Kalau pergi Melaka tak sah kalau tak makan ikan bakar kan. Hari tu pergi Melaka. Bawa Wafiy ke Planetarium Melaka. So, on the way balik, plan nak makan ikan bakar kat Crystal Bay tapi kedai kat situ semuanya belum buka lagi. Jadi, cakap dengan en Nasir, kita pergi je makan kat Umbai.
Kalau da sampai Umbai, haruslah pergi ke Ikan Bakar Parameswara yang terletak betul-betul kat tepi laut.
*siap ada tempat makan dalam bot lagi. Orang ramai jangan cakap lah. Lagi-lagi hari Ahad. Nasib ada tempat duduk. Suruh Syamim dan Wafiy duduk dulu, saya dan en Nasir pergi pilih ikan.
|
fresh kan |
|
rambang mata nak pilih ikan |
Hasil tangkapan kami ialah seekor ikan siakap, sotong dan udang. Kalau ikut nafsu, mau order ketam, lala, kerang dan siput buluh. Ikan siakap belah dua. Separuh masak 3rasa lagi separuh bakar sambal. Sotong cam biasa goreng tepung dan udang haruslah goreng butter!
Tunggu makanan punyalah lama. Nasib ada buah-buahan dan otak-otak. So, melantak tu dulu. Lauk sampai je, macam tak keruan nak makan sebab lapar sangat.
*sampai lupa nak snap gambar masa makanan sampai.
|
ikan siakap masak 3 rasa |
|
ikan siakap bakar sambal |
|
butter prawn dimakan oleh syamim dan wafiy |
|
muka puas dan kenyang |
Time makan sotong, barulah tahu yang sotong ada paruh. Tak caya? Ini lah gambar nya.
*kalau salah, maknanya en Nasir tipu saya.
|
nampak tak? yang warna hitam tu |
Total : RM 80++
*da lupa berapa duit kena bayar. Tak kisah lah tu. Yang penting kenyang.
Sila lah pergi ke sini untuk menikmati hidangan laut yang fresh.
Ikan Bakar Parameswara
Pengkalan Pualau Besar, Pernu, Umbai,
75460, Melaka.
.ohhshera.
4 comments:
kalau bab mkn mmg awaak power eh>????hahahah*ouh lapa~~~~
hehe.saya mmg suka makan.
dah g makan gak kat situ..order menu yg same ikan tiga rasa..sedap!
Siakap Masak Tiga Rasa, Udang Goreng Tepung and Kailan Ikan Masin....Total semua RM56
butter prawn dia pun sedap!
ahhh.lapar.
Post a Comment