Aug 9, 2011

berbuka bersama keluarga

Hari Sabtu yang lepas, berbuka puasa di Hotel PineTree bersama keluarga. Semua ada kecuali Syamim, Akir dan Adik. 

Makanan kat situ so-so saja lah. Bukan tak sedap tapi juga bukan lah sedap sangat. Ada lebih dari 100 jenis makanan yang dihidangkan. Antaranya, roti canai, murtabak, mee goreng, sate, roti jala dan nasi putih. Lauk pulak ada kerabu mangga, kerabu sotong, udang masak butter, ayam merah, kerang bakar, ulam dan banyak sangat lah. Sampai tak termakan pula. 

Sambil-sambil menjamu selera, ada show. Ingat ada ghazal ke apa, rupanya ada 2orang perempuan dan seorang lelaki yang menyanyi. Kira cam karaoke lah. But, pada saya lagi baik tak ada show macam ni daripada ada sebab rasa macam bising dan tak tenteram pula. Then, lagu-lagu yang dinyanyikan rasa macam tak kena dengan suasana dan MC agak bosan. Sorry. No offense. Itu pendapat saya dan keluarga. Baik suruh Dilla or Kak Wahidah yang nyanyi.

Sekarang, mari layan gambar yang sempat diambil. *tak perasan battery camera da low.

si kecik yang tak puasa
Wafiy yang puasa
1st round abang
1st round saya
kuih kaswi
yummeh
nak buat caricature pun boleh
penyanyi
happy dating anniversary
budak masscom tukang ambikkan gambar kami
After makan, kami semua jalan-jalan kat Bazaar Ramdhan di BP Walk dan Dewan Jubli. Disebabkan masih awal, banyak kedai yang masih belum beroperasi. Hampa.

By the way, sesiapa yang ingin berbuka puasa di Hotel PineTree boleh walk in atau call untuk book seat. 

RM 50 nett untuk dewasa dan RM 28 nett untuk kanak-kanak.
Start dari pukul 6.30 petang sampai 10 malam.

Hari ni nak buka apa pula ye? Emmm

.ohhshera.

8 comments:

Fello de Caminero said...

bila mau email gambo pasangan anniversary tu. Mereka pun nak post dalam blog..

miss shera said...

ohh kena email ke gamba tu?
20sen~

missbby said...

50rm nett?? Ohh..boleh tahan yea..

miss shera said...

ha a kak.naseb hari tu kiteorg dpt promotion.baya sket je

Fello de Caminero said...

RM 50 mmg tak berbaloi sgt laa

mak said...

ntah betul ke tidak ada 100 jenis makanan

miss shera said...

abg : mmg.rs baik g crystal je
mak : kite mana kira

wahida said...

ish...mcm blur jek gambo yg budak masscom tu amek. tgn dah karat. happy dating anniversary. eh..sape?? bole gitu tanya mcm tu.heheh