Jan 13, 2011

kek berlapis-lapis berwarna-warni

Kek lapis paling popular mestilah Kek Lapis Sarawak. Betul tak? Macam-macam bentuk dengan warna yang terang-terang dan meriah. Kalau pergi Kuching, tak kan tak beli kek lapis meriah ni sebarang sebuku dua kan. So, hari ni saya nak cerita pasal trip saya dan kawan-kawan pergi shopping kek lapis sarawak kat Kampung Boyan.

Ingat tak entri saya yang lepas? Pasal naik penambang dan makan mee kolok tu? Haa.. Lepas makan mee kolok dan minum 3layer tea yang potong kaki tu, kami pergi tengok-tengok kek lapis sarawak. *niat memang nak tengok-tengok je. Tapi awal-awal saya da cakap kat kawan-kawan, saya nak pergi Kedai Kek Lapis Dayang Salhah sebab nak lawan cerita kat belog abang saya. *haha.shera pun pergi sana lah abang~

Tapi sebelum sampai kat Dayang Salhah, kami singgah cuba try test rasa kek lapis di tepi Sungai Sarawak. Namanya Mira Cake House. Ohoi! Rasa dia sedap giler.

ni signboard kedai
pilih mana mahu
meriah tak?
Saya beli satu je. Ye betul. Satu. *kan niat nak tengok-tengok je ;p Saya beli hati pari sebab selalu dengar orang cakap hati pari sedap. Next, kami berjalan ke Dayang Salhah. *excitednya. Hati berdebar-debar pulak. *macam nak jawab soalan periksa. Jeng jeng jeng~

ni baru signboard. kena jalan masuk celah-celah rumah baru sampai
Masuk dalam Dayang Salhah, tester kek lapis da bersusun atas meja. Apa lagi, makan la. Om nom nom nom,sedap.

kek lapis yang meriah
model kek lapis
model kek lapis juga
Tu dia.. Bersusun stok kek lapis. Pilih, jangan segan-segan. Feel like home betul bila datang sini. Makan, sambil duduk-duduk di sofa, tengok-tengok ikan dalam aquarium. Ok. Time is up. Masa untuk pilih, bayar dan balik sebab hari sudah lewat senja. *nak naik penambang malam-malam cuak pula.

urasan jual beli sedang dijalankan
Saya beli dua je. Kek Lapis India. Dua-dua beli yang sama. Yang ini sangat-sangat sedap. Kalau datang Kedai Kek Lapis Dayang Salhah ni, jangan lupa beli Kek Lapis India. Saya bajet saya tak mahu beli kek lapis banyak-banyak sebab nanti nak bawak balik susah. 
 
Hah, ini gambar beg plastik Kek Lapis Dayang Salhah. Siap ada alamat dan number phone. Kalau nak order, boleh lah hubungi mereka. Gerenti sedap. *beli kek lapis yang guna butter tau.lembut dan moist.

beg plastik bergaya
So, my total catch is 3buku kek lapis. But, bila pack barang nak balik Malaysia, *ceh macam lah pergi jauh sangat tiba-tiba kek lapis saya ada 6buku. Haaa..Macam mana tu? Kek lapis saya beranak! Haha. Nak cerita juga, masa kat Airport Kuching, terjumpa Fizo Omar yang handsome tu bawa beg plastik Kek Lapis Dayang Salhah . =)

|ohhshera|

No comments: