Jan 21, 2011

menuju puncak

Menuju puncak, gemilang cahaya. *sila nyanyi ikut lagu tema AF.

Chopchopchop. Ni bukan cerita pasal Akademi Fantasia ke-9 ok. Ini cerita pasal menuju puncak Gunung Soga-Perdana. Semalam kan cuti sempena Thaipusam. Kalau orang yang sambut Thaipusam pergi Batu Caves panjat tangga yang tinggi. Saya dan kawan-kawan panjat tangga juga. Tapi tangga kat Hutan Lipur Soga-Perdana je lah.

Memang plan nak naik pukul 7.30am. Biasalah hari cuti, mesti bangun lambat punya. So, plan ditukar. Berkumpul di bawah pada pukul 8.00am sharp. Disebabkan rumah saya paling dekat, mestilah saya sampai paling awal.

mari bergambar di signboard
Banyaknya monyet kat sini. Cuak ohh. Nak naik pergi ke tangga pun banyak monyet. Rasa macam nak kena pow je bila lalu dekat-dekat. *gangster betul.

tenang je kan.siap ada orang jogging
ni keluarga si monyet.da tak tenang sebab cuak

Perjalanan menuju ke puncak kejayaan dimulakan pada pukul 8.40am. *sebab ciken datang lambat. Ada dua jalan nak menuju ke look out point kat puncak gunung. Satu yang susah dan satu yang senang. Disebabkan poyo, ambil lah route yang mencabar. Memang mencabar habis. Baru 4minit berjalan, da berhenti buat 1st check point sendiri. T___T

nampak muka penat kan
Perjalanan diteruskan. Setengah jam kemudian, sampai lah ke look out point kat atas gunung tu. *jom pengsan.

muka yang tak tahu erti penat
pemandangan dari atas.nampak rumah saya tak?
posing sebelum turun
Lepak-lepak sebarang 13minit kat atas tu, lepas tu kami turun. Ehem-ehem, time naik berempat, time turun, da bertambah jadi 8orang. Haa..macam mana tu?

shuuu..diam diam ok.
aha.nilah pertambahan ahli lagi 4orang
Ohh ye,masa nak turun tu, kami lalu route yang senang. Kejap je turun,dalam 10-15minit. Dalam perjalanan turun, ada air terjun dan kolam. Bolehlah mandi-mandi. Tak besar mana pun. Boleh lah celup-celup badan dan kaki.

budak-budak mandi kolam
Lepas tu, kami pergi breakfast kat warung ahmad. Da burn fat, tambah balik.

Bersukan baik untuk kesihatan

|ohhshera|

5 comments:

red_torres said...

nak naik lagi x???

MohD sYaFiq said...

nasir xbran naek lg...

miss shera said...

kalau nak naek, ikot laluan senang.

red_torres said...

@sapik: ckp je bile nak naik???hehehe

@shera: laluan senang sy jog je naek atas...hehehe

miss shera said...

kalau bran wikend ni lah.. *naseb sy xde kat bp sbb ada kelas