Jan 31, 2011

doakan keselamatan adik saya di mansuora

Pagi tadi saya buka facebook. Terbaca kawan saya post ini di wallnya. Saya copy paste dari blog ariff.

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook:
Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.
Semalam abah call Syamim. Dia kata mereka kena curfew dari pukul 4pm hingga 8am. Now mereka semua standby dengan passport dan beg kecil just in case ada red alert. ATM tak boleh guna. Internet connection tiada dan hanya boleh call saja. *text message tidak berfungsi. Untuk masa sekarang ini, saya just ikut update dari blog ini saja. Kami sekeluarga sangat-sangat risau. Diharap kerajaan Malaysia dapat evacuate pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir secepat mungkin. Doakan adik saya dan rakyat Malaysia selamat di sana. Ameen.

|ohhshera|

Jan 28, 2011

makanan sejuk dan sedap

Memandangkan cuaca di Batu Pahat yang asyik hujan dan sejuk, saya nak cerita pasal satu benda yang sejuk dan sedap. Benda ni sedap dimakan pada waktu hari panas terik. Cuba teka apa dia?

Siapa yang teka air batu campur tadi? Haa, jawapan anda salah. Slurpee juga bukan. Ais krim? Barulah betul ^__^ Sejak-sejak koperasi UTHM sudah beroperasi di belakang bangunan PKU ni, rajinlah juga menabung di sana. Nak keluar pergi 7e jauh sangat.

Semalam cuaca mendung-mendung tapi tak hujan. So ajak Shanaz dan kak Ila pergi koperasi belakang ni. Tengah pilih-pilih ais-krim macam kanak-kanak kecil, datang pula kak Diana menempel sekali. Lepas bayar, lepak di luar koperasi sambil menikmati ice-cream yang sejuk sedap itu.

mak-mak orang dengan ice cream kacang merah
Disebabkan saya bukan mak-mak orang macam kak Diana dan Shanaz, kenalah pilih yang lagi canggih dan menawan hati. Taadaa. Memperkenalkan ice cream pilihan saya.

paddlepop pelangi
Eppp. Jangan gelak. Mesti korang ingat saya pilih cornetto kan? Kan? Kan? Paddlepop pelangi ialah ais krim favourite saya. *sambil nyanyi lagu paddlepop. Selain dari itu, saya suka ice cream solero yang dalam perisa vanila luar perisa lime, ice cream mooo~ dan juga ais krim Malaysia yang dulu harganya seposen je.

Last Monday makan ais krim Malaysia dengan my sis. Tapi dia makan ais krim perisa cendol. *heaven.

Korang pula suka makan ice cream apa?

p/s : kak ila tiada di dalam gambar sebab kak ila tak makan ice cream.

|ohhshera|

Jan 27, 2011

saya sudah ada external hard disc

Weee... Saya sangat suka sebab saya sudah ada external hard disc. *senyum sampai telinga. Setelah seminggu menunggu, akhirnya parcel yang ditunggu-tunggu tiba.

Saya beli online. Beli via afiQ kat facebook. Murah-murah je. Saya order 2 external hard disc, satu Western Digital dan lagi satu Samsung. Tapi last-last ambil Samsung sebab ada anti virus sekali.

abaikan buah limau kat belakang tu
Cute je size external hard disc Samsung ni. *pocket size. Bolehlah bawa pergi kelas Sabtu ni. Nak simpan presentation pathology kawan-kawan yang kena present nanti. Senang kan. Ok, jom tengok benda ni dengan lebih dekat lagi.

ada pouch, anti virus, ext hdd
Minta Afiq bagi warna pink, merah or silver tapi dia kata tak ada stock. Tak apa. Hitam itu menawan. Mulai hari ini saya panggil external hard disc saya, Kiki. Nak pergi godey-godey Kiki jap. Tata~

Kalau sesiapa nak beli external hard disc, bolehlah contact Afiq di facebook nya.

|ohhshera|

Jan 26, 2011

saya ingat saya je yang tak pandai eja

Ekoran dari entri lemau pagi tadi, saya post lagi satu entri untuk hari ini.

