya nak pilih sebab semua gambar dia gorgeous super marvelous. So, saya hadkan pencarian best picture ini kepada outdoor shoot saje.

Eh, eh. Korang nak tak join contest ni juga? Click kat sini. Join ah. Simple gila. Baik join, kalau tak nanti nyesal di kemudian hari.

By the way, this is my 1st attempt to join this such contest. Before this tak pernah join sebab tak reti. *ok.jom gelak. So, seperti orang-orang lain yang join contest ini, mestilah mereka mengharapkan mereka menang. So do I. Hope saya menang! Kalau saya menang, nanti saya belanja korang semua makan time saya kawin nanti ok? ;p

So, apa tunggu lagi, cepatlah click kat http://www.ahmadfairus.com untuk join this simple yet really worth contest. Jom bertanding secara sihat.

p/s : nak juga selitkan picture ni. She is my cuzzie!

.ohhshera.

Mar 29, 2011

burger bensugeh

Korang suka makan burger tak? Tapi bukan lah burger yang mahal-mahal macam Carl's Jr., McD, dan BurgerKing. Ni burger yang jual kat stall tepi jalan je. Kali ni saya nak cerita pasal stall burger kawan saya ;)

nama stall burger
Kalau dari depan stall, anda semua akan nampak sign ni, Burger Bensugeh.  

Apa yang special kat stall kawan saya ni ialah, dia ada jual burger daging kambing. *yumyum sedap. 

Nak lagi special? 
Kat sini ada burger berbentuk oblong

Tak cukup?
Apa kata anda semua try volcano height. *kena cuba baru tahu apa yang special.

Jom kita intai-intai di belakang kedai ni pulak

en farid sedang menyediakan sayur-sayuran
sempat pulak dia tengok camera
gambar belakang stall. tukang masak sedang masak daging burger
aksi terlampau pembungkus burger dan penggoreng burger
Tapi sedih sebab pada hari yang saya pergi, daging kambing sudah habis. Jadi saya order volcano height daging lembu dengan sos tomato! En. Nasir tak seberani saya. Dia order oblong daging ayam jek.

da ngap sikit baru ingat nak snap gambar
Ohh, lupa nak beritahu. Stall burger kawan saya berada di pekan Parit Raja. *dekat dengan kedai roti noy's. Nanti bila datang sana, sebut je nama saya, pasti en. Farid buat burger sedap-sedap. Nak dapat discount? Tu kena tanya tuan kedai la.

Cuba jangan tak cuba.

.ohhshera.

Mar 28, 2011

mari bantu saya menang contest ini

Hi semua. 

Saya ada masuk 1 contest di facebook. Hadiahnya ialah kelas make-up bersama Farina Basnee secara PERCUMA. 

So, untuk saya menang, saya perlukan undian vote LIKE terbanyak kat photo saya. Apa kata, korang semua tolong saya untuk menang peraduan ni? Untung-untung, satu hari nanti, saya boleh make-up kan korang pula ;)

1st step : click LIKE kat page Studio Mediakreatif di sini

2nd step : click LIKE kat photo saya di sini

3rd step : sebarkan kepada kawan-kawan anda semua

4th step : mari doa ramai-ramai supaya saya menang ;)

Kenapa saya nak sangat menang peraduan ni?

i) Sebab BFF saya akan berkahwin bulan Jun nanti, dan dia minta saya make-up kan dia masa malam berinai. Nak ler ilmu penuh di dada time make-up kan dia. Tak ler dia cuak-cuak nak bagi muka dia kat saya.

ii) Sebab saya minat dengan make-up thingy ;)

iii) Macam slogan saya dalam contest tu, kerana saya benar-benar inginkannya. *straight to the point!

Undian ditutup pada hari esok, so cepat-cepat tekan LIKE kat photo saya ye. Terimakasih daun keladi saya ucapkan. Semoga jasa baik anda semua akan dibalas. Thanx a lot!

.ohhshera.

Mar 23, 2011

terjumpa tron

Pada Suatu malam yang dingin, sedang kami asyik menikmati kesedapan kepanasan otak-otak di kedai chicken chop paling best di Batu Pahat, tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi lagu berirama asli.

Kami tercari-cari dari mana datangnya lagu-lagu klasik ni. Ternampaklah kami sebuah objek bergerak ke arah kedai yang kami sedang duduk.

"Apa tu? Macam tron jek," kata saya.

