Jan 4, 2011

morning at the museum

Haa. Yang ini bukan movie pasal Night At The Museum tapi Morning At The Museum.
*tapi ini bukan movie ;p

Pernah tak pergi Muzium Negara kat Jalan Damansara tu? *selalu lalu-lalu je kan. Last week saya dan en bf pergi melawat muzium negara *ayat macam lawatan sambil belajar je. Ada macam-macam pameran di sini seperti Pameran Batu-batuan Pelik, Pameran Setem dan Pameran Tenun Pahang Diraja. Tapi kami tak masuk seasonal exhibition tu. Kami masuk the main museum.

Muzium Utama ada 2 tingkat. Tingkat bawah ada 2 galeri dan tingkat atas pun ada 2 galeri. Muzium ini dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 sebagai repositori menyimpan kekayaan warisan sejarah dan kebudayaan Malaysia.

A) Galeri Sejarah Awal.
lukisan di dinding gua
keranda kayu balak

B) Galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu
matawang
matawang berbentuk binatang
keris tumbuk lada *bukan lesung batu tumbuk lada

C) Galeri Era Kolonial
yang tepi tu patung. *abaikan
kerajaan johor. *johor tak dijajah tapi menjajah =)
patung ni lagi.

D) Galeri Malaysia Kini
siapa tak kenal, sila jangan guna ringgit malaysia
saya sudah di angkasa lepas.
Penat juga jalan-jalan kat muzium. Nasib lah kat dalam bangunan. *tak panas. Lepas keluar dari main museum, ada kedai cenderahati. Kepada sesiapa yang nak beli ole-ole untuk sanak saudara, boleh lah beli di sini. Sebelum balik kami singgah beli air kat kafeteria dan snap-snap gambar kat luar muzium.

balik-balik guna patung yang sama.
Hari pun da tengah hari, kami mahu pulang. Ohh lupa pula, kalau siapa-siapa nak pergi Muzium Negara boleh lah pergi tiap-tiap hari. *amboi tak bosan ke nak pergi muzium hari-hari? Muzium Negara hanya akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Dibuka dari pukul 9.00 pagi sampai 6.00 petang.

Bayaran masuk tak mahal, lagi mahal kalau beli rokok sekotak. Hanya RM2.00 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. Kalau nak masuk percuma, datanglah pakai uniform sekolah. *hahaha.

*repositori - tempat untuk menyimpan, selalunya untuk keselamatan dan pemeliharaan.

|ohhshera|

3 comments:

red_torres said...

next tyme guna patung len plak....

missbby said...

amboi, baiknya couple pergi jenjalan kat muzium..hehe

miss shera said...

nasir : patung ni free.tu yg guna patung ni je
akak : kami suka pergi semua tempat. ;)