Even masih hujan di luar sana tu, saya akan karang sehabis baik untuk entri kali ini.

Nak tahu satu rahsia tak? Saya tak pandai eja. *haha. Dulu masa sekolah tingkatan 4, saya eja bangunan macam ini banggunan. Double g. Kena marah dengan cikgu Bahasa Melayu. *nasib baik tak kena rotan.

Bila da besar, saya masih tak pandai eja sangat. Bahasa Melayu pun tak lepas, ini kan pula Bahasa Inggeris. Lagi lah fail. Kalau mak suruh take note, nanti terkebil-kebil sebab tak tahu eja. Lepas tu minta mak eja kan. Kadang-kadang tu nak type post kat belog ni pun, saya message en bf dulu, tanya macam mana nak eja perkataan yang saya tak tahu. *ok berhenti gelak guling-guling.

Malu memang lah malu tapi nak buat macam mana, da tak reti. Malu bertanya sesat jalan kan. Kena lah tebalkan muka tanya orang macam mana nak eja perkataan yang susah-susah. *kadang-kadang perkataan senang pun tak pandai eja.

Ohh, sebenarnya saya nak share satu gambar ni. Di ambil masa saya dan keluarga pergi MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel di SACC Mall, Shah Alam, 2 minggu lepas.

ini ialah akir. dia lah yang nampak kesalahan ejaan di sini
Romantic Life Weeding Photo? Bukan sepatutnya Romantic Life Wedding Photo ke? Kalau kita translate kan apa yang tertera di dalam gambar ke Bahasa Melayu, ia akan memberi maksud; gambar penyiangan romantik secara langsung atau gambar romantik penyiangan secara langsung. *jom gelak guling-guling lagi. Nak buat proses penyiangan tumbuhan secara romantik pulak.

Malu ohh kalau buat signboard tapi salah eja. Lain kali kena double check ^__^

Selamat belajar mengeja untuk saya.

p/s : ada siapa-siapa nak buat kelas ejaan untuk saya, sila pm saya. terima kasih

|ohhshera|

hari ini hari rabu

Hari ini hari Rabu.

Hujan di Batu Pahat.

Mata kuyu-kuyu rasa nak tidur. Mengantuk dan bermalas-malasan untuk bekerja. *kan best kalau dapat baring dalam comforter elmo lagi time-time macam ni.

Wake up sleepyhead!

Pikir apa kena buat sekarang ni ek.

Ok, jom list down benda yang kena buat hari ini.
  • Buat homework Mandarin dalam iclass dan hantar before sabtu ini.
  • Baca note cardiac untuk seminar sabtu ini.
  • Print kosa kata dan hafalkan untuk quiz Mandarin ahad ini.
  • Cari article pasal mammogram untuk assignment BEL ahad ini.
  • Cari info pasal ankylosing spondylitis untuk presentation subject pathology.
  • Balik kerja nanti, kena pergi beli tiket bas pergi KL hari Jumaat ni.

Eh semua cerita pasal sekolah je. Buat list untuk kerja pulak.
  • Call Mosti dan tanya pasal pembayaran film badge.
  • Pilih tempat kursus x-ray untuk tahun 2011.
  • Tunggu patient datang untuk buat x-ray.


Da siap da list semua ni. *dan juga da update belog.

 Nak sambung tengok Mind Your Language kat youtube. Lepas tu, baru buat kerja.

Selamat bekerja semua. Jangan malas-malas ok.

|ohhshera|

Jan 25, 2011

mari mengeluarkan peluh tanpa perlu bergerak

Mari kita mengeluarkan peluh sebab ianya baik untuk kesihatan. Tapi malas kan nak sarung kasut dan berjogging. Malas juga nak berlari atas treadmill, berbasikal dan kick-boxing. Jadi, nak tak kalau kita keluarkan peluh dengan tak payah buat apa-apa? Just duduk saja. *tapi ini bukan sauna ye.

Selepas panjat gunung Hutan Lipur Soga-Perdana Khamis lepas, satu badan rasa sakit-sakit dan sengal-sengal. *da lama tak bersenam. Jadi malam tu plan nak pergi massage, tapi tak jadi sebab baru lepas dinner. Tiba-tiba teringat abang pernah cerita pasal foot spa. So, ajak lah en bf pergi ke sini.

d.o.k foot spa
Mula-mula, dok *sesuai dengan nama foot spa ni di atas kerusi yang disediakan. Lepas itu, orang di situ akan sediakan air panas yang dicampur herba. Amaran, air ini bukan untuk diminum tapi untuk direndamakn kaki di dalamnya.

mula-mula kosong
pastu rendam kaki dalam air panas
Proses rendaman kaki ini bagus untuk hilangkan stress, kelesuan, buang toksin dalam badan dan macam-macam lagi lah. Selama 30minit, orang di situ akan tambah air panas lagi, dalam 5-6 kali. *serious panas beb. Tapi lama-lama da tak rasa pun air tu panas.

Saya rilex je duduk-duduk ambil gambar, tapi en bf sudan berpeluh sakan. *baju basah boleh perah punya. Berpeluh macam main futsal je dia tu. Orang kat situ cakap, metabolisme rate en bf tinggi, sebab tu dia cepat berpeluh. So, untuk orang yang lambat macam saya ni, dia suruh minum teh, bagi keluar peluh. *tea dia bagi foc =) Saya dapat teh halia, Nasir dapat teh herba.

teh halia yang pedas T__T
Family abang pun datang jenguk-jenguk kami di sini.

tengok hadrami.comeyL
Lepas 30minit, sesi lap kaki bermula selain lap peluh.

sebelum lap kaki, lap peluh dulu
Kaki merah-merah macam melecur gitu. Tapi puas hati lah. RM9.90 je sebab tengah promosi. Lepas ni naik seringgit jadi RM10.90.

 Jom pergi jom.

|ohhshera|

Jan 21, 2011

menuju puncak

Menuju puncak, gemilang cahaya. *sila nyanyi ikut lagu tema AF.

Chopchopchop. Ni bukan cerita pasal Akademi Fantasia ke-9 ok. Ini cerita pasal menuju puncak Gunung Soga-Perdana. Semalam kan cuti sempena Thaipusam. Kalau orang yang sambut Thaipusam pergi Batu Caves panjat tangga yang tinggi. Saya dan kawan-kawan panjat tangga juga. Tapi tangga kat Hutan Lipur Soga-Perdana je lah.

Memang plan nak naik pukul 7.30am. Biasalah hari cuti, mesti bangun lambat punya. So, plan ditukar. Berkumpul di bawah pada pukul 8.00am sharp. Disebabkan rumah saya paling dekat, mestilah saya sampai paling awal.

mari bergambar di signboard
Banyaknya monyet kat sini. Cuak ohh. Nak naik pergi ke tangga pun banyak monyet. Rasa macam nak kena pow je bila lalu dekat-dekat. *gangster betul.

tenang je kan.siap ada orang jogging
ni keluarga si monyet.da tak tenang sebab cuak

Perjalanan menuju ke puncak kejayaan dimulakan pada pukul 8.40am. *sebab ciken datang lambat. Ada dua jalan nak menuju ke look out point kat puncak gunung. Satu yang susah dan satu yang senang. Disebabkan poyo, ambil lah route yang mencabar. Memang mencabar habis. Baru 4minit berjalan, da berhenti buat 1st check point sendiri. T___T

nampak muka penat kan
Perjalanan diteruskan. Setengah jam kemudian, sampai lah ke look out point kat atas gunung tu. *jom pengsan.

muka yang tak tahu erti penat
pemandangan dari atas.nampak rumah saya tak?
posing sebelum turun
Lepak-lepak sebarang 13minit kat atas tu, lepas tu kami turun. Ehem-ehem, time naik berempat, time turun, da bertambah jadi 8orang. Haa..macam mana tu?

shuuu..diam diam ok.
aha.nilah pertambahan ahli lagi 4orang
Ohh ye,masa nak turun tu, kami lalu route yang senang. Kejap je turun,dalam 10-15minit. Dalam perjalanan turun, ada air terjun dan kolam. Bolehlah mandi-mandi. Tak besar mana pun. Boleh lah celup-celup badan dan kaki.

budak-budak mandi kolam
Lepas tu, kami pergi breakfast kat warung ahmad. Da burn fat, tambah balik.

Bersukan baik untuk kesihatan

|ohhshera|

Jan 19, 2011

mari bertemu dengan kayu ajaib

Salam semua. Semalam tak dapat nak update ohhbelog sebab internet macam biskot cipsemo. Mungkin internet terkejut sebab pagi-pagi lagi saya da bukak iclass dan buat online discussion. *semangat di awal sem.

Ok. Entri kali ni saya nak cerita pasal kayu ajaib si peramal cuaca. Ajaib sungguh kayu ini sebab dia boleh meramal cuaca di tempat dia berada. Kayu ajaib ini digantung di sebatang tiang di Pulau Pinang. Saya jumpa kayu ni masa saya pergi Taman Negara Pulau Pinang tahun lepas dengan keluarga.

Nak tengok tak macam mana rupa kayu ajaib ni? Jom layan gambar di bawah.

kayu ajaib si peramal cuaca
Nampak tak kayu ajaib tu yang mana satu? Rupa kayu ajaib ni macam biasa je kan. Tapi dia boleh ramal cuaca tau. Banyak kali da saya beritahu kayu ni boleh ramal cuaca. Mesti korang nak bukti. Baiklah. Di sebelah tiang ni ada keterangan tentang cuaca yang diramal oleh kayu ajaib ni.

keadaan kayu ajaib dan ramalan cuacanya
Haa.. Korang rasalah kan, betul tak ramalan cuaca yang diberitahu oleh si kayu ajaib ni? Kalau nak jumpa dan tengok sendiri rupa kayu ajaib ni, silalah pergi ke Taman Negara Pulau Pinang.

Saya suka ramalan yang last dan second last tu. Bagi kesedaran sivik sikit.

Jangan marah aa~

|ohhshera|

Jan 17, 2011

cuba teka saya tiru gaya siapa

Wah..Pentiru rupanya saya ni. Tidak tidak. Saya bukan tiru, tapi saya cuba je. Lagipun tak salah kan. Lain lah kalau saya tiru masa exam ;p

Saya suka belogwalking belog-belog yang dirasakan cute+cantik. Kadang-kadang baca belog kawan-kawan, adik, abangcousin dan juga belog yang baru nak membangun. *macam belog saya ni.

Bila baca belog gadis cantik manis super duper cute, mulakah terbayang-bayang macam-macam. Nak dress up macam dorang lah! Nak make up macam dorang lah! Wahh..kenapa cik blogger ni sangat-sangat cantik? Sangat-sangat cute sampai melt sendiri.
Saya tidak tahu pun pakai pin bentuk ribbon di tudung tengah in sekarang ini. *gila tak up-to-date betul lah. Jadi, inilah percubaan pertama saya memakai pin berbentuk ribbon berwarna putih sewaktu berkerja. *terasa kaget sebab nampak kelakar.

ok.tahan gelak.
close up sket
Saya gelak sorang-sorang tengok diri sendiri. Kenapa Fatin Liyana pakai cantik,cute dan gorgeous je,tapi saya tidak? Hwaaa T__T nangis jom.

