Aug 15, 2011

jom jakarta - episode dua

Ingat lagi entri pasal trip budget ke Jakarta? Kalau ingat mesti anda tahu pada entri kali ni, saya akan bagitahu saya pergi Bandung atau Bogor pada hari kedua. Mari sama-sama baca.

Hari kedua dimulakan dengan breakfast di Hotel N1. Kami breakfast pada pukul 6.30 waktu Jakarta. Breakfast biasa-biasa saje since tak banyak choice makanan.

mee goreng, keropok dan telur
Setelah difikir-fikir dengan begitu kuat, Abah decide untuk pergi ke Bogor sahaja since urusan kad masih belum settle. Punah sudah harapan untuk bershopping di branded outlet store =(  Bye-bye Rumah Mode

After makan, siap-siap untuk ke Bogor. But before that, pergi ke pejabat courier untuk tanya rate. Perjalanan ke Bogor lebih kurang 2 jam. Sempat tidur dalam kereta sebab bosan. Kereta nak naik ke Bogor dan Puncak sangat banyak sebab hari ni ialah hari Sabtu. Tambahan pula, Presiden pun nak datang Puncak petang nanti.

Pemandangan cantik. Tapi tak sempat nak berhenti untuk snap. Hanya sempat snap dalam kereta while moving. Banyak lah gambar blur. Kami ada berhenti untuk beli ubi bakar dan pisang. Lepas tu berhenti lagi untuk makan tengah hari. Time ni, Mak beli kuih gemblong dan Abah beli strawberry yang super murah. Rasa kuih gemblong ni macam kuih getas kat Malaysia.

ni lah rupa kuih gemblong
mak tengah makan kuih gemblong
After lunch, rushing balik Jakarta dan terus heading to Pasar Tebet. Mak oi! 1 kotak kad sangat berat dan tak muat nak masuk semua dalam kereta. Jam pula laju macam air terjun. Cepat betul masa berlalu. Pejabat courier da nak tutup pukul 4 petang. So, sumbat 5 kotak dalam kereta dan lagi 2 naik teksi. Abah dan Mak gerak dulu, while saya dan Nasir naik teksi. 

Alhamdullillah, sempat sampai walaupun traffic jam yang amat. *KL pun kalah. Nasib pejabat tu belum tutup lagi. Setelah dikira semua kotak, urusan membayar dijalankan before balik. Kotak-kotak akan dibawa berlayar dan akan sampai dalam masa 2 minggu. Amboi lama betul. Padahal dari Indonesia ke Malaysia je pun.

have a safe journey ya
 Jam menunjukkan belum pukul 5 petang. So, rasanya masih sempat untuk singgah Tanah Abang. Survey-survey before shopping esok pagi. Balik jalan kaki dari Tanah Abang dan since memang da kat luar, kami terus pergi ke Restoren Minang untuk dinner. Before balik, singgah kedai runcit untuk beli air. 

anak owner yang duduk tu. lelaki sebelah Abah ialah yang jaga kedai bersama familynya
Sampai Hotel N1, jumpa The Legendary Pak Erwan. Kenapa dia lagend? Sebab Pak Erwan sudah terkenal di kalangan saya dan Dilla. Macam mana kenal? Sebab baca blog dan banyak yang recommend untuk ambil kereta sewa dengan Pak Erwan sebab murah dan dia tak berkira. Tapi sebab last minute booking, Pak Erwan tak free, tu yang dia suruh Pak Nana ganti.

Mak, Abah, Pak Erwan dan Pak Nana
Hari belum malam tapi badan sangat penat, jadi mari kita tidur.

Sesiapa yang ingin menggunakan khidmat The Legendary Pak Erwan di Jakarta, boleh call atau SMS beliau di no +6281513914533 

Bila call cakap lah nama saya, nanti dapat discount 10%. Haha. Memandai je. Kidding je. Kalau dapat, tu dikira bertuah.

.ohhshera.

4 comments:

Muhammad Al-Afiq said...

semoga slamat berlayar la kad-kad kahwin dan selamat sampi ke rumah kak sheera... =)

miss shera said...

afiq : maceh.ptt nya 2minggu.ni da lebih 2minggu xsampai2 lagi.cuak nihh

mak said...

kad dh smpai port klang tapi blm kluar dari kapal.hari ni cuti pulak. esk lah baru blh berurusan

miss shera said...

kad da sampai?yay.bagus2.minta2 xde lah rosak ke apa