Jan 12, 2011

tambang penambang

Tambang penambang macam tampar penampar je bunyinya kan. *haha. Siapa pernah naik penambang kat waterfront sila angkat tangan. Penambang tu apa cik shera? Penambang ialah perahu yang merupakan pengangkutan sungai yang popular bagi penduduk yang tinggal di tepi Sungai Sarawak. Penduduk-penduduk di sini yang hendak ke pejabat, sekolah atau ke Bandar Kuching akan menyeberangi Sungai Sarawak menggunakan penambang. *bagus jawapan ini.boleh dapat 5markah.

Perkhidmatan penambang wujud sejak tahun 1970an lagi. Dulu tambangnya hanya 5sen bagi kanak-kanak dan 10sen bagi dewasa. Tapi sekarang da naik 30sen hingga 50sen. Tapi kan disebabkan kami tourist, Pak Tambang charge kami mahal. T__T

ni penambang kami.digi sponsor tu
Perjalanan dari Bandar Kuching ke kampung seberang sekejap saja, dalam 2-3minit dengan tambang 50sen seorang. Tapi nak ke Kampung Boyan, kami di extra charge RM1 seorang. *salah kami sebab tak bagitahu pak tambang betul-betul. Dapatlah naik penambang lama sikit. Tapi ada yang takut penambang terbalik. Kecoh gila orang bandar naik penambang.

yang kanan sekali paling takut
Scenary sangat cantik, dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Nyaman sungguh.

bangunan adun
sarawak river cruise
Cruise bermula pada pukul 530petang. Tiket untuk dewasa ialah RM60 dan kanak-kanak RM30. Tapi kami tak naik Sarawak River Cruise sebab tak cukup masa. Bila sampai kat Kampung Boyan, perut da lapar. Makan mee kolok, keropok lekor dan 3layer tea.

mee kolok.beli 1 makan ramai-ramai
3layer tea yang potong kaki.manis.

Lepas alas perut, kami berjalan-jalan kat kampung Boyan. Apa lagi shopping kek lapis sarawak lah. Next entri saya akan cerita pasal kek lapis sarawak plus kek lapis dayang salhah. Ok?
|ohhshera|

4 comments:

Fello de Caminero said...

tak bagi link ke blog abg yg cite bende sama ke?? hahaha

shahirah.alshahab said...

tunggu entri pasal kek lapis pulak.br la bg link kat entri abg.haha

sPrInT sPiRiT said...

ckp psl penambang, terigt cite pendekar bujang lapok...

shahirah.alshahab said...

hahaha..yg tu pun penambang juga.tp..tu kat mana ek?spore ea?