Objek tersebut berhenti betul-betul di sebelah gerai otak-otak berdepan dengan tempat duduk kami.

"Fuuyoo. Macam tron. Ambik gambar!" kata en Nasir.

Saya pun snap 2-3 pictures secara malu-malu. 

taada~ macam tron kan
inilah pacik empunya motor tron ni. class you~
Motor nampak ganas, tapi yang bawak ialah pacik baru balik solat dari masjid sambil dengar lagu-lagu lama. *hehe.pacik cool!

Sambung balik makan otak-otak sambil tunggu chicken chop sampai.

otak-otak yang sedap. habis sebakul
abg kedai tengah masak chicken chop
Akhirnya, penantian itu satu penyeksaan tahu. Lagi-lagi time memang tengah lapar. Jom makan.

chicken chop tersedap di BP. harus cuba
.ohhshera.

Mar 22, 2011

abcd

Haaa.. Anda mungkin pernah dengar ABC, tapi kali ni saya nak cerita pasal ABCD. 

Apa tu ABCD?
Air Batu Cendol Durian.

Sekarang ni musim durian. Saya ni pula memang sangat-sangat suka durian. Pada hari minggu sebelum saya bertunang tu, abah yang baik hati serta memahami telah membeli durian untuk dimakan beramai-ramai di rumah arwah atok. Jom layan gambar macam mana abah dan Syamim kopek buah durian.

"macamni caranya," kata abah
begitu bersungguh-sungguh syamim tu
ni durian yang mim kopek
Susah betul tengok abah dan Syamim kopek durian. Saya tahu makan je. Yumyum, sedap =) tak caya sedap? Tengok gambar ni.

mata bulat sebab durian sedap.
memperkenalkan wah dan macik siti
Haa.. Ni lah Wah. Wah ialah panggilan opah atau nenek dalam Bahasa Mendeleng. Yang sebelah tu Macik Siti, sepupu mak. Datang dari Ipoh sambil membuat kezutan kepada kami sekeluarga *kecuali mak dan mim yang da tau dari awal. 

Eh, mesti korang nak tau macam mana rupa ABCD tu kan. Taadaa~

ABCD
Cerita disebalik ABCD ni ialah. Sebenarnya abah beli cendol dan ABC. Tapi sebab saya ni pandai sangat, saya campur ABC dan cendol tersebut. Ditambah pulak ada durian, jadi lah Air Batu Cendol Durian. Hehe.

Durian tak cukup, abah kopek lagi.

begitu beriya-iya muka abah kopek durian
Sekian dari saya yang sudah kenyang makan durian.

.ohhshera.

Mar 21, 2011

pengumuman

Ehem-ehem. Mari bersihkan segala sawang bagai yang terdapat kat belog ni. Lama giler tak update belog. Maaf yek. Amat-amat bz dengan kerja, assignment dan juga majlis pertunangan. 

Eh, tunang? 
Ha a. Saya da bertunang (",)

Bila?
On my birthday. 11th March (",) 

Happy happy happy. Mestilah happy kan. Kalau tak happy, watpe nak bertunang, kan.

cincin risik dan cincin tunang
Bagi korang tengok gambar cincin je dulu. *abaikan jari yang gemuk itu. Gambar saya dan tunang saya serta majlisnya tu, akan diupdate nanti. Ok? Ohh, my sister pun bertunang juga. A day after me. Kira langkah bendul lah ni. Hehe. Sampai jumpa lagi.

.ohhshera.

Mar 8, 2011

tayar pancit?

Ayok. Apa nak buat kalau tayar pancit? Panic sekejap. Bagi orang yang tak reti nak tukar tayar macam saya ni, haruslah panic sekejap kan. *sekejap je.jangan lama-lama.

Hari tu, masa lepas balik kelas dari Puncak Alam, terperasanlah tayar depan belah kiri kereta mak pancit. Padahal Syamim baru lepas tampal 2 hari sebelum pergi KL. Nak pergi kedai tayar sorang-sorang tak berani, so tunggulah abah balik rumah.

abaikan rim yang berdebu itu.
Sebelum bertolak balik ke Batu Pahat, abah bawa kereta mak ke kedai tayar dekat dengan rumah. Disebabkan abah bawa kereta laju manakala Syamim bawa kereta begitu berhati-hati, saya hanya sempat snap gambar ini sahaja. *akak tak cakap mim bawa lambat ok.

upacara menampal tayar
lepas tu pam angin
masukkan tayar dalam kolam untuk check air bubble. kalau ada bubble means ada bocor lagi
last sekali pasang balik tayar kat kereta
Haa. Siap da. Murah je tampal tayar ni. RM5 per tampalan. Kalau tayar motor or tayar lori saya tak tahu la pula berapa. Plus kalau tayar pancit kat highway lagi mahal la kot rasanya. So, belajar-belajar lah tukar tayar sendiri. Tapi make sure tayar spare tu tak pancit juga. *hehe.

Now, masa untuk pulang ke Batu Pahat dengan tenang. Lagi-lagi bila Syamim yang drive. Yahoo. Boleh tidur.

hari hujan.jom tidur

.ohhshera.

Mar 7, 2011

keputusan kursus induksi

Hari ini 7 Mac 2011.
Baru je tadi dapat surat dari Timbalan Pendaftar UTHM.
 
"Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penilaian Kursus Induksi Umum / Khusus Bil. 1/2010 telah menimbangkan dan memutuskan bahawa *ehem-ehem nama saya telah mengikuti dengan jayanya Kursus Induksi Umum / Khusus Kumpulan Pengurusan & Profesional Serta Sokongan 1 (A&B) Bil. 1/2010 pada 17 hingga 27 Mei 2010. Keputusan keseluruhan adalah LULUS."

Disertakan sekali Sijil Kursus Induksi Umum / Khusus Kumpulan Pengurusan & Profesional Serta Sokongan 1 (A&B) Bil. 1/2010. Tahniah diucapkan kerana telah hadir dengan jayanya.

Alhamdulillah. Lulus sudah Kursus Induksi dan juga BTN. Sekarang mari tunggu disahkan jawatan. *senyum lebar sambil rasa cuak.
 
Nasib baik saya dapat pergi Induksi pada tahun lepas. Kalau tak, tak jumpa lah en nasir saya tu. *teehee~

.ohhshera.

Mar 3, 2011

mari bantu mangsa banjir-episode tiga

Masih ingat cerita yang saya bagi bantuan kepada mangsa banjir? Kalau tak ingat boleh baca kat entri ini untuk episode dua dan entri ini untuk episode satu.

Hari ini nak sambung cerita pasal kami semua pergi makan tengah hari di rumah Pak Naib. Mencabar tahu nak mencari sesuap nasi di rumah Pak Naib ni. Sebab kami kena berjalan kaki di tengah-tengah hari buta, panas terik tu. Kena redah kelapa sawit lagi. Tak caya, boleh tengok gambar kat bawah ni.

bermulalah aktiviti lumba jalan kaki ke rumah Pak Naib
kiri kanan kelapa sawit.
Walaupun berjalan atas jalan tar, tapi sebab kiri kanan ada kelapa sawit, tetap nak taip kami redah ladang kelapa sawit. Tengok mata masing-masing jadi sepet sebab silau dan panas terik. Akhirnya kami sampai ke rumah Pak Naib. Taadaa~

posing Sha, jangan tak posing
Setelah penat berjalan yang tak sampai pun 10minit tu, kami dihidangkan dengan lauk kampung. Sedap ohh. Isteri Pak Naib masak bersama dengan student perempuan dari UTHM yang ikut kami sekali.

makan time
para lauk pauk
Tengok lauk kat gambar last ni, tiba-tiba rasa lapar. So, nak berhenti di sini dulu. Nak makan nasi ambeng yang disponsor oleh en Asrol sebab dia da naik pangkat. Tahniah Asrol. Rezeki baru kahwin la tu. Alhamdulillah. Sampai jumpa di episode seterusnya.

.ohhshera.

Mar 2, 2011

surat kepada en subway

Ke hadapan en subway yang dirindui. 
Sudah hampir dua purnama rasanya kita tidak ketemu. Kangan bangat sama kamu. 
Nasib menyebelahi kita kerana pada Ahad lepas, kita sempat bersua muka dan melepaskan rindu.

Balik rumah dari kelas, tengok tak ada sesiapa kat rumah. *line clear! Boleh lah kita berdua-duaan kan.

en subway sedang lepak di atas carpet depan tv
terserlah kesedapan en subway
Rindunya saya kat awak.

nak gigit awak lah
melt.
Sungguh! Saya masih rindu awak lagi.
Ohh Parmesan Oregano with Chicken Teriyaki.
Tunggu saya ada kelas lagi, kita boleh jumpa, ok? Salam sayang dari saya.

.ohhshera.