Ohh, by the way, saya sudah order shawl cantik menawan hati dari kawan baik saya. Dengan harapan saya boleh pakai gayakan dengan pin ribbon yang lain. *excited nak guna pin comel sekarang ni. jakun betul. Jom shopping di sini.

|ohhshera|

Jan 14, 2011

hidupan laut di topspot

Sesuai dengan tajuk entri, kali ni saya nak cerita pasal hidupan laut. Jadi akan ada banyak gambar pasal hidupan laut. ^__^

Date : 5th January 2011
Time : Dinner time
Venue : Topspot, Kuching, Sarawak

Setelah penat shopping pasu sarawak, naik penambang dan shopping kek lapis sarawak, Aida bawa kami makan seafood di Topspot. *saya selalu cakap topshop instead of topspot.

kedai abc 10
Kat Topspot ni memang banyak kedai jual seafood. Semua kedai jual ikan fresh-fresh. Jangan kata ikan je, udang, ketam, sotong dan macam-macam lagi lah hidupan laut yang ada kat sini. Yang tak ada singa laut dan kuda laut saja. Jom layan gambar hidupan laut sebelum dimasak oleh tukang masak berkaliber.

mulut ikan melopong sebab terperanjat ada orang jakun amek gambar mereka
gigi gila tajam. ikan piranha agaknya
sayur dia pun sangat-sangat fresh!
encik crab dan kawan-kawan
cik udang kara sekeluarga
tahu tak apa ni? orang sana panggil ambal. kat johor panggil sepahat. kat kl panggil siput buluh
Memang terasa macam jakun sangat sebab tak ada siapa pun yang datang makan kat situ yang ambil gambar hidupan laut mentah ini. Jadi, duduk balik lah. Nak cover malu sambil tunggu makanan sampai.

Mempersembahkan makan malam kami pada malam pertama di Kuching. *makan lauk tanpa nasi.

butter prawn yang nyaman sekali. nak lagi! nak lagi!
black pepper crab yang pedas
ikan kerapu masak 3 rasa - rasa sedap, rasa puas hati, rasa kenyang amat
Ok, yang ini pula signature dish di situ. Saya tak pernah jumpa makanan ini di semenanjung. Sangat suka, sangat sedap.

umai - ada obor-obor dalam nya. plus ikan.
sayur midin. haaa..pelik tak bentuk dia?
Makanan dia memang marvellous super delicious. Nak lagi, nak lagi, nak lagi. Tak caya tengok lah Aida makan macam mana.

aida makan mr krab dalam cite spongebob tu
Total pax : 6
Total bill : RM130++ *lupa exact harga

Now da lapar. Mana nak cari butter prawn yang sedap macam kat Topspot tu? Umai dan Midin? Hwaaa.. I miss Kuching already.

Nyaman rah makanan sinun
|ohhshera|

Jan 13, 2011

kek berlapis-lapis berwarna-warni

Kek lapis paling popular mestilah Kek Lapis Sarawak. Betul tak? Macam-macam bentuk dengan warna yang terang-terang dan meriah. Kalau pergi Kuching, tak kan tak beli kek lapis meriah ni sebarang sebuku dua kan. So, hari ni saya nak cerita pasal trip saya dan kawan-kawan pergi shopping kek lapis sarawak kat Kampung Boyan.

Ingat tak entri saya yang lepas? Pasal naik penambang dan makan mee kolok tu? Haa.. Lepas makan mee kolok dan minum 3layer tea yang potong kaki tu, kami pergi tengok-tengok kek lapis sarawak. *niat memang nak tengok-tengok je. Tapi awal-awal saya da cakap kat kawan-kawan, saya nak pergi Kedai Kek Lapis Dayang Salhah sebab nak lawan cerita kat belog abang saya. *haha.shera pun pergi sana lah abang~

Tapi sebelum sampai kat Dayang Salhah, kami singgah cuba try test rasa kek lapis di tepi Sungai Sarawak. Namanya Mira Cake House. Ohoi! Rasa dia sedap giler.

ni signboard kedai
pilih mana mahu
meriah tak?
Saya beli satu je. Ye betul. Satu. *kan niat nak tengok-tengok je ;p Saya beli hati pari sebab selalu dengar orang cakap hati pari sedap. Next, kami berjalan ke Dayang Salhah. *excitednya. Hati berdebar-debar pulak. *macam nak jawab soalan periksa. Jeng jeng jeng~

ni baru signboard. kena jalan masuk celah-celah rumah baru sampai
Masuk dalam Dayang Salhah, tester kek lapis da bersusun atas meja. Apa lagi, makan la. Om nom nom nom,sedap.

kek lapis yang meriah
model kek lapis
model kek lapis juga
Tu dia.. Bersusun stok kek lapis. Pilih, jangan segan-segan. Feel like home betul bila datang sini. Makan, sambil duduk-duduk di sofa, tengok-tengok ikan dalam aquarium. Ok. Time is up. Masa untuk pilih, bayar dan balik sebab hari sudah lewat senja. *nak naik penambang malam-malam cuak pula.

urasan jual beli sedang dijalankan
Saya beli dua je. Kek Lapis India. Dua-dua beli yang sama. Yang ini sangat-sangat sedap. Kalau datang Kedai Kek Lapis Dayang Salhah ni, jangan lupa beli Kek Lapis India. Saya bajet saya tak mahu beli kek lapis banyak-banyak sebab nanti nak bawak balik susah. 
 
Hah, ini gambar beg plastik Kek Lapis Dayang Salhah. Siap ada alamat dan number phone. Kalau nak order, boleh lah hubungi mereka. Gerenti sedap. *beli kek lapis yang guna butter tau.lembut dan moist.

beg plastik bergaya
So, my total catch is 3buku kek lapis. But, bila pack barang nak balik Malaysia, *ceh macam lah pergi jauh sangat tiba-tiba kek lapis saya ada 6buku. Haaa..Macam mana tu? Kek lapis saya beranak! Haha. Nak cerita juga, masa kat Airport Kuching, terjumpa Fizo Omar yang handsome tu bawa beg plastik Kek Lapis Dayang Salhah . =)

|ohhshera|

Jan 12, 2011

11.1.11

11.1.11 merupakan salah satu date yang best untuk tahun ini selain daripada 1.1.11, 1.11.11 dan 11.11.11. Tarikh ini juga best sebab rakyat Johor cuti sempena hari hol ^_^

Bila da cuti tu, tak kan nak duduk rumah je kan. So, plan lah nak pergi jalan-jalan. *mestilah tak nak jalan dalam johor sebab semua orang cuti. Akhirnya, tersesatlah sampai ke Melaka membawa anak-anak saya eh salah, anak-anak sedara melawat Zoo Melaka.

dalam perjalanan pergi melaka
Wafiy dan Hadrami sangat gigih duduk dalam kereta hampir 2jam sebelum sampai zoo. Tapi sebelum sampai zoo, kita makan dulu di kedai ikan bakar malim kat MITC. *sedap sampai tinggal tulang.

Hadrami ni takut dengan banyak benda. *denaso kat tasek-y pun dia takut. So, bila plan nak bawak mereka ke zoo, agak cuak lah, takut Hadrami mengamuk tengok gajah.

hadrami panggil zebra, kucing.
wafiy jaga adik elok-elok
Niat nak naik tram tapi lama sangat tunggu. Last-last, jalan kaki pusing zoo. *penat ohh dukung hadrami. Pergi tengok badak sumbu, rusa, harimau, singa, gajah, burung, kura-kura dan macam-macam lagi. Wafiy panggil harimau kumbang yang warna hitam tu, blackie sebab dia kata sama macam kucing kat rumah yang bernama blackie.

untuk tontonan 18tahun dan ke atas sahaja
Bila nak balik, hari pun da nak hujan. Tapi mesti lah kena ambil gambar di pintu masuk kan. Kami terlepas waktu animal show. Hwaaa, tak dapat tengok haiwan beraksi. T__T

kena paksa ambil gambar sebab nak masuk dalam belog
Harga tiket untuk masuk Zoo Melaka ialah
RM7 untuk dewasa,
RM4 untuk kanak-kanak 5-12tahun dan
RM2 untuk pelajar sekolah yang berpakaian seragam sekolah.
*kalau night zoo harga lain.

"Nanti kita pergi Zoo negara pula ea mama. Wafiy suka lah pergi zoo."

|ohhshera|