Jan 10, 2011

pasu sarawak

Entri kali ini saya nak cerita pasal pasu sarawak since saya baru saja balik dari Kuching, Sarawak. *meeeoooowww.

Pasu Sarawak ini unik. Ada macam-macam bentuk, macam-macam corak dan macam-macam warna. *rambang mata nak pilih. Dulu masyarakat di Sarawak hanya menggunakan lukisan yang menggambarkan kepercayaan mereka sebagai corak untuk dilukis atau diukir di atas permukaan pasu. Tetapi selepas kehadiran pedagang pada kurun ke-19, mereka telah menggunakan corak yang kita lihat seperti sekarang ini.

ni pasu yang dilukis
ni pula pasu bentuk sape. ada macam-macam saiz
Sape ialah alat muzik tradisional Orang Ulu yang seakan-akan gitar. Ia dihasilkan daripada kayu jelutong dan keruing kerana ketahanan dan bunyinya yang nyaring. Bahagian kepalanya akan dihiasi dengan ukiran tradisional Orang Ulu seperti kepala burung kenyalang. *tapi dalam gambar ni takde kepala kenyalang.

bekas air minuman
boleh jadi pasu hiasan.boleh juga jadi lampu
Nak juga selitkan pasu bentuk kucing atau orang sarawak panggilnya pusak.

alolo.tomei tomei
badan kucing corak motif sarawak
Kaching! Kaching! Bunyi baki duit. *baki duit syiling je. Jangan takut untuk shopping pasu kat sini. Sebab yang pertama ialah display price murah. Pula tu dapat discount lagi. *berbaloi-baloi. Yang kedua, tokey kedai siap da bungkus cantik-cantik masuk dalam kotak ngam-ngam supaya pasu tak pecah. Ketiga, pasu sarawak sangat unik.

Sangat banyak kedai jual pasu sarawak. Kami pergi kedai yang bernama..err..tak tahulah. Aida yang bawa, kami masuk je. Ini gambar kedai tu dari luar.

pasu letak pokok pun ada jual

|ohhshera|

4 comments:

missbby said...

shira pegi sarawak ada apa? bestnyaa

miss shera said...

saje jalan2 dengan kawan2.
best! nak pergi lagi

red_torres said...

ye ke best??? =P
pasni bley ar bawak family plak

miss shera said...

boleh.boleh.awak nk pergi pun boleh