Sesuai dengan tajuk entri, kali ni saya nak cerita pasal hidupan laut. Jadi akan ada banyak gambar pasal hidupan laut. ^__^
Date : 5th January 2011
Time : Dinner time
Venue : Topspot, Kuching, Sarawak
Setelah penat shopping pasu sarawak, naik penambang dan shopping kek lapis sarawak, Aida bawa kami makan seafood di Topspot. *saya selalu cakap topshop instead of topspot.
kedai abc 10 |
Kat Topspot ni memang banyak kedai jual seafood. Semua kedai jual ikan fresh-fresh. Jangan kata ikan je, udang, ketam, sotong dan macam-macam lagi lah hidupan laut yang ada kat sini. Yang tak ada singa laut dan kuda laut saja. Jom layan gambar hidupan laut sebelum dimasak oleh tukang masak berkaliber.
mulut ikan melopong sebab terperanjat ada orang jakun amek gambar mereka |
gigi gila tajam. ikan piranha agaknya |
sayur dia pun sangat-sangat fresh! |
encik crab dan kawan-kawan |
cik udang kara sekeluarga |
tahu tak apa ni? orang sana panggil ambal. kat johor panggil sepahat. kat kl panggil siput buluh |
Memang terasa macam jakun sangat sebab tak ada siapa pun yang datang makan kat situ yang ambil gambar hidupan laut mentah ini. Jadi, duduk balik lah. Nak cover malu sambil tunggu makanan sampai.
Mempersembahkan makan malam kami pada malam pertama di Kuching. *makan lauk tanpa nasi.
butter prawn yang nyaman sekali. nak lagi! nak lagi! |
black pepper crab yang pedas |
ikan kerapu masak 3 rasa - rasa sedap, rasa puas hati, rasa kenyang amat |
Ok, yang ini pula signature dish di situ. Saya tak pernah jumpa makanan ini di semenanjung. Sangat suka, sangat sedap.
umai - ada obor-obor dalam nya. plus ikan. |
sayur midin. haaa..pelik tak bentuk dia? |
Makanan dia memang marvellous super delicious. Nak lagi, nak lagi, nak lagi. Tak caya tengok lah Aida makan macam mana.
Total pax : 6
Total bill : RM130++ *lupa exact harga
Now da lapar. Mana nak cari butter prawn yang sedap macam kat Topspot tu? Umai dan Midin? Hwaaa.. I miss Kuching already.
Nyaman rah makanan sinun
|ohhshera|
6 comments:
oit tak makan ke siput buluh tu..ape rasernyer
xmakan pun sbb pena makan kat sini.
kalau nak cuba, try pergi makan kat uptown pj.gerai dia belah tepi2..boleh ajak saya jika mahu bunje =)
siput buluh tu rasenye macam ape ek...dy banyak air n rase lemak2...
ye ke byk air?xcaya ah
waaa..sedap nya mknn sume tu...tp yg curious sgt nk rasa ialah umai...btw have fun blogging...i've follow ur blog...keep it up a good job shahirah
joey : thanx so much!! tapi kan sy pulak yg curious nak tahu.siapa kamoo yek? bte, umai rasa dia pedas2 sikit.obor2 rasa mcm kenyal2.sedap.
Post a Comment