Aug 11, 2011

12 bulan = 1 tahun

Dari kecil kita da diajar

Dalam 1 jam ada 60 minit
Dalam 1 hari ada 24 jam
Dalam 1 minggu ada 7 hari
Dalam 1 bulan ada 30 hari
Dalam 1 tahun ada 12 bulan

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya hari ni da setahun saya dengan en.Nasir bersama.  Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je kenal dia.

Mari flashback

Mula kenal masa pergi Kursus Induksi Bil 1/2010 Kumpulan Pengurusan & Profesional serta Sokongan 1 (A&B) di Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor. Time tu pergi sama-sama dengan abang. So, takde lah rasa awkward sangat since saya sorang je yang pergi dari office saya. 

Kursus bermula dari 17 Mei 2010 sehingga 27 Mei 2010. Jadual pack dengan aktiviti dan ceramah. At that time, takde langsung jatuh hati dengan dia sebab nampak dia jenis yang poyo. Ohh, en.Nasir satu kumpulan dengan abang. Kalau da duduk dekat dengan abang, memang riuh lah 1 kelas bila dorang ni berbual atau buat lawak.

So, after balik induksi, masih takde apa-apa perasaan atau hubungan. Setakat berkawan dalam facebook dan dalam group induksi di facebook dan email. Sampai lah satu hari, dia minta no.phone. Masa tu tengah bertugas di Dewan Peperiksaan untuk pengambilan pelajar baru. Nak no.phone minta lah abang!

Bermula dari situ, barulah kami mula berbalas SMS dan dia selalu call. Sampailah satu hari, kami buat keputusan untuk bersama. *ayat macam dalam novel pula. Sehinggalah ke hari ini, alhamdulillah kami masih bersama. Bertunang pada 11.03.11 sempena birthday saya dan inshaALLAH akan bernikah pada 11.11.11. 

Sempena 1 tahun bersama ini, saya ingin mengucapkan,
Jutaan terima kasih untuk Nasir dan ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya.
Semoga hubungan kita kekal hingga ke syurga. 
Semoga kita jadi pasangan yang bahagia dan diredhaiNya.
Ameen~


p/s : 92 hari je lagi!

.ohhshera.

12 comments:

Fello de Caminero said...

eh?? tak mintak pon??? Dia mintak shapik ke??

miss shera said...

eh dia xminta abg ke?wahwah.ntah sape la tu dia mntk..ntah2 dlm buletin induksi

Fello de Caminero said...

emm.. mungkin... Dlm buletin kot..

oshinz said...

=) oh baru kenal rupenye.. hehehe. semoga berbahagia selalu!

red_torres said...

cari dalam yellow pages

miss shera said...

abg : rasanya lah
asz : thanxie dear
nasir : ada pulak

sPrInT sPiRiT said...

kira angka 11 ni memberi 1001 kenangan la ni?

Muhammad Al-Afiq said...

waaaa...cantik tarikh nikah...11.11.11...mcm dah plan je...tahniah kak shera..!!!

aini musa said...

aiseymen..sape yang nikah tak plan??

miss shera said...

mim : mungkin bkn 1001.mungkin 1111.akakakacpt la blk
afiq : thanxie dear.jemput dtg.ponteng kuliah mcm mim.hehe
dikni : aku la nikah xplan.haha.terkejut2 je

nur athirah j said...

alolololo sweetnyeee .. bru kenal then tunang then nk nikah dahhhh :) omg ! :D

miss shera said...

hehehe.86days to go! tra jgn xdtg lak nnt tau