Mari kita mengeluarkan peluh sebab ianya baik untuk kesihatan. Tapi malas kan nak sarung kasut dan berjogging. Malas juga nak berlari atas treadmill, berbasikal dan kick-boxing. Jadi, nak tak kalau kita keluarkan peluh dengan tak payah buat apa-apa? Just duduk saja. *tapi ini bukan sauna ye.
Selepas panjat gunung Hutan Lipur Soga-Perdana Khamis lepas, satu badan rasa sakit-sakit dan sengal-sengal. *da lama tak bersenam. Jadi malam tu plan nak pergi massage, tapi tak jadi sebab baru lepas dinner. Tiba-tiba teringat abang pernah cerita pasal foot spa. So, ajak lah en bf pergi ke sini.
Mula-mula, dok *sesuai dengan nama foot spa ni di atas kerusi yang disediakan. Lepas itu, orang di situ akan sediakan air panas yang dicampur herba. Amaran, air ini bukan untuk diminum tapi untuk direndamakn kaki di dalamnya.
Proses rendaman kaki ini bagus untuk hilangkan stress, kelesuan, buang toksin dalam badan dan macam-macam lagi lah. Selama 30minit, orang di situ akan tambah air panas lagi, dalam 5-6 kali. *serious panas beb. Tapi lama-lama da tak rasa pun air tu panas.
Saya rilex je duduk-duduk ambil gambar, tapi en bf sudan berpeluh sakan. *baju basah boleh perah punya. Berpeluh macam main futsal je dia tu. Orang kat situ cakap, metabolisme rate en bf tinggi, sebab tu dia cepat berpeluh. So, untuk orang yang lambat macam saya ni, dia suruh minum teh, bagi keluar peluh. *tea dia bagi foc =) Saya dapat teh halia, Nasir dapat teh herba.
Family abang pun datang jenguk-jenguk kami di sini.
Lepas 30minit, sesi lap kaki bermula selain lap peluh.
Kaki merah-merah macam melecur gitu. Tapi puas hati lah. RM9.90 je sebab tengah promosi. Lepas ni naik seringgit jadi RM10.90.
Jom pergi jom.
|ohhshera|
4 comments:
shira kat ner tu? abis dia rendam kaki je ke? takder massage2 pun?
lupa lak nak bgtau.
tmpt ni kat square one.kedainya kat luar tp stil dlm bgnn s1.
ha a.dia rendam je.gosok2 kaki sendiri.xde massage2
kaki memang lega lepas abes sesi tu...
Heheh... Sebagai org pertama yg pegi, saya mencadangkan, jom pegi reramai. Kaki lega, perjalanan darah bagus, etc...
betul tu.tapi terlupa lak cakap kat mana.dok foot spa tu di square one
Post a Comment