Aug 12, 2011

seafood ohh seafood

Semalam 1 year bersama dengan en.Nasir.
Sehari sebelum tu pergi buka puasa di Sabak Awor.
Dan hari ni baru nak cerita pasal berbuka di sana.

Seafood adalah kegemaran saya dan Dilla. Bila time puasa ni, mula lah tekak terasa-rasa nak makan seafood. Selalu boleh tahan tapi kali ni da tak boleh nak tahan-tahan lagi. Nak tak nak kena pergi Sabak Awor untuk makan seafood. Nak pergi Umbai rasa da terlalu jauh pula dari Batu Pahat.

Selasa petang lepas balik kerja, siap-siap untuk bergerak ke Muar. Plan nak pergi bersama kawan-kawan tapi last minute ada yang tak jadi ikut. Pergi berdua. Kira macam celebrate la da 1 year together. Haha.

Jalan jem, jadi buka puasa di dalam kereta saja. Sampai kat Sabak Awor, tak tahu nak pilih kedai yang mana satu. Last-last pergi kat kedai yang tak berapa nak ramai orang. Dengan harapan, makanan sampai cepat.

kedai pak bakar ikan bakar
Jom jamu mata dengan hidangan yang dipilih.

1/2 ikan siakap masak 3 rasa
lagi 1/2 ikan siakap dibakar sambal tapi sambal asing
ketam masak black pepper
udang masak butter
menu wajib - sotong goreng tepung
sayur kailan ikan masin
Pergh. Memang kembung perut la makan. Siap bungkus bawa balik lagi sebab tak habis. Overall, makanan sangat yummeh! Senang-senang datanglah ke Sabak Awor ye. Harga pun murah-murah je ;)

.ohhshera.

3 comments:

cahya indah said...

lagi murah dari Umbai ke? kalau ye boleh la nak try..hehe

missbby said...

naper tak g gerai no.9? kata suami akak gerai tu sedap..akak pun tak penah sampai situ..

miss shera said...

diya : lagi murah dari parameswara..hehe
akak : tu lah.dgr org ckp gerai yg blkng2 tu sedap.tp xtau mana satu.main terjah je ni.lepas ni bole try g gerai no9 lak.