Aug 26, 2011

kanak kanak riang ria

Kalau sebut pasal raya, mesti kanak-kanak la yang paling riang ria di hari raya kan. Tapi disebabkan masih ada baki puasa ni, tak nak lah cerita pasal hari raya lagi. Nak cerita kanak-kanak yang riang ria bukan di hari raya tapi di bulan puasa.

Last Sunday, dengan mood shopping raya saya bawa anak-anak Abang dan kak Wayda serta adik-adik kesayangan pergi shopping. Tak jauh mana. BP Mall saje. Ramainya orang. Nak shopping pun rasa tak ada mood plus lapar. Bagi adik-adik duit belanja shopping sekadar yang mampu dan window shopping saja. Sampai satu tahap, da rasa bosan jalan-jalan tanpa tujuan. 

Jadi, saya decide bawa Wafiy dan Hadrami pergi arcade. Bagi mereka main-main since dorang pun nampak bosan tak buat apa-apa. Tak kan nak bagi dorang main Daytona ataupun House of Death. Last-last decide bagi mereka main yang macam playground untuk kanak-kanak. RM4 per entry per pax. Maximum 2 jam je boleh berada di dalam ni.

da macam masuk penjara pula
Rupa-rupanya Hadrami takut nak main slide yang tutup semua tu. Kalau yang open, baru dia berani. Wafiy pula bila da dilepaskan dalam kawasan mainan ni, terus lupa dia ada adik yang kena jaga. Berkali-kali remind dia minta dia jaga adik. Luckily Hadrami ada kawan lain.

eceh. kawan pompuan tu
masih berkawan dengan perempuan saja
Cari mana Wafiy sebab da sejam mereka main di dalam ni. Nak keluar dari BP Mall dan pergi Param Pesta pula sebelum balik rumah.

Cari di sebelah kanan
Wafiy tak ada
Cari di sebelah kiri pula

hadrami ada lah
Akhirnya, ketemu juga Wafiy.

puasa mana boleh korek hidung wafiy oi~

.ohhshera.

7 comments:

wahida said...

korek idung ar..jgn bagi slack lagi posa. hadrami ....hadrami...jaga tingkah laku dgn anak dara org yea.

Fello de Caminero said...

pergh.... rancaknya update blog. Sangat kerap... Tahniah..

Muhammad Al-Afiq said...

hahahaha..lawak la ank2 buah kak shera..yg last tu pling lawak...cute la hadrami tu...

Fello de Caminero said...

afiq - yang last tu bukan wafiy ke?? mana ada hadrami??

nur athirah j said...

hahahaha ! kelakar la diorg niiii

miss shera said...

kak wayda : hadrami behave.hehe
abg : tgh ada idea.hehe
afiq : ha a la afiq.yg last tu wafiy.hadrami yg kecik
tra : rindu tak?

nur athirah j said...

rinduuuu ;'(