Masih ingat cerita yang saya bagi bantuan kepada mangsa banjir? Kalau tak ingat boleh baca kat entri ini untuk episode dua dan entri ini untuk episode satu.
Hari ini nak sambung cerita pasal kami semua pergi makan tengah hari di rumah Pak Naib. Mencabar tahu nak mencari sesuap nasi di rumah Pak Naib ni. Sebab kami kena berjalan kaki di tengah-tengah hari buta, panas terik tu. Kena redah kelapa sawit lagi. Tak caya, boleh tengok gambar kat bawah ni.
bermulalah aktiviti lumba jalan kaki ke rumah Pak Naib |
kiri kanan kelapa sawit. |
Walaupun berjalan atas jalan tar, tapi sebab kiri kanan ada kelapa sawit, tetap nak taip kami redah ladang kelapa sawit. Tengok mata masing-masing jadi sepet sebab silau dan panas terik. Akhirnya kami sampai ke rumah Pak Naib. Taadaa~
posing Sha, jangan tak posing |
Setelah penat berjalan yang tak sampai pun 10minit tu, kami dihidangkan dengan lauk kampung. Sedap ohh. Isteri Pak Naib masak bersama dengan student perempuan dari UTHM yang ikut kami sekali.
makan time |
para lauk pauk |
Tengok lauk kat gambar last ni, tiba-tiba rasa lapar. So, nak berhenti di sini dulu. Nak makan nasi ambeng yang disponsor oleh en Asrol sebab dia da naik pangkat. Tahniah Asrol. Rezeki baru kahwin la tu. Alhamdulillah. Sampai jumpa di episode seterusnya.
.ohhshera.
No comments:
Post a Comment