Jan 14, 2011

hidupan laut di topspot

Sesuai dengan tajuk entri, kali ni saya nak cerita pasal hidupan laut. Jadi akan ada banyak gambar pasal hidupan laut. ^__^

Date : 5th January 2011
Time : Dinner time
Venue : Topspot, Kuching, Sarawak

Setelah penat shopping pasu sarawak, naik penambang dan shopping kek lapis sarawak, Aida bawa kami makan seafood di Topspot. *saya selalu cakap topshop instead of topspot.

kedai abc 10
Kat Topspot ni memang banyak kedai jual seafood. Semua kedai jual ikan fresh-fresh. Jangan kata ikan je, udang, ketam, sotong dan macam-macam lagi lah hidupan laut yang ada kat sini. Yang tak ada singa laut dan kuda laut saja. Jom layan gambar hidupan laut sebelum dimasak oleh tukang masak berkaliber.

mulut ikan melopong sebab terperanjat ada orang jakun amek gambar mereka
gigi gila tajam. ikan piranha agaknya
sayur dia pun sangat-sangat fresh!
encik crab dan kawan-kawan
cik udang kara sekeluarga
tahu tak apa ni? orang sana panggil ambal. kat johor panggil sepahat. kat kl panggil siput buluh
Memang terasa macam jakun sangat sebab tak ada siapa pun yang datang makan kat situ yang ambil gambar hidupan laut mentah ini. Jadi, duduk balik lah. Nak cover malu sambil tunggu makanan sampai.

Mempersembahkan makan malam kami pada malam pertama di Kuching. *makan lauk tanpa nasi.

butter prawn yang nyaman sekali. nak lagi! nak lagi!
black pepper crab yang pedas
ikan kerapu masak 3 rasa - rasa sedap, rasa puas hati, rasa kenyang amat
Ok, yang ini pula signature dish di situ. Saya tak pernah jumpa makanan ini di semenanjung. Sangat suka, sangat sedap.

umai - ada obor-obor dalam nya. plus ikan.
sayur midin. haaa..pelik tak bentuk dia?
Makanan dia memang marvellous super delicious. Nak lagi, nak lagi, nak lagi. Tak caya tengok lah Aida makan macam mana.

aida makan mr krab dalam cite spongebob tu
Total pax : 6
Total bill : RM130++ *lupa exact harga

Now da lapar. Mana nak cari butter prawn yang sedap macam kat Topspot tu? Umai dan Midin? Hwaaa.. I miss Kuching already.

Nyaman rah makanan sinun
|ohhshera|

6 comments:

CikanoT said...

oit tak makan ke siput buluh tu..ape rasernyer

shahirah.alshahab said...

xmakan pun sbb pena makan kat sini.
kalau nak cuba, try pergi makan kat uptown pj.gerai dia belah tepi2..boleh ajak saya jika mahu bunje =)

red_torres said...

siput buluh tu rasenye macam ape ek...dy banyak air n rase lemak2...

shahirah.alshahab said...

ye ke byk air?xcaya ah

joey boy said...

waaa..sedap nya mknn sume tu...tp yg curious sgt nk rasa ialah umai...btw have fun blogging...i've follow ur blog...keep it up a good job shahirah

shahirah.alshahab said...

joey : thanx so much!! tapi kan sy pulak yg curious nak tahu.siapa kamoo yek? bte, umai rasa dia pedas2 sikit.obor2 rasa mcm kenyal2.sedap.