Apr 8, 2011

mari belajar tentang planet

Pernah pergi Planetarium Negara kat Kuala Lumpur? 
Kalau pernah, cuba try pergi Planetarium Melaka pula. Terletak di MITC, Planetarium Melaka yang bernilai RM20juta ini merupakan planetarium tercanggih di Asia.

wafiy di pintu masuk.
Bermacam-macam info tentang aero angkasa boleh dipelajari di sini melalui pameran dan mesin simulator.

Wafiy dan planet
tekun Syamim membaca yek
susun-susun buruj
Jam Matahari Kuadran Khatulistiwa
gerbang galaksi
info tentang Neil Armstrong


picture taken from here
 Selain itu, di tingkat atas bangunan ini terdapat satu dewan yang dipanggil Space Theatre. Pengunjung boleh menonton tayangan 3D mengikut masa yang ditetapkan. Masa mula-mula masuk dewan tu, macam biasalah, teruja dan jakun sebab seat kat situ bukan tegak-tegak macam dalam panggung wayang. Tapi seat dia terbaring. *da rasa macam duduk kat kerusi osim pula. Skrin dia kat kubah bangunan. Besar. Luas mata memandang.

picture taken from here merah atas tu ialah skrin
Ohh, by the way, saya baru tahu yang planet kat dunia ni bukan lah hanya ada Mercury, Venus, Earth, Mars Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune dan Pluto sahaja. Tapi ada Ceres dan Eris. Kenapa dulu tak pernah dengar pun pasal Ceres, padahal Ceres sudah ditemui pada awal tahun 1800an. 

Sebenarnya, apabila objek Ceres, Pallas, Juno dan Vesta ditemui mengorbit di antara Marikh dan Musytari semasa awal 1800an, mereka diisytiharkan dan diterima sebagai planet, dan ini kekal buat beberapa lama. Namun apabila semakin banyak objek ditemui di kawasan yang sama, mereka dikelaskan sebagai asteroid, berserta dengan saudara mereka di orbit yang sama. Saiz Ceres yang lebih besar dan kebulatannya menyebabkan ia dikemukakan untuk layak menjadi planet kembali tetapi pada tahun 2006, ia diletakkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) di dalam kategori planet kerdil. Akhirnya, Pluto dan Eris juga termasuk dalam kumpulan planet kerdil.

Panjang lebar pula nak cerita apa yang saya dapat kat sana yek. Jadi, apa kata bila pergi ke Melaka tu, singgah-singgah lah ke Melaka Planetarium yang canggih ni. Asyik pergi kota A'famosa je, kadang-kadag bosan juga kan.

.ohhshera.

4 comments:

Hudalatip said...

shira, cam best je, baper rm nak masuk? ke free?

miss shera said...

Harga tiket : Dewasa:RM15 Kanak-kanak:RM10
Best kak.

Fello de Caminero said...

best best... Dekat dengan MITC nie.. Terbaek..

miss shera said...

best.baik abg pergi